7 FAKTA ANDA PERLU TAHU, SEBELUM UPAH PENULIS EBOOK

    Servis menulis ebook yang saya tawarkan ini khas buat anda yang nak mempunyai ebook, tetapi dalam masa yang sama ketiadaan masa menulis atau kekeringan idea menulis ebook. Semuanya boleh, saya bantu anda menulis ebook. Ada yang bertanya, "ebook ni saya nak seperti saya tulis ya?" , "saya nak ebook ni di berikan kepada agen saya juga", "saya nak jadikan buku saya kepada ebook ya?" . Ya, semuanya boleh Cik Puan dan tuan sekalian. Kerana servis menulis ebook ini seperti anda yang menulis. Saya menulis mengikut permintaan anda sahaja. Dan, jangan risau juga kerana servis menulis ebook, tidak tercatat nama saya sebagai penulis ebook ini.



  • UPAH PENULIS EBOOK, Ghostwriter


 

Upah buat ebook, penulis ebook, writer
Upah buat Ebook



EBOOK adalah sejenis medium penyampaian maklumat yang merujuk kepada penggunaan data digital seakan buku yang mengandungi pelbagai maklumat dalam bentuk teks, gambar atau kedua-duanya. Terbitan sebegini boleh dibaca menggunakan pembaca elektronik yang khusus namun sebarang komputer dengan paparan atau skrin leper, yang boleh dilihat seperti komputer riba, komputer tablet dan smartphone juga boleh digunakan.


 


  GHOSTWRITER > Servis menulis  




upah ghostwriter buat buku, buat ebook



menulis ebook, ebook




Mengikut arus zaman juga, ramai yang telah jadikan senaskah buku kepada sebuah ebook. Ebook juga boleh dibaca di mana-mana tanpa batas. Tak perlukan ruang yang besar untuk disimpan. Tidak membebankan, kerana ia adalah file yang boleh disimpan dalam smartphone dan juga komputer mahupun laptop. 




Ebook dan jenis-jenis


Ebook juga adalah bahan bacaan ringan. Dari segi muka surat ia boleh bermula dengan 30 , 60 dan sehingga 100 muka surat. 


Namun, ia bergantung kepada Niche ebook tersebut. Sama ada jenis ebook panduan, kesihatan , Business dan boleh juga jadi kisah seram [ adaptasi ] .

 

Jangan tidak tahu, dari sebuah buku juga ada client meminta saya terbitkan ke dalam bentuk ebook.




Tempoh Siap Ebook 




Ia juga bergantung tahap kesukaran tajuk ebook tersebut. Jika bacaan jenis ringan, dalam jangka masa 14 hari. Menulis dan kerja-kerja proofread.  Manakala ebook yang perlu kan kajian terlebih dahulu , topik berat perlu mengambil masa antara 30-60 hari.


Dan, jika ebook tersebut memerlukan design layout yang rumit pula mengambil masa. Apapun, jumlah masa dalam menghasilkan ebook perlukan kerjasama dengan client juga. Jika kerjasama kurang di berikan, tempoh siap ebook akan semakin panjang.




Proofreading 


Iya, setiap ebook yang saya hasilkan akan melalui proses proofread terlebih dahulu sebelum di hantar kepada client. Supaya ebook tersebut sedap di baca.




Cover Ebook


Setiap cover ebook dihasilkan, terlebih dahulu akan di hantar kepada client belum kami proceed.



Cara Mempromosikan EBOOK


Cara mempromosikan ebook sangat mudah. Kini terdapat pelbagai platform yang boleh anda jual seperti Facebook, Instagram, Blog, Linkedin, mahupun TikTok. Atau di Amazon.


SIAPA YANG PERLU ADA EBOOK?

Biasanya individu yang berbisnes. Yang ingin kembangkan empayar bisnes mereka. Orang bisnes yang ingin mengutip database pelanggan ( dengan memberikan ebook secara PERCUMA kepada pelanggan ) 

Dan.. mereka yang ingin menjual ebook mereka  kepada prospek. 

 

 

FAQ  

1. Saya nak buat EBOOK, tetapi saya tak pandai nak buat ayat..


Jawapan : Saya boleh bantu anda dengan lantik saya sebagai penulis anda. Iaitu saya menulis bagi pihak anda.


2. Nanti saya buat ebook dengan awak, pada ebook tu tulis nama siapa?

 

Jawapan : Sudah tentulah nama Tuan / Cik Puan akan tertera pada ebook. Saya hanya menulis sahaja.


3. Kalau saya buat ebook ni, ROYALTI ebook saya kena bayar juga?

 

Jawapan : Tak perlu. Keuntungan 100% hak milik empunya ebook.


4. Saya sudah ada tajuk dan isi, boleh buatkan ebook untuk saya?


Jawapan : BOLEH. Saya bantu menulis dan olah kembali ayat tuan / Cik Puan agar sedap dibaca serta difahami.


5. Buat ebook ini, bagaimana? Ada sebarang perjanjian tak ?


Jawapan : Sudah semestinya ada perjanjian bertulis antara Client dan pihak saya. Perjanjian bermaksud dalam tempoh proses saya menulis sehingga siap ebook.


6. Berapa Muka Surat saya perlu buat ebook?

Jawapan : Bergantung kepada niche Tuan / Cik Puan . Dari serendah 30 muka surat, 50 muka surat dan  sehingga 100 muka surat. Ia juga bergantung kepada keperluan client. Saya sebagai penulis, ikutkan sahaja.

Tetapi janganlah terlalu sedikit, nanti terlalu ringkas akan menjadi satu artikel. Bukan nya ebook. Maklumat yang anda ingin sampaikan kepada pembaca tergantung. 


Perlu ketahui, ebook yang sedap di baca memerlukan gambar-gambar yang menarik. Jadi, ebook tidak akan bawah daripada 30 muka surat.

 


7. Harga EBOOK  pula bagaimana?

Jawapan : Harga mengikut helaian muka surat. Anda nak jenis yang simple atau jenis helaian bewarna?

Dan, saya turut sediakan pakej menarik untuk ebook. 

 

 

 

SAYA DAH TAK TAHU , APA LAGI NAK DI TULIS DALAM EBOOK.. 

 
Ini antara rungutan yang biasa saya terima dari prospek.


Rata-rata prospek mengeluh. Nak menulis ebook :


Tapi tiada idea menulis,
Tulis ebook, digelakkan pula oleh kawan-kawan,
Kata kawan, "ebook awak, tiada pun rupa macam ebook".. Macam hasil kerja projek budak sekolah jer.


Sedih kan? Tapi takkan nak biarkan ebook macam tu jer. Tinggal sekerat jalan?
Dah, jangan bersedih lagi.


Saya sebagai #penulisupahan #ghostwriter dapat membantu kalian menghasilkan sebuah ebook dengan lebih berinformasi serta berfakta. Seterusnya menjadikan ebook kalian sedap dibaca. 


Dan, kalian juga jangan risau. Ebook kalian, apabila siap akan di kredit kan nama kalian sendiri.Bukannya nama penulis. Bab Royalti? TIADA! Hanya bayar upah menulis sahaja.

 

 

testimoni upah menulis ebook
testimoni menulis ebook

 

Selain mengambil upah menulis ebook , turut mengambil upah mengolah ebook ( content  kering ).

 

Tempah SLOT Menulis Ebook anda sekarang > wasap.my/60189107161/sayanakbuatebook


 Intai-intai saya di laman social media saya :

Facebook : Nor Azlina Mohd Ali

Page : azlinapenulisupahan

Linkedin : https://my.linkedin.com/in/azlina-ina-5469511a7/ms-my

Channel Telegram :

Dunia Ghostwriter | Motivasi , Tips dan Tutorial .


    Servis menulis ebook yang saya tawarkan bukan sahaja upah menulis, bahkan jika anda yang sudah mempunyai content atau idea ebook. Saya juga bantu olah kembali ebook anda, agar ianya sesuai dengan niche ebook tersebut. Dari segi penulisan dan sebagainya. Nak jadikan ebook seperti katalog pun boleh juga. Hubungi saya seperti di nombor diatas.










Catat Ulasan

0 Ulasan