Tak Sabar-sabar Nak Pergi Bercuti ke PORT Dickson selepas tamat PKP

 TAK SABAR-SABAR NAK PERGI BERCUTI KE PORT Dickson selepas tamat PKP 

 

 

BERCUTI SELEPAS TAMAT PKP

 

 

Genap setahun penularan pandemic Covid-19 yang berlaku di negara Malaysia, semenjak kes pertama di laporkan pada 24 januari 2020 yang lalu.  Susulan penyebaran virus yang kita sendiri tak nampak dengan mata kasar ini, menyebabkan kerajaan terpaksa mengambil langkah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Berikutan dengan penularan pandemik Covid-19 yang begitu pantas ini, banyak sektor terjejas dan ekonomi merudum.

Nampaknya semua aktiviti biasa kita, dah jadi tak biasa untuk dilakukan. 

Kerja pun tak seperti biasa, apatah lagi aktiviti kesukaan ramai seperti beriadah dan bercuti sekeluarga turut sama terjejas.


Terpaksa cancel

 

cancel bercuti sebab covid
Terpaksa cancel bercuti

 

 

 

Susulan wabak ini juga, pasti ada dalam kalangan korang yang terpaksa membatalkan perancangan untuk bercuti sama ada diluar atau dalam Negara.

Namun, dalam situasi sekarang ini lebih baik kita duduk dirumah. Ikuti SOP yang ditetapkan kerajaan. Kita berusaha bersama-sama untuk membantu semua pihak, membantu frontliners terutamanya untuk mempercepatkan kes penurunan covid-19 dari terus merebak.

 

covid19 kita jaga kita,allah jaga kita

 

 

 

Pastinya, semua orang merindui keadaan normal yang seperti dulu.

Sementara keadaan kembali seperti sedia kala, korang imbau balik kenangan travel dulu-dulu. Maybe lepas semuanya dah okey, dah boleh pergi bercuti balik, boleh jadi rujukan untuk pilihan percutian sekeluarga bukan?


Kalau dulu korang suka pergi tempat yang bersejarah, kali ni apa kata korang cuba tempat yang mendamaikan pula. Kalau korang memang jenis yang sukakan tempat percutian yang menenangkan seperti pantai. Apakata, jom berkunjung dan bercuti di Port Dickson, Negeri Sembilan! 


Port Dickson tumpuan warga kota

Sebut je Port Dickson siapa ya yang tidak tahu sebagai lokasi percutian. Mesti terfikirkan Hotel In Port Dickson yang menarik. Lagi-lagi buat warga kota dari Kuala Lumpur. Mereka yang dari Ipoh dan Melaka yang mengambil masa 1 ke 2 jam lebih untuk travel ke Port Dickson, korang tak patut untuk lepaskan percutian kali ini. Kedudukannya yang strategik dan mendamaikan untuk pencinta pantai, memang WAJIB ke sini !


Korang bayangkan,


Ada yang datang dari negeri Johor, Pahang, dari negeri utara dan pantai timur tau. Mereka sanggup ke Port Dickson sebagai destinasi percutian pilihan mereka kerana pantainya menjadi tumpuan orang ramai. Dan di sana, juga mempunyai banyak pilihan Hotel

 

Okey, jom cerita 3 pantai menarik di Port Dickson ni :


Pantai teluk kemang

pantai teluk kemang
pantai Teluk Kemang





Tarikan pantai teluk kemang ni semestinya banyak aktiviti yang boleh dilakukan di sini. Buat pencinta pantai, masa ni juga untuk korang explore dan boleh mencuba aktiviti seperti paragliding, jet ski dan banana boat.

Banyak juga tempat makan, kepada ‘kaki makan’ tak perlu susah hati ye hihi. Kedai juga banyak kat sini untuk korang beli t-shirt, pelampung atau kalau korang nak beli buah tangan pun banyak juga pilihan yang boleh dipilih.

Ohh ya, yang bawa anak-anak. Turut disediakan dataran teluk kemang. Banyak aktiviti seperti berbasikal, kereta control dan sebagainya. Konfemm anak pun enjoy nanti. 

Jujurnya, pantai Teluk Kemang ini sangatlah meriah. Yang pasti, korang takkan bosan kesini!

 

Pantai Saujana

pantai saujana,PD

Suasanya lebih tenang berbanding pantai Teluk Kemang dan keadaan disini jugak tidak seramai di pantai Teluk Kemang.

Destinasi yang lebih santai untuk menenangkan fikiran. Pokok-pokok yang redup menjadikan pandai Saujana ini tempat yang sesuai untuk berkelah bersama keluarga ataupun rakan-rakan.

 

Pantai Blue Lagoon

Baca pada namanya terbayang airnya berwarna biru. Pantai Blue Lagoon agak kecil dan kedudukannya terletak di teluk. Pastinya pantai ini tidak seramai pengujung di pantai Teluk Kemang. Yeayy, memang sesuai untuk bersantai seisi keluarga. Namun, agak padat sekiranya terlampau ramai pengunjung kesini. 

 

Kalau korang nak tahu,

kalau korang menginginkan tempat yang private. Terdapat juga private beach sekiranya korang check in di Avillion Port Dickson. Kalau korang ingin menikmati pemandangan pantai tanpa gangguan awam, Avillion menawarkan 2 private beach iaitu Riau Beach dan Tumasek B

Pantai pertama lebih menjadi tumpuan tetamu yang datang dengan adanya aktiviti water sport disini. Manakala, pantai kedua, lebih tenang dan lebih sesuai sebagai tempat bersantai bersama keluarga.

Persekitaran pantai juga dijaga dengan baik. 

Kalau petang-petang tu, korang boleh la pergi swimming pool. Swimming pool disini dibahagikan kepada  2 kawasan. Kawasan pertama yang dinamakan Village Pool sesuai untuk tetamu yang berkunjung bersama anak-anak, manakala kawasan kedua yang dinamakan Cochin Pool pula dikhaskan hanya untuk tetamu dewasa sahaja. Okey!


Next. 


Hotel In Port Dickson Avillion Port Dickson ini bercirikan ala-ala suasana kampung dengan adanya petting farm disini. Petting farm menempatkan ayam dan arnab, dan pastinya kanak-kanak sudah tentunya teruja. Mereka bukan je dapat masuk dan melihat haiwan secara dekat, tetapi dapat memberi makan secara percuma.

Secara keseluruhannya, Avillion Port Dickson ini sangat sesuai untuk korang yang datang berseorangan, berdua, bersama family ataupun dengan kawan-kawan. Tumpuan pada suasana persekitaran dan aktiviti yang banyak ditawarkan membuatkan korang enjoy!

 

CADANGAN PANTAI TERBAIK DI PORT DICKSON
AVILLION HOTEL, IN PORT DICKSON



So, make a plan now to have the best moments travel after this pandemic. Namun untuk mendapat tempat menginap yang paling baik perlulah membuat tempahan awal bagi mengelakkan ketiadaan bilik. Apa lagi, korang boleh membuat tempahan hotel melalui traveloka. 


Download apps traveloka di telepon mudah alih anda dan terus boleh buat tempahan hotel dengan mudah. Best price guaranteed untuk menikmati percutian yang menenangkan melihat keindahan pandai. 


Jadi, jika Korang  ingin bercuti ke Port Dickson. Saya sarankan dengan penginapan hotel di Avillion Port Dickson. Sudah pasti nya membuatkan Korang tidak akan lupakan Moment tersebut sepanjang menginap di Avillion Port Dickson. 

Catat Ulasan

0 Ulasan