Sudah Mendaftar SSM , bisnes menulis N.A Ghostwriter

 SERVIS MENULIS SAYA SUDAH MENDAFTAR DENGAN SSM | Sungguh tak sangka. Kali ni, saya mendaftar bisnes servis saya dah. Jika diikutkan , sejak tahun 2016 lagi saya sudah mula aktif menulis. Tetapi waktu tersebut saya tidak berfikir panjang pun. Menulis sebagai blogger sahaja iaitu menulis di blog kepunyaan sendiri. Tahun 2021, saya serius daftar meniaga dengan SSM tetapi sebagai Ghostwriter. 

 

 

SSM GHOSTWRITER
SSM GHOSTWRITER

 

 

 

  Syukur kepada allah, dengan izin nya. Saya terbuka hati untuk mendaftar niaga. Serius saya ingin meluaskan empayar bisnes sebagai seorang penulis upahan atau Ghostwriter. Lagip un, bagi pendapat saya sendiri yang juga orang bisnes. Kenapa tidak mahu menggunakan cara halal, sedangkan cara ini ada. Betul tak? Ini pun boleh di katakan cara kita menjemput rezeki juga. 

 

  Saya percaya, rezeki dari allah pada bila-bila masa sahaja DIA nak beri. Kita sebagai umatnya, kena lah berusaha sebaiknya. Jemput rezeki dengan solat, bersedekah, infaq , dan juga zakat. Next time kena bayar income tax pula saya ni.

 

  Bulan lepas, rezeki saya berlimpahan. Syukur sangat ya allah. Rasa nak menangis rasanya.  Mujur lah saya mempunyai team ghostwriter saya. Dapat lah saya sub job kepada mereka. Alhamdulillah. Selalu saya berpegang kepada petua sifu saya. Nak berjaya jangan sombong dan terlalu selesa. Jika tidak, hanyut lah kita di bawa arus ombak.

 

   Oh ya, sering kali saya menerima PM dan Whatsapp daripada seseorang. Mereka meminta job daripada saya. Hmmm~ agak sukar sebenarnya. Sebab kerja-kerja ghostwriter ni perlu memasuki kelas ghostwriter terlebih dahulu. Tahu selok belok dalam dunia ghostwriter. Baru lah boleh mengambil sebarang job bertulis.Kita menulis untuk pihak pelanggan. Mesti ada minat, yang paling utama. Tapi jika niat kalian sekadar mencari DUIT. Saya rasa amat merbahaya untuk karier kalian. NIAT tu kita mesti jaga sebaiknya.

 

  Ya, saya pun bermula dari bawah. Banyak kali juga kena reject sebenarnya sebelum saya menjadi ghostwriter trusted. Saya kira dunia memang sangat kejam pada era kini. Walaupun sijil tidak di pandang oleh mana-mana prospek yang ingin berikan job menulis kepada kita (bergantung kepada job menulis ) . Namun , pengalaman itu sangat berharga.  Prospek lebih suka melihat pengalaman berbanding sijil-sijil yang kita ada. Ini kerana, job menulis perlukan komitmen dan kepercayaan kita sebagai seorang penulis. 


 Dan lagi satu, untuk menjadi seorang penulis upahan ni kalian mestilah kena kreatif untuk kelihatan lain dari yang lain. Zaman sekarang ni pun, sudah ramai yang menceburi bidang menulis. Cuma antara kalian rajin atau tidak sahaja. Kalau malas, tiada lah job. Tiada pendapatan kalian.  

 

    Peluang ni besar. Setiap hari ada sahaja permintaan menulis daripada founder produk, dan orang-orang bisnes yang lain. Apa pun kerja, sebenarnya kita yang kena cipta peluang. Peluang takkan datang bergolek. Begitu juga dengan hal rezeki.

 

 

Catat Ulasan

0 Ulasan