"PAKU"
"Hek eleh. Langsung tak seram cerita pontianak ni." Keluh aku kepada suami, sebaik sahaja cerita dvd tamat.
"Abis tu, kenapa gi tengok? kan dah bazirkan masa?" balas Hafiz. Jarinya laju menscroll social media Facebook.
"Dah tu? kalau beli tak tengok lagi rugi. Erm, bersiap lah abang. Lepas maghrib kita nak hantar barang client." Siti mematikan perbualan supaya tidak berlaku perang mulut antara mereka.
Selepas solat maghrib berjemaah, mereka bersiap untuk menghantar barangan yang di tempah oleh client tersebut.
"Aik? laju betul abang siap dengan anak." Kepala yang tidak gatal, digarunya Siti.
"Okay abang. Tunggu yer." Nak periksa alamat lengkap client ni. Siti menekan kekunci smartphone nya, bagi mencari perbualan di whatsap.
Sebaik sahaja engine kereta Saga FLX dihidupkan. Automatik bauan lavender Ambi Pur menjelajah setiap pelosok kereta. Bermula perjalanan mereka ke lokasi.
'Orang lelaki ni, jika memandu kereta memang laju seperti pelesit. Tiba-tiba dah sampai lokasi. Huh! Sikit takde beri peluang untuk aku berangan' bisik aku dalam hati.
********
"Abang, jom kita makan malam jauh sikit. Alang-alang ni perut dah berkeroncong. Ha, anak tu mesti dah lapar. Tambah Siti lagi.
Demi insan tercinta. Hafiz turutkan sahaja. Dia menjadi pemandu kepada isterinya setelah waktu bekerja tamat. Disebelah malam pula, mereka bersama membuat kerja sampingan sebagai seorang usahawan dalam talian.
"Ya Allah abang. Sedap betul masakan sini. Servis pantas. Pandai abang pilih tempat ya! Puji Siti kepada suaminya.
"Now, see the leg lah." Tengok bumbung atap kedai pun, abang boleh tahu sedap ke tak masakan dia tau. Seloroh Hafiz.
"Dah, jangan nak melalut lagi! Lewat malam ni." Dengan ringan sekali mulut Siti berkata begitu.
*****
Setibanya di rumah bernombor 62, semi-D. Sejurus daun pintu dibuka..
"Abang! busuknya. Kenapa abang kencing tadi tak flush tandas? "Eeeeee~ geli lah!" Sambil Siti berlari anak , dari muka pintu menuju ke tandas bilik utama.
"Bau macam petai! Ehhh, sekarang bau macam benda terbakar pula ni" Semakin ditegur, semakin kuat bauan tersebut menusuk hidung.
'Colok?' bisik Siti. Mana mungkin.
Ruangan tamu secara tiba-tiba dipenuhi asap putih. Suasana berubah menjadi panas berbahang seperti berada di depan unggun api.
'Ah, sini lot bumiputera.' Mana mungkin, berlainan kaum di taman perumahan ini. Getus hati kecil Siti.
"Abang! periksa plug dapur. Kot saya terlupa tutup. Tengokkan sekali tong gas kita tu!" Aku berdebar-debar. Tidak pernah situasi pelik berlaku begini.
Suami ke ruangan tamu, mukanya pucat. Diam seribu bahasa. Kaku!
"Abang! abang!..
"Ruang tamu menjadi panas, berbahang. Dan betul-betul terasa seperti berada di depan oven yang panas.
Siti berlari kearah luar rumah. Menerpa kekawasan yang dirasakan seperti ada sesuatu ganjil. Bulu roma nya merinding.
'Cikiiiik, Cikiiiik..' bunyi gambar berjaya di tangkap dengan menggunakan smartphone Samsung.
"Bismillahirrahmanirrahim.. diikuti ayatul Qursi mula dibaca. Kumat-kumit mulut Siti membacakannya, lalu menghembus kearah parking kereta yang dirasakan meremang dan panas itu.
Sedikit demi sikit, bau hancing dan terbakar beransur pergi. Suasana menjadi normal. Tak panas dan tidak sejuk persekitaran di ruang tamu.
"Abang, tahu tak apa benda tu?" Soal Siti.
"Abang dah perasan tadi, semasa di kedai makan. Nampak benda tu tengok anak kita. Tak sangka ikut kita balik." Dengan riak muka selamba , Hafiz memberitahu Siti.
"Anak kita abang?? Soal Siti yang baru perasan anak berusia 8 bulan tiada dalam rumah.
"Ya Allah! anak kita dalam kereta, abang lupa nak angkat keluar lah." Lantas Hafiz berlari kearah parking kereta.
'Ya Allah! patutlah merinding bulu roma aku tempoh hari. Rupanya setan ni yer , yang berada diperkarangan parking kereta' bisik Siti.
Setelah Siti melihat imej yang berjaya terakam dalam smartphone nya. Kelihatan satu penampakan yang hanya mempunyai kepala sahaja, muka berdarah serta taring yang panjang.
'Allahuakbar! mujur anak aku yang ketiduran dalam kereta tidak diapa-apakan oleh setan durjana' ngomel Siti sendirian.
-Tamat-
1 Ulasan
Terbaik lah cerita.. suspen saya baca sampai habis. fuuuhhh...
BalasPadam