Penghijrahan saya sebagai Ghostwriter

 Menjadi seorang penulis upahan atau lebih sinonim dengan panggilan  Ghostwriter agak sukar pada mula nya. Saya seakan ingin tersungkur ketika itu. Terlalu banyak saya menerima rejection, tapi saya tidak berputus asa langsung. Sebab saya mempunyai minat dan keinginan yang tinggi buatkan saya terus kekal sebagai seorang ghostwriter ke saat ini. 


ghostwriter azlina





Alhamdulillah, segala puji bagi allah. Hari ini adalah ulang tahun saya  dalam industri Ghostwriter. Masih baby, usia saya sebagai Ghostwriter iaitu 1 tahun dalam industri penulisan. Yang mana saya membantu usahawan dan mereka yang ketandusan idea serta masa untuk menulis. 


 Segala-galanya berubah setelah saya mendapat mimpi ngeri. Atau adakah itu satu petanda supaya saya bekerja hanya di belakang tabir sahaja. YA, saya bermimpi sehinggakan saya demam semasa dalam tempoh berpantang anak ke-4. Sungguh dasyat! Allah gerakkan saya supaya bekerja begini. Bukan dunia media lagi.

 

Hmmm, andai kata ada yang menyuruh saya berhenti dan menjadi blogger semula. Membuat kerja-kerja review produk seperti beberapa tahun lalu. Maaf! Saya tidak boleh dan tidak akan melanggar 'penghijrahan' saya. Hormati hak saya.  Lagi pun, suami saya juga mengizinkan saya bekerja di belakang tabir sahaja dan meminta meninggalkan dunia blogger. Ada kala, demi menjaga hati PR.. Advertorial sahaja saya ambil dan menulis di blog saya tanpa perlu bergambar bersama-sama produk.

 

Saya rasa bila suami izinkan begini, rezeki lebih lancar serta mudah masuk sebagai ghostwriter. 12 penjuru rezeki terbuka buat saya sekeluarga. Subhanallah! Maha suci allah. Allah izinkan segalanya apa yang berlaku kini. Hasil penat lelah saya, serta saya korbankan wang  KWSP untuk memasuki kelas berbayar akhirnya berbaloi. Saya mampu memberi wang bulanan kepada mak abah setiap bulan tanpa putus. Seterusnya saya dapat membantu meringankan beban tanggungan suami. Ya, tempat suami bekerja semenjak PKP tahun 2020 gajinya di bayar lambat. Itu juga salah satu sebab utama saya kena kreatif menambah pendapatan keluarga. Dan satu lagi saya telah berjaya memiliki hibah untuk anak-anak. Saya bekerja dengan niat kerana allah taala.


 Satu pesanan saya buat mereka yang ingin berjaya. Tolong hapuskan hasad dengki apabila melihat orang lain berjaya. Kerana perasaan hasad itu tadi yang menghalang kalian berjaya. Insyallah! Jika hati bersih, kita takkan dengki apabila melihat kesenangan orang lain bahkan akan mendoakan hal yang baik-baik lagi buat mereka. Jika berdendam, lepaskan rasa itu. Memaafkan adalah yang terbaik. Dendam juga mampu meninggalkan satu kesan hitam di hati seterusnya akan buat jiwa tidak tenang. Cara lain, banyakkan bersedekah. Hati dapat dibersihkan melalui sedekah.



8 TRIVIA NOR AZLINA GHOSTWRITER EMPIRE .. 


1. Berdaftar dengan SSM.

azlinaghostwriter.com ialah servis menulis yang berdaftar di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia ( SSM )


2. Satu ketika dahulu aktif menulis sebagai blogger. Kini, serius melebarkan sayap dengan kerja-kerja belakang tabir sebagai  seorang Ghostwriter. Mempunyai blog peribadi lain iaitu ehbelogaku.com


3. Menggunakan tagline : Servis Menulis Berhantu.

Rata-rata client yang menggunakan servis ghostwriter azlinaghostwriter.com , buat kali pertama. Pasti akan repeat kembali dengan servis menulis lain-lain. Antaranya servis menulis content, copywriting, artikel , ebook dan manuskrip buku.


4. Visi dan misi : Membantu orang - orang bisnes menyelesaikan masalah penulisan kreatif. Iaitu menulis bagi pihak pelanggan. [ Menulis ebook, manuskrip buku, artikel , content dan Copywriting ]


5. Berpegang teguh dengan kata-kata ini : Jadilah seperti helang,semakin di timpa hujan, semakin ia terbang tinggi . Bermaksud .. walau di uji badai sekalipun , saya takkan berundur diri. Semakin tinggi ilmu sekali pun, saya tidak akan sombong serta berbangga diri. 


6. Ghostwriter sepenuh masa. Juga ghostwriter terlatih. 

 

Saya fokus dalam kerja-kerja ghostwriter sahaja. Iaitu lebih menghasilkan penulisan kreatif.


7. Telah banyak menyertai kelas-kelas penulisan. 

 

Bagi memantapkan kemahiran menulis, seorang penulis wajib mengikuti kelas-kelas  secara berbayar mahu pun percuma. Tetapi saya sendiri lebih suka kan kelas berbayar. Mempunyai group sokongan itu yang penting. Ilmu di kongsi secara telus.



8. Berpengalaman menguruskan projek penulisan sebagai ghostwriter. 

 

Saya telah menghasilkan buku antologi "Legasi Abah" dan bakal terbit selepas aidilfitri ini. Serta menulis kisah hidup ( berbentuk novel ) client yang masih dalam proses 'design' . Saya juga menulis ebook dalam genre seram dan juga ebook jenis panduan.


Selain daripada itu, saya juga menulis content dalam niche automotif ,fesyen , dan juga bisnes kedai. Copywriting yang pernah di tulis sebanyak 80 jenis dari pelbagai niche setakat ini. 

 

 

Buat mereka yang tidak tahu bagaimana ingin bermula untuk mencipta kejayaan,  sila lakukan solat taubat terlebih dahulu. doa-doa kita terhijab disebabkan dosa-dosa lampau. Seterusnya lakukan solat istikarah ( sila rujuk di google ) untuk meminta petunjuk. Kemudian setelah kalian mendapat petunjuknya, terus lakukan dahulu. Jangan ceritakan kepada sesiapa. Tulis impian kalian dalam buku. Lihat setiap hari.

 

Walaupun saya baru setahun bergelar  ghostwriter, saya masih seperti dahulu. Masih Azlina yang lama. Cuma saya masih belajar untuk berubah menjadi seorang hamba allah yang suka memberi. Apa yang saya belajar sebagai seorang ghostwriter ialah sifat sabar yang tinggi. Sabar melayan karenah prospek dan client. Saat di reject , hasil kerja mendapat pujian dan sebagainya buat saya menjadi lebih matang hingga hari ini. Paling seronok, saya dapat berkomunikasi dua hala dengan usahawan lain menerusi servis menulis berhantu yang saya tawarkan.



Catat Ulasan

0 Ulasan