LINKEDIN Platform Buat Freelance | Pendapat saya sendiri, platform LinkedIn bukan mudah untuk orang offer sebarang job menulis. Betul!
Seingat saya, tahun 2020 [ bulan puasa ] saya aktifkan diri di sana. Masa tu, saya menulis sahaja tanpa fikirkan job semata-mata.
Adakalanya saya frust juga, sedih. Tapi saya tak berputus asa langsung. Jadi seronok pula aktif di sana. Prospek di sana kebanyakan golongan korporat dan politik. [ Ada yang minta menulis teks ucapan politik, oleh sebab di luar bidang memang kena tolak permintaan ]
Apa yang saya update di Facebook, saya juga update di LinkedIn juga. Menulis tanpa terikat.
Hasilnya, tahun 2021 baru orang nampak #servismenulis saya di LinkedIn. Banyak juga permintaan menulis yang saya berjaya tunaikan melalui platform sana. Antaranya #Copywriting dan artikel. Ada yang meminta saya menulis artikel bagi kementerian juga.
Daripada platform LinkedIn, ada juga yang saya berjaya tarik bawa ke platform Tiktok. Hihi~
Golongan Koporat Dan Politik di Linkedin
Ya, saya sendiri pun pada awalnya 'jammed' juga kepala. Sebab minda ni dah kena block. Pernah saya terfikir, nak gunakan perbualan macam mana di platform Linkedin ni? Takkan saya nak speaking, sedangkan saya seorang yang gunakan percakapan melayu di mana-mana social media. Saya fikir, jika saya speaking bermakna saya dah tipu diri sendiri. Jadinya, saya menggunakan perbualan harian saya sahaja. Alhamdulillah, niat saya satu sahaja. Iaitu menyebarkan ilmu bermanfaat melalui content.
Dan, apabila saya ubah minda saya. Saya 'merdekakan' minda. Mencurah-curah idea untuk menulis di platform social media. Termasuk lah idea content untuk pelanggan saya. Alhamdulillah. Syukur juga allah kurniakan idea begini.
Oh, ya. Berbalik kepada platform LINKEDIN itu. Di sana memang ramai golongan korporat. Ini termasuklah founder-founder bisnes dan juga orang politik dan menteri.
Dahulu pembabitan saya, terasa kerdil nya saya di sana. Daripada 0 Connection, kini mencecah 425 Connection ( limit connection adalah 500 sahaja, seingat saya) Saya juga menapis connection di sana. Bukan lah apa, ada setengah lelaki yang ingin mengambil kesempatan. Saya rasa, bukan lah tempat yang sesuai untuk berchit-chat. Ramai yang faham, platform Linkedin di cipta untuk golongan mencari pekerjaan. Itu lah tujuan saya 'hadir' di ruangan platform Linkedin.
Semasa saya ingin menaikkan branding saya, agak sukar. Hampir tersungkur saya. Ya lah, masih baru dalam bidang Ghostwriter ketika itu. Walaupun saya berasal daripada seorang blogger kini berkecimpung pula dalam industri penulisan yang lebih memerlukan ketelitian dalam kerja-kerja penulisan. Iaitu menulis bagi pihak pelanggan.
Sedikit tip dari saya, bagi memudahkan prospek mencari anda di LINKEDIN. Sila gunakan hashtag yang bersesuaian dengan jenis bisnes anda. Pastikan ia relevan dan bukannya merapu! Biodata diri ( Headline ) sila tuliskan siapa anda. Apa skill anda dalam industri Freelance ya.
Kesimpulannya, nak buat personal branding bukannya mengambil masa sehari dua. Ia bergantung kepada rezeki masing-masing, cepat atau lambat. Dan, jika kita betul-betul fokus di platform LINKEDIN, Insyallah. Memang mudah kita mendapat peluang 'job' di sana. Ingat ya, kunci nya jangan pernah berputus asa. Kerana bila kita berputus asa, saya pasti ada individu lain yang akan mengambil peluang kita.
Nor Azlina
Servis Menulis Berhantu
N.A Ghostwriter Empire
1 Ulasan
Tq ina for da tips..good sharing.. Insyaallah, akak cuba praktikkan..
BalasPadam