Akhir-akhir ini, ramai individu yang mengalami emosi terganggu akibat pandemik covid19. Berkenaan kes yang tidak tahu bila berkesudahan serta pendapatan terjejas. Jadi , bagi mengalami masalah tersebut, apa kata kita bersama mengamalkan 9 amalan berkesan untuk keluar dari kekusutan dan kekal positif.
9 amalan untuk keluar dari kekusutan dan kekal positif, ini dapat merubah kehidupan anda yang membaca serta mengamalkan. |
9 Amalan Berkesan untuk keluar dari kekusutan dan kekal positif.
1. Bangun sepertiga malam,lakukan Solat Sunat
Solat hajat , taubat dan tahajud. Mengadu pada Allah, bercerita pada-Nya.
2. Solat Sunat sebelum Solat Subuh
Hanya 2 rakaat sahaja. Dan, solat sunat juga dikatakan pembuka rezeki.
3. Segerakan Solat
Jangan melambatkan suruhan Allah.
4. Sedekah subuh
Buat tanpa putus. Hasilnya luarbiasa. Salah satunya rezeki akan berlumba-lumba masuk kepada kita.
5. Membaca Al-Quran
Baca lah , walau 1 helaian muka surat al-quran sehari sudah memadai. Tapi jika lakukan setiap kali selepas solat pun lagi bagus.
Saranan saya, baca surah Al-Kahfi. Surah ini sangat bagus untuk menghadapi dunia yang penuh kejam ini. Jiwa stabil, fikiran tenang dengan membaca surah ini selepas solat wajib. Iaitu subuh, zohor, asar, maghrib dan isyak.
Baca ayat 1-10 terawal al-kahfi, dan 1-10 akhir ayat. Baca Al-kahfi penuh paa hari khamis dan sambung bacanya pada hari Jumaat.
6. Jangan tidur selepas Subuh
Salah satu punca rezeki 'lari' , jika tidur selepas subuh.
7. Dengar ceramah agama atau motivasi pagi
Salah satu cara mengekalkan momentum dan aura positif.
8. Solat Dhuha
Salah satu cara menjemput rezeki. Tapi jangan anggap dhuha untuk kerezekian semata, tapi ia lebih daripada itu.
9. Zikir
Perbanyakkan zikir. Berzikir dan fahami maksud zikir yang diamalkan.
Mungkin amalan ini nampak berat nak diamalkan, betul tak? Tetapi percayalah. Hasil memang sangat luarbiasa. Ikhlaskan diri anda untuk beribadah kepada allah. Tidur jam 10 malam, selewatnya. Dan, bangkitlah seawal jam 3 pagi atau 4 pagi bagi melakukan solat sunat seperti diatas. Insyallah, bila dah biasa anda akan sayang untuk tinggalkan. Lain-lain amalan, anda bolehlah berpuasa setiap hari Isnin dan Khamis setiap minggu.
Selain itu juga, amalan diatas juga menjadi pendinding diri daripada gangguan makhluk halus dan syaitan.
Tip ini saya ikhlas berkongsi dengan anda semua. Semoga 9 amalan untuk keluar dari kekusutan dan kekal positif, ini dapat merubah kehidupan anda yang membaca serta mengamalkan.
0 Ulasan