Seni Memikat Suami berjaya!

 Seni Memikat Suami | Seni untuk memikat suami, saya kira sudah pasti ramai yang tahu. Bila sebut memikat suami,mesti kemerahan muka para isteri ya tak? Menahan malu. Tetapi seni memikat suami yang ini berlainan. Tak sama macam isteri-isteri di luar sana fikirkan.




Tips memikat suami


Celik je mata pagi tadi.. saya bingkas bangun. Lalu saya mencari kelibat suami , lantas menerkam terus kearah suami. Bukan buat apapun. Terkam untuk bersembang sahaja. Hahaha..

Saya bersembang dengan suami.

Saya tunjukkan memories dalam Facebook. Gambar kami pergi bercuti dalam Malaysia [ Rompin ] tahun lepas.
Lalu saya memulakan perbualan.
Saya : Abanggg [ dalam nada manja dan lenggok menggoda ].. cuba tengok ni memori naik kat newsfeed ayang lahh. Abang ingat tak lagi?
Suami : Iya [ sambil scroll Facebook dia ]
Tanpa putus asa, saya tetap bercerita pada suami.
Saya : Best kan dulu kita pergi bercuti.. [ saja je nak Flash back bersama suami ]
Lebih kurang 5 minit kemudian,
Suami : Ayang masak nasi ayam hari ni ya. Nanti kita pergi picnic.
Saya : Okay. Boleh..
Secara tiba-tiba. Anak sulung saya, Sara menyorak kegembiraan. Yeeey.. bestnya. Tak sabar nak pergi berkelah tepi pantai.
Dipendekkan cerita, selepas 3 jam berlalu.
Suami tidur, dan anak anak pula semuanya sudah bersiap. Anak-anak kan, mana boleh berjanji. Mesti mereka tuntut punya.
Selepas semua siap, Jam 3 petang.. abah dan adik pula datang ke rumah. Nak bersiar-siar hujung minggu bersama kami.
Alhamdulillah, plan ke pantai Sepat sebenarnya. Tapi suami ubah plan pula, jalan-jalan pantai Sepat dan terus lajak ke Pekan bagi memburu Satay Marto ..
Seronok.. Alhamdulillah.
Seni memikat hari ini menjadi, haha. Syukur..
Saya kira, rare lah kes terpencil begini.
Jika diikutkan, memang agak sukar suami nak pusing OOTD seharian sampai ke malam tau.



Jadi, disini seni memikat suami tak susah pun. Cukup seorang isteri melayan suami dengan kenyang kan perut dan juga sedikit skill tambahan [ mungkin kena wangi ke.. cantik dan menggoda depan suami ] untuk memujuk sang suami.


Lain lain skill, sebagai seorang isteri mesti memahami keinginan Suami. Full STOP! Hahaha.

Tips memikat hati suami

Satay pekan polo



Okay, ni gambar-gambar semasa Ahad lepas. 2 hari berturut juga suami luangkan masa bersama. Sabtu dan Ahad. Alhamdulillah, syukur. Semoga hubungan kami sekeluarga semakin utuh.

Catat Ulasan

0 Ulasan