Kisah mini kejayaan saya sebagai seorang full time ghostwriter sepanjang 2020. Ghostwriter adalah penulis upahan, yang di upah oleh client bagi mewakili pihak mereka. Hasil kerja ghostwriter adalah tidak di kredit kan di mana-mana. Ala-ala, biarlah rahsia hasil penulisan tersebut.
Servis Ghostwriter |
#1. Saya di kenali sebagai penulisupahan yang mengambil upah sebagai penulis copywriting . Bermula bulan Ramadhan 2020.
#2. Client mula menggunakan servis saya sekitar bulan Ramadhan tahun lepas sebagai contentwriter . Menulis Niche Automotive. 2 client berlainan.
#3. Semakin meriah tugasan sebagai ghostwriter. Dalam Niche makanan, restoran , produk, pakaian dan automotive.
#4. Saya menjadi ghostwriter tetap (sehingga kini ) sebagai contentwriter dalam bidang automotif.
#5. Lebih 80 copywriting saya telah menulis. Copywriting ebook, restoran, rekrut , produk , perkhidmatan ( kedai , hartanah, insurans , nursery ).
#6. Mendapat job menulis 10 artikel dari client yang sama. Iaitu daripada repeat client copywriting seterusnya ingin menggunakan servis menulis artikel.
#7. Proofread dan menulis ebook motivasi.
Alhamdulillah.. alhamdulillah.. alhamdulillah.
Allah mudahkan urusan saya sepanjang bergelar seorang ghostwriter. Syukur!
Saya doakan, kepada mereka yang tengah struggle dalam bidang masing-masing.. teruskan usaha kalian.
Biar penat menulis dan hasilkan content sendiri. Jadi diri sendiri. Andai kata kalian malas, lawan sifat tersebut. Sesungguhnya, diri sendiri adalah PEMBUNUH KEJAYAAN!
Insyallah , Allah akan hadirkan rezeki buat kalian hasil penat lelah kalian.
Kunci rezeki lain : Kejar akhirat. Segerakan suruhan Allah.
Jadi, perbanyakkan istighfar jika rezeki tiada masuk. Ingat Allah. Ingat kembali apa WHY kalian. Jika jatuh, bangun secepatnya. Jangan berlengah lagi. Jangan menunggu #covid19 habis baru nak bertindak.
Dari blogger, kini saya berhijrah kepada seorang penulis upahan ( ghostwriter ).
Takde peluang, kita sendiri yang kena cipta peluang!
Nota kaki : Dengan kejayaan lepas, kalian tak boleh terkenang-kenang selalu, sebab risau jadi selesa dan LEKA.
Jadi, untuk masa akan datang.. cipta kejayaan baru. Bertindak. Ingatlah WHY kalian, kenapa kalian berbisnes. Begitulah saya sebagai seorang ghostwriter.
Hasil kerja-kerja menulis > Jenis servis ghostwriter
Ingin upah saya sebagai ghostwriter anda?
Picit Link > wasap.my/60189107161/Ghostwriter
Facebook : www.facebook.com/Ina.norazlina
0 Ulasan