Hobi menanam pokok dan tanaman lain kini menjadi kegilaan ramai, terutamanya di kala musim PKP ( dalam tempoh lockdown ). Kini ramai sedar akan kepentingan tanaman kepada manusia. Dengan adanya baja yang berkualiti, pastinya hasil tanaman juga membuahkan hasil yang lumayan. Penggunaan baja juga memainkan peranan kepada tanaman.
Bila hobi menanam memuncak, pastinya kita inginkan yang terbaik terhadap tanaman. Jadinya, baja adalah hal yang sangat penting bagi mendapatkan hasil terbaik.
Sunguhpun begitu, tanaman tidak boleh sesuka hati menggunakan sebarang baja. Sebagai pemilik tanaman, kita mestilah terlebih dahulu mengkaji bahan utama dalam baja tersebut.
Seperti Ezigrow, ia adalah baja foliar yang mana ia dirumus khas untuk tanaman beriklim tropika supaya ia mampu meningkatkan hasil serta kualiti tanaman. Ezigrow mengandungi unsur-unsur nutrien tumbuhan yang lengkap dan seimbang termasuk mineral, asid humik , asid amino, dan lain-lain lagi.
Kandungan unsur nutrient dan pengawal tumbesaran adalah penting bagi meningkatkan pertumbuhan tanaman , mengawal pembentukan buah serta dapat lipat gandakan hasil tanaman.
BAJA FOLIAR EZIGROW
Baja foliar adalah baja larut air atau jenis semburan yang disembur dalam bentuk cecair. Baja foliar yang disembur pada daun akan menembusi daun dan dinding sel tumbuhan melalui sel epidermis dan stomata lalu meningkatkan aktiviti fotosintesis dan respirasi sel tumbuhan dalam masa satu jam. Berbanding dengan baja tanah, baja foliar lebih berkesan kerana ia dapat menembusi sel-sel tumbuhan dengan sepenuhnya. Pendek Kata, Baja Foliar adalah Baja jenis cecair.
KANDUNGAN NUTRISI YANG TERDAPAT DALAM BAJA FOLIAR EZIGROW?
Ezigrow mengandungi nitrogen, fosforus, kalium, magnesium, kalsium, besi, manganese, tembaga, zink, boron, molibdenum, asid humik dan pengawal tumbesaran.
KELEBIHAN BAJA FOLIAR EZIGROW
1 Mengandungi unsur-unsur nutrien yang lengkap dan seimbang untuk meningkatkan tumbesaran dan kecergasan tumbuh-tumbuhan.
2 Mengandungi pengawal tumbesaran untuk menggiatkan tumbesaran serta meningkatkan proses fotosintesis dan kandungan gula dalam masa 1 jam selepas semburan.
3 Mengandungi asid humik yang dapat meningkatkan kadar penyerapan nutrien oleh tumbuh-tumbuhan, dengan itu menguatkan sistem imunisasi tumbuh-tumbuhan supaya lebih sihat.
4 Menambah hasil pengeluaran tanaman sehingga 70%.
5 Meningkatkan kualiti buah dan hasil pengeluaran tanaman.
6 Mengurangkan masalah pertunasan, pengunapan dan mengawal keguguran buah melalui pengawalan pengeluaran asid absisik.
7 Mesra alam dan mudah diuraikan.
8 Sesuai digunakan untuk tujuan semburan atau siraman.
9 Boleh dicampurkan dengan racun serangga atau racun kulat.
SUKATAN PENGGUNAAN BAJA FOLIAR EZIGROW
1. Padi – 90ml ( 1/4 ekar ) Sebulan sekali
2. Kelapa Sawit – 180ml ( 20 pokok ) 3 ke 4 kali setahun
3. Pokok Buah-buahan – 90ml ( 20 pokok ) 3 ke 4 kali setahun
4. Sayuran berbuah dan Bunga-bungan – 45ml ( 1/4 ekar ) 7 ke 10 hari
5. Sayuran Berdaun – 45ml ( 1/4 ekar ) 7 ke 10 hari
Cara semburan baja Ezigrow
Bagi mendapatkan hasil yang terbaik kepada tanaman, cara semburan baja perlu diperbetulkan. Antaranya ialah dengan mengamalkan semburan yang halus dan dibiarkan menitik pada bahagian vegetatif pokok.
Manakala, masa terbaik untuk membuat semburan pada sebelah pagi iaitu selepas embun kering dan lewat petang. Ini kerana suhu yang rendah diwaktu pagi dan petang akan menyebabkan stomata terbuka lebih luas untuk penyerapan nutrien yang diberikan kepada tanaman.
Bagi mendapatkan kesan optimum, semburan hendaklah tertumpu pada bahagian dedaun kerana stomata banyak tertumpu pada bahagian bawah dedaun. Semburan juga perlu ditujukan tepat pada batang pokok.
Antara testimoni yang menggunakan Baja Ezigrow Foliar :
1. "Ada baja Ezigrow ni mudah betul pokok saya berbunga." Puan Samiah , Kuala Lumpur.
2. "Pokok sayuran saya hanya seminggu sekali sembur Ezigrow, dan guna sikit jr baja tapi berbaloi dengan hasilnya." Puan Faezah, Kuala Pilah.
3. "sengaja saya letakkan baja Ezigrow pada pokok yang tak berbunga, setelah letak, merimbun pulak bunganya." Puan Aida, Melaka.
testimoni pokok berbuah setelah menggunakan baja Ezigrow |
Baja ezigrow foliar bantu melebatkan tanaman |
Bagi saya, di zaman pandemik begini tanaman sudah menjadi satu kewajipan untuk kita persiapkan sebelum apa jua keadaan sekalipun. Boleh lah kita berbakti kepada tanaman pula. Dan hasilnya boleh dituai untuk kegunaan sendiri dan juga menjadi jualan.
Facebook > Baja Ezigrow Pakar Tanaman
Whatsapp > wasap.my/60126500598/bajaezigrow
Beli di Shopee > https://shopee.com.my/hmshop309?smtt=0.0.9
0 Ulasan