Oleh sebab suami asyik sibuk bekerja.. cuti kemerdekaan kali ini, balas dendam betul. Kelakar pun ada dan ketakutan pun ada emosi kali ini dalam cuti-cuti kemerdekaan. Hahaa..
Bertolak dari Kuantan 9.30 pagi, kami berkonvoi 2 buah kereta. Adik ipar dan kami seisi keluarga sebuah kereta. Suami nak bawa kereta Toyota Unser pada mulanya. Tetapi anak-anak dan saya tetap inginkan kereta Toyota Caldina biru kami untuk bercuti kali ini. Iyalah, kereta baru sehari keluar dari bengkel. Nak lah test performance kereta. Iya tak? Suami hantar kereta di bengkel specialist untuk kereta continental. Boleh baca sini > Bengkel kereta Continental di Kuantan
Kami sampai di Melaka pada jam 1.00 petang. Jalan raya boleh dikatakan agak sesak juga cuti-cuti kemerdekaan ini. Kami mengikut jalan biasa ( jalan kampung ) sahaja. Kiri kanan ada hutan, sambil-sambil menghayati keindahan alam. Bolehlah anak-anak saya merasai suasana begini, kata mereka macam nak balik kampung pula.
TIARA VILLA 11 MELAKA
Lagi beberapa hari nak bercuti, nasib baik ada kekosongan. Kami menginap di Tiara Villa 11 Melaka. Homestay ni strategik. Tak jauh sangat nak pergi tempat VIRAL di Melaka pun.
Kami mengambil pakej 3 hari 2 malam. Share seorang sikit adik beradik suami,hihi.. RM 1100 total 2 malam. Puashati sangat! Dalam rumah ni semuanya ada aircond. Mempunyai 4 bilik. Setiap bilik mempunyai akses ke tandas masing-masing. Kecuali bilik bawah sahaja, tandas asing.
Keseluruhan mengenai homestay villa 11 Melaka ni okay. Yang tak best, pinggan tidak disediakan. Kami terpaksa beli polistrin untuk kami makan-makan. Itu jerlah.
TAYAR KERETA MELETUP
Semasa perjalanan kami ingin ke Restoran Parameswara Ikan Bakar, Umbai Melaka. Saya terdengar seperti suami melanggar sesuatu. Jadi, saya biarkan sahaja. Suami pun terkejut juga agaknya. Berbunyi di tayar belakang sebelah kanan belakang.
Mungkin sejam macam tu, kami berhenti makan. Bertolak dari 5.30 petang untuk elak kesesakan semasa di Restoran viral di Melaka. Tempat makan viral, memang panjang lah beratur. Nasib baiklah kami sudah booking. Jadi, bagi yang booking diberi keistimewaan sedikit. Laluan special di bahagian tepi,jadi tak perlulah beratur panjang, mungkin lebih 50 orang yang sedang beratur untuk masuk ke restoran.
Berbalik kepada kisah tayar kami yang meletup tu. Selepas siap makan malam, suami perasan tayar belakang kanan. Kempis terus tayar tu.. Ipar duai yang tengok pun terkejut. Rosak lah maknanya tayar tu. Dan, paling sadis pula .. nut tayar tak boleh dibuka. Bayangkan macam mana kami pada malam tu tau.
Nasib baik kami pergi konvoi, jika berseorangan. Tidak tahu lah macam mana pula kami seisi keluarga ni. Dengan mempunyai anak-anak kecil lagi ni.
Ada yang berhenti menanyakan kereta. Ada hamba allah menawarkan pertolongan. Tetapi itulah, bila berada di tempat orang kan? Jadi, suami drive slowly kereta pulang ke homestay. Agak jauh restoran ini dengan homestay, sejam untuk sampai.
Jadinya, saya dan anak-anak tumpang kereta ipar. Alhamdulillah.. kelegaan disitu. Cuma risaukan keselamatan suami sahaja. Tayar dah meletup masih drive.
2 Ulasan
Alhmdllh...Nasib tkde apa berlaku..tayar ni kena cek betul2
BalasPadamnasib baik x de ape yg serius
BalasPadam