3 WHY BANTU KALIAN KELUAR DARI MINDA MISKIN |WHY yang buat saya terus konsisten dan terus FOKUS! WHY juga buat saya struggle mencari duit belanja demi |keluarga. Dan WHY juga buatkan saya menjadi kuat, walau apa yang datang. Dengan izin allah, saya keluar dari comfort zone.
Disebabkan pandemik covid19 . Saya jadikan ia satu peluang buat saya.
WHY juga telah buatkan saya keluar dari Zon Selesa. Iyalah, seorang suri rumah. Saya fikirkan menjadi suri rumah tiada tanggungan. Saya silap disitu. Maka, saya terus bangkit demi kejayaan.
WHY bermaksud kenapa atau Mengapa . Kenapa kita perlu STRUGGLE nak kejar WHY?
Saya berfikir di luar kotak. Antara 3 SEBAB yang buatkan minda saya terbuka adalah :
3 Sebab ini juga adalah STRONG WHY saya .
1. Itu HARTA suami, bukan harta saya.
2. Itu Duit suami, walau nafkah diberi. Saya perlukan pendapatan sendiri.
3. Isu diberhentikan kerja sekelip mata. Dan bila-bila masa sahaja suami boleh diberhentikan kerja. ( Walau suami ada membuat duit tepi dengan bisnes security).
4. Zaman saya MISKIN satu ketika dahulu, sewaktu saya kecil.
4. Zaman saya MISKIN satu ketika dahulu, sewaktu saya kecil.
Cara pembangunan diri yang saya lakukan turut diajar dalam artikel seterusnya.
GRAND WHY kunci utama Ganjaran didunia
Pandemik #COVID19 juga buat saya berusaha untuk ubah kehidupan saya 360 darjah.
Setiap kali selesai solat, Saya selalu berdoa kepada allah supaya dapat memberi kepada mak abah duit bulanan secara tetap, kekal bersedekah tanpa lompong, dan juga saya niatkan juga untuk membayar zakat perniagaan. Alhamdulillah..
Setiap kali selesai solat, Saya selalu berdoa kepada allah supaya dapat memberi kepada mak abah duit bulanan secara tetap, kekal bersedekah tanpa lompong, dan juga saya niatkan juga untuk membayar zakat perniagaan. Alhamdulillah..
STRONG WHY bantu ubah Minda saya dari fikiran seorang MISKIN kepada BERJAYA
Ya, saya seorang anak dari keluarga MISKIN. Sewaktu saya kecil, pendapatan abah hanya RM 400 ke RM 500 sahaja. Dengan mempunyai jumlah 3 adik beradik.
Hanya 20 sen setiap hari sahaja , abah berikan untuk berbelanja di sekolah rendah ( sekitar 1994 ) . Itu pun duit saku hanya beberapa hari kami adik beradik dapat berbelanja di kantin sekolah. Tengok rakan-rakan lain dapat membeli aiskrim dan menikmati juadah lain, saya hanya melihat sahaja. Bau makanan-makanan di kantin saya hanya hidu. 20 sen, saya hanya dapat membeli keropok sahaja. Sedih kan? Air saya tak minum, duit tidak mencukupi. Botol air pula, memang tak mampu nak beli.
Ketika saya berada di darjah 4 pula, saya rabun. Bayangkan, dari darjah 4 sehingga ke sekolah menengah saya hanya menumpang kawan menyalin kerja sekolah di papan hitam. Jika kawan saya salah, maka saya pun turut sama salah. Saya memang takda duit nak beli cermin mata waktu itu. Memang sedih sangatlah cerita dia.
Jadi, KEMISKINAN saya itulah jadikan kekuatan saya untuk berusaha. Asal usul saya dari golongan miskin yang jadi saya kuat sehingga kini. Dan kemudian, saya tak mahu anak-anak saya rasa seperti apa saya rasa puluhan tahun. INGAT! Orang miskin boleh berubah, asalkan rajin dan tak jemu untuk berusaha.
Jadi, dengan WHY saya diatas inilah yang bantu saya untuk mendaki sedikit demi sedikit bagi mencapai target saya sebagai seorang ghostwriter iaitu penulis upahan.
WHY bukanlah BIG WHY yang kita ingin capai seperti ingin membeli kereta, membeli smartphone, nak pergi haji tu semua. Tetapi ia lebih kepada memberi.
Dan, jika kalian letakkan BIG WHY ( paling utama dalam hidup ) kalian akan letih. Kemudian akan stuck kat situ. Dah tak tahu lagi nak buat apa , jika BIG WHY anda tercapai.
Maksudnya disini, kalian mesti letak STRONG WHY dan GRAND WHY kalian tadi yang paling teratas daripada BIG WHY ( keinginan / kehendak). Insyallah, allah akan lorongkan kita di jalan yang betul dan lancar.
Kalian dapat sesuatu?
Alhamdulillah.
Ikuti perkongsian lain di platform Media Sosial :
Facebook : https://www.facebook.com/ina.norazlina
LinkedIN : https://www.linkedin.com/in/nor-azlina-mohd-ali-5469511a7Join Telegram : https://t.me/azlinapenulisupahan
0 Ulasan