Tetapi sangkaan saya meleset. Kebetulan sangat, saya ingin ke lokasi prospek. Lokasi bisnes prospek. Masa itu saya ingin mengambil sedikit gambar untuk di masukkan ke dalam artikel yang ingin saya tulis. Tetapi lain pula jadinya.
Awal pagi tersebut, prospek membayar saya dengan sejumlah bayaran. Katanya lagi, berpuashati dengan servis menulis content dan update page bagi aktiviti bisnes beliau. Maksudnya membayar balance dan ingin menyambung untuk bulan seterusnya.
Apabila saya sampai di lokasi bisnes prospek. Kami berbincang terus mengenai plan marketing. Apa yang ingin dibuat bagi menaikkan bisnes beliau. Alhamdulillah.. perbincangan selama 3 jam.
Untuk pengetahuan, saya menulis dalam niche automotif. Alhamdulillah, saya rasa dekat sangat dengan jiwa. Saya mempunyai pengalaman dalam industri automotif selama hampir lebih 5 tahun. Terima kasih tak terhingga kepada bos saya dulu paksa saya jadi supervisor advice (SA). Kini, segala ilmu saya gunakan untuk kerja-kerja marketing.
Dan, prospek meminta saya untuk membuat satu blog serta social media nya.
Tugasan menulis sebagai Ghostwriter
Ramai yang masih tidak tahu mengenai ghostwriter. Ghostwriter sebenarnya tugasannya adalah menulis bagi pihak pelanggan. Begitulah tugasan saya. Seperti saya sekarang, tugasan menulis saya semakin sibuk disebabkan prospek meminta saya menjaga social media beliau. Saya menulis content social media dan juga content di blog. Saya hanya bekerja dari rumah sahaja. Ini yang best mengenai ghostwriter. Segala puji bagi allah, allah kurniakan saya rezeki hanya dengan menulis. Kini saya mempunyai pendapatan tetap dengan menulis.
Oh, ya. Semasa saya berjumpa empat mata bersama prospek. Bukan saya pergi seorang sahaja. Saya angkut 1 keluarga pergi teman saya bekerja tau. Hihihi.. Suami saya okay jer. Suami merestui saya dalam melakukan kerja-kerja sebagai seorang ghostwriter.
Kerja begini, okay. Alhamdulillah. Prospek pun baik. Suami isteri ada dalam group whatsapp untuk perbincangan. Jadinya, memang takde isu di kemudian hari.
Untuk job menulis ni, saya tak bergantung pada prospek ini sahaja. Ada beberapa lain lagi. Saya juga aktif menulis sebagai ghostwriter,sebagai backup.
Okaylah, setakat ini sahaja saya menulis. Allah dah rancang apa yang terbaik buat saya. Tak menyesal menimba ilmu dengan bos lama saya dulu. Dulu pernah saya menyibukkan diri bertanya itu ini berkenaan tayar, sport rim dan hal-hal penjagaan kereta. Kini, allah berikan rezeki saya untuk bekerja dalam bidang automotif sekali lagi.
5 Ulasan
Alhamdulillah kak.. semoga dimurahkan rezeki, dipermudahkan urusan..
BalasPadamsejak PKP duduk rumah macam best pula, kurang stress pepagi macam selalu... selamat bekerja dari rumah.
BalasPadamAlhamdulillah rezeki sambil duk umah pun income masuk
BalasPadamAlhamdulilah kak..rezeki tak pernah salah alamat.. :)
BalasPadamhttps://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2020/08/ada-nak-order-origami-3d.html
Tahniah puan. Tahniah
BalasPadam