Alhamdulillah, sekarang ni aku sudah kembali menguruskan kerja-kerja menulis seperti biasa. Tempahan yang tergendala akibat kes keguguran. Ikutkan complicated kes aku ni tau. Dah keguguran, tetapi masih ada lagi. Mungkin allah izinkan zuriat ke-5 ini.
Delay period sebulan dah, sekali test naik double line (jelas pula tu )
Jika kalian nak tahu, kandungan kali ini pun berulang seperti sewaktu mengandungkan Soffea pada tahun 2014. Masa tu, spotting pun ada. Spotting dark coklat, fresh blood pun ya dan juga berdarah siap berketul-ketul, berlaku hampir sebulan lamanya. Alhamdulillah, kelahiran selamat. Mudah bersalin di penghujung, di awal sangat menguji kesabaran. Banyak sangat ujiannya, dengan morning sickness lagi. Drama airmata lagi..
Kandungan kali ini, sebelum Kak Ina disahkan mengandung. Dada kiri sangat sakit. Datang ke klinik, sebab sakit dada semacam dan keletihan melampau. Doktor minta lakukan swab test, kemudian test covid negative. Sebaliknya, upt test yang positif. Sungguh terkejut kami. Tanpa di rancang sebenarnya, allah berikan kami rezeki zuriat lagi.
Tanda-tanda mengandung kali ini amat berbeza , yer lah walaupun anak nak masuk 5 orang pun :
1. Mengantuk melampau
Kebiasaannya, selepas bangun solat sunat jam 4 pagi. Kak Ina akan menulis , dan menunggu subuh. Tapi kali ini, sambil menulis pun boleh jadi microsleep. Tertidur sudahnya. Selepas subuh pula tidur, mata asyik nak tidur jer. Walhal dah mandi pagi tau. Jadi macam hibernasi pun yer juga. 1/2 hari tidur.
2. Terliur sepanjang masa
Masa ni, makanan yang lalu lalang di wall Facebook memang jadi terliur semuanya. Perangai dah lebih macam budak-budak. Asyik order jer makan. Adeh, nasib baik guna duit sendiri. Kalau tidak, dah kena tazkirah dek suami yang suka berjimat dalam perbelanjaan. Maklum lah, Kak Ina ni boros bab makanan.
3. Manja
Anak nombor 4 tu, si Yusuf manjanya lain macam. Perasan juga asyik merengek. Asyik serba tak kena. Entahlah.
4. Kuat makan
Selera makan lain macam, asyik nak mengunyah. Jika tak mengunyah, tekak akan terasa pahit. Kemudian , mulalah asyik muntah kosong. Lagi satu, dah makan nasi tengah hari tapi masih nak mengunyah lagi. Lapar lagi, entah lah makan untuk berapa orang ni. Kandungan kali ini agak berlainan.
5. Berat badan
Dari segi berat badan, memang ada pertambahan. Bayangkan Kak Ina pergi ke klinik semata untuk pemeriksaan perut, berat naik ke 50kg. Agak pelik juga, mengandungkan anak no 1 hingga 4 orang, awal mengandung baru jer 48kg. Tapi kandungan ke-5 ni dah jadi 50kg. Itu belum buka buku pink lagi ni. Adeh, jawabnya memang kena minum air gula lah agaknya.
Dengan berat 50kg ni, kandungan mencecah 20 minggu keatas ikut rekod kehamilan terdahulu.
6. Mengidam
kali ni, suami mengidam asyik nak makan masam-masam. Manakala, aku ni asyik nak makan manis. Buah-buahan dan coklat.
Teringat perbualan Kak Ina bersama doktor pada seminggu yang lepas.
"u mahu simpan ker?" sebab ini i check, dalan rahim u ada 2 kantung. Jika mahu cuci habis, jam 3 petang kita buat terus." Terang doktor berbangsa cina kepada aku.
"aikkk. Bukan ke dah buat D&C pagi minggu lepas, tapi masih ada lagi. Habistu wife saya ni dah berurut dan bertungku perut macam mana pula?" Bertambah hairan aku dan suamiku melihatkan skrin mesin scan perut. Jelas di situ ada dua kantung bulat. Bukan seperti yang aku dan suami lihat pada minggu lalu.
"Ya, betul. Urut boleh jer, tapi jangan bertungku perut. Sekarang dah ada dua kantung. Bermakna, ia twin. I pun tak tahu macam mana boleh jadi. Lagi pun, rahim u bengkok. Mungkin disebabkan itu, ada baki gumpalan darah masih tertinggal dalam. Tapi jika u mahu simpan kita kena tunggu untuk next appointment pula. Nak lihat progress kantung ni. Ada heartbeat ataupun tidak. Jika sebaliknya, D&C kali ke-2 tapi agak berisiko. Risau akan pecah rahim jika di buat secara kasar." Jelas doktor dengan panjang lebar.
"Err, jika gitu. Saya nak tunggu. Sayang pula nak buang twins ni." Laju suamiku menjawab. Manakala, aku terdiam seketika apabila memikirkan risiko pecah rahim. Ya lah, pecah rahim siapa tak takut. Hendak atau tidak, aku tunggu juga lah 2 minggu progress. Aku berdoa agar kandungan ini selamat sehingga kelahiran kelak.
Sehingga ke hari ini, spotting masih ada. Sekejap darah fresh. Adakala perut ku sakit. Berbekalkan ubat menguatkan rahim ada, jadi tidak risau. Lagi beberapa hari menginjak ke appointment ( masa ni mungkin dah 8 weeks), semoga rahim kuat. Erm, buat masa sekarang ni memang aku tidak boleh terlalu stress dan juga penat.
Mengandung kali-ke-7 setelah keguguran 2 kali .
0 Ulasan