( KISAH PANJANG ) Kisah menghrib semalam.
Beberapa saat azan maghrib berkumandang..
Kedengaran suara memberi salam.
Assalamualaikum..
Assalamualaikum..
Assalamualaikum..
Suara lelaki memberi salam dari luar pagar rumah.
Suami masih tak jawab salam tersebut. Gila ke nak jawab salam time maghrib pula tu. Hihihi.. Tak lain fikir, SERAM je.
Lalu suami membuka pintu sliding dan bertanyakan. Kelihatan seorang lelaki lingkungan 20-an begitu.
suami : Ya, kenapa? Maghrib ni.
Lelaki : Maaf, saya jual jagung. RM 10 satu plastik. ( sambil menunjukkan jagung yang dipegang )
Suami : Nak lah satu. Dari mana ni?
Lelaki : Saya dari Taman Impian.
Suami : Kejap ya ( sambil masuk ke dalam rumah mengambil note RM 10 didalam wallet )
Kisahnya begini..
Hampir satu minggu saya menunggu penjual jagung datang ke rumah saya.
7 hari yang lepas, saya didatangi oleh seorang lelaki . Mungkin dalam lingkungan 40 an. Lelaki tersebut parking kereta di hadapan rumah semi-D yang mana ia bertentangan perumahan saya yang jenis kos sederhana.
Lelaki tersebut dengan memakai topi seperti seorang petani dan kelihatan lusuh bajunya. Lalu memberi salam di depan pagar rumah saya. Dengan memegang plastik kiri kanan tangan ( jual jagung )
Waktu ketika itu adalah jam 10.00 pagi, untuk pengetahuan waktu sebegini memang saya agak sibuk menguruskan anak yang berusia 6 bulan. Waktu begini juga, saya baru selesai bagi makan dan mandikan baby.
Jadinya..
Saya tidak berani untuk membuka pintu pagar. Lagipun, suami bekerja. Hanya kami 3 beranak sahaja yang ada di rumah. Iaitu Furqan 4 tahun, baby dan saya.
Lelaki 40-an : Assalamualaikum, nak beli jagung tak akak?
Saya : Waalakumsalam. Tak nak . ( Sambil saya memangku baby yang tengah meragam.. bising menangis )
Lelaki 40-an : Okay. Sambil berlalu pergi.
SELEPAS 30 MINIT ...
Kedengaran suara kanak-kanak ketawa dan diikuti suara perempuan memberi salam.
Perempuan : "Assalamualaikum"..
Berlari anak, sambil meninggalkan baby di dalam bilik. Lalu saya menjawab salam tersebut.
Lalu ada perbualan antara kami ..
Perempuan : Nak beli jagung tak? Sambil memegang tangan anaknya dalam lingkungan 4 tahun.
Saya : Takpelah. Saya taknak.
Perempuan : Okay. ( Berlalu dengan muka sedih)
Maka, anaknya itu tadi menanyakan kepada ibunya.
Anak : Mama, orang tak nak beli jagung kita ke??
Saya dari dalam rumah dapat dengar perbualan anak kecil itu tadi. Saya rasa bersalah sangat, sebab tak membeli jagung tersebut. Iyalah, saya tak membeli sebab saya tiada cash nak beli.
Dari sini, mungkin allah nak uji saya. Allah datangkan bentuk ujian begini. Tapi saya tidak membeli jualan tersebut. Kesian pula.. rasa bersalah sungguh saya pada hari itu. Mungkin allah nak berikan saya rezeki pada hari tersebut tapi saya tak membeli.
Alhamdulillah, hari semalam. Allah hantar lagi penjual jagung. Tetapi mungkin penjual lain pula. Sempatlah saya membeli jagung.
Pesan saya, belilah jualan mereka. Bantu mereka yang menjual dari rumah ke rumah. Mungkin itu cara mereka dalam mencari rezeki. Betapa susahnya mereka mencari rezeki dengan berniaga rumah ke rumah. Dan lagi berisiko kepada mereka pula demi sesuap nasi.
2 Ulasan
saling bantu membantu yang memerlukan
BalasPadamKita bantu orang, harap Allah bantu kita
BalasPadam