Ikutkan memang dah lama kami seisi keluarga tak ke shopping mall. Ahad lepas reward betul. Rezeki bersama anak-anak juga ni. Saya mempunyai anak seramai 4 orang.
Beli di ToyRUs
Sorang anak, sorang satu angkut mainan kat dalam ToyRus. Kesudahannya berbelanja sebanyak Rm 198.xx untuk 4 orang anak. Item yang dibeli ialah Play Doh, robot,permainan saidina dan baby
Nasib baik lah anak-anak memahami sangat. Tak ambil barangan mainan yang mahal. Hihihi.. bukan kedekut, tetapi saya dalam proses mengajar anak supaya tidak membazir.
Selalu saya ingatkan mereka bahawa, mencari duit di zaman kini amat sukar. Lagipun saya pun berasal dari orang susah semasa kecil.
Selesai membeli barangan anak-anak, saya reward diri sendiri dengan membeli pakaian saya pula. Rm168.xx .. saya berbelanja dengan ikhlas. Saya percaya, semakin banyak kita keluarkan duit, semakin banyak Allah gantikan.
Kemudian, sibuk saya tawaf ECM Kuantan. Anak-anak merungut ingin pulang. Masing-masing keletihan. Maka, pakaian suami tidak dibeli. Suami hampa sebenarnya, baju yang diinginkan tiada saiz pula.
Alhamdulillah, rezeki work from home dengan menulis.
Reward ini semua menggunakan hasil penat lelah saya sebagai seorang penulis upahan atau ghostwriter. Jika anda ingin buat duit dengan menulis dan mempunyai minat dalam bidang penulisan, bolehlah mendaftar disini > Jana Pendapatan sebagai GHOSTWRITER
0 Ulasan