RESIPI AYAM GORENG VERSI PASAR LAMBAK ATAU PASAR MALAM | Bosan lah asyik makan ayam goreng kunyit jer kan? Sesekali kita ubah selera sedikit. Ayam goreng versi pasar malam atau pasar lambak. Jika anda kaki makan makanan di pasar malam atau street food, pastinya anda pernah rasai ayam goreng mereka. Ianya rangup dan sedap dimakan begitu sahaja. Saya sediakan resipi bertulis bagi ayam goreng versi pasar malam atau pasar lambak ( Street food )
Bahan-bahan :
Ayam 1/2 ekor
Telur ayam 1 biji
Tepung gandum 1 cawan
Bread crumb (serbuk roti )
Serbuk kari 1 sudu
Sos tiram 2 sudu besar
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng
Bahan Perapan :
Ayam yang telah dibersihkan dan dipotong
Garam
Telur ayam
Serbuk kari
Sos tiram
*Perap 1 jam..
Lagi lama, lagi sedap. Biarkan bahan perapan meresap masuk ke dalam isi-isi ayam.
Sediakan :;
satu mangkuk untuk tepung gandum
Satu mangkuk untuk celup dengan bread crumb
Cara buat ::
1. Ambil potongan ayam tadi, celupkan kedalam bread crumb .
2. Celupkan pula ke dalam tepung gandum.
3. Biarkan 2 bahan tersebut melekat pada ayam. Tunggu 5 minit.
4. Panaskan minyak di dalam kuali.
5. Goreng ayam macam biasa. Goreng dalam keadaan api sederhana.
6. Masak dan makan.
Saya pasti ini antara ayam goreng kesukaan anak-anak. Ayam goreng berperisa kari dan rangup.. Macam beli di pasar malam pula ya..
Alhamdulillah, akhirnya dapatlah bertukar selera dengan upgrade sedikit resipi ini. Bermula tercetus resipi ini adalah , satu hari saya pergi ke pasaraya. Dan terjumpa bread crumb. Di plastik packaging ia menunjukkan untuk salutan udang. Dan saya terus membelinya. Dan macam biasan, sifat keibuan yang suka mencuba sesuatu yang baru.
Saya membuat eksperimen. Segala seafood seperti sotong, udang dan akhirnya saya jadikan bread crumb sebagai bahan utama dalam resipi ayam goreng rangup seperti makan ayam goreng yang dijual di Pasar Lambak atau Pasar Malam.
0 Ulasan