Pengalaman Keguguran 5 minggu

     Bertarikh kan 16.7.2021 ( Jumaat ), aku pergi ke Klinik bagi mendapatkan rawatan susulan selepas melakukan proses 'mencuci rahim' hari Selasa yang lepas. Kaedah tersebut di panggil Vacuum Suction. Di lakukan tanpa sebarang bius. Katanya doktor kandungan tidak menjadi, seharusnya di cuci segera bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini. 

 

 

pengalaman keguguran 5 minggu

 Allah uji aku 2 kali d&c dalam bulan yang sama!

 


    Proses tak lama pun, dalam seminit. Alhamdulillah, berjaya di lakukan pada jam 11.30 pagi. Sebelum proses di lakukan, doktor memberikan ubat untuk bukaan rahim. 6 biji ubat, keseluruhan diberikan kepadaku. 4 jenis ubat iaitu pil  2 biji, manakala 2 biji lagi untuk menenangkan keadaan. Last ubat 2 biji untuk bukakan pintu rahim. Ubat untuk bukaan pintu rahim ni, kena kemam bawah lidah. Hampir termuntah dibuatnya. Eeee, memang tak tahan. Progress untuk ubat ni berjalan adalah dalam tempoh 3 jam.


    Setelah ubat-ubatan aku makan, nurse menyuruhku pulang ke rumah untuk berehat. Selepas 3 jam, baru datang ke klinik bagi proses seterusnya. Dalam perjalanan pulang ke rumah, tekak ku loya. Loya adalah disebabkan ubat tersebut. Tindak balas tersebut. Aku muntah dalam perjalanan, tingkap di buka dan terus muntah di tingkap kereta. Masa tu 5 kali muntah. Oh, ye. Lupa nak bagitahu, aku disarankan berpuasa untuk melakukan proses mencuci rahim ini. 


    Sampainya di rumah. Aku rasa lembik badan. Sungguh tidak larat sama sekali. Aku hanya terbaring di sofa. Effect ubat mengantuk dan akan muntah. Rahim ku dah mulai rasa sakit-sakit. 


  Seperti mahu senggugut. Rasa nak pecah je, kemudian rasa senggugut hilang dan rasa lain pula hadir. Iaitu sesuatu ingin keluar dari vagina. Tak dinafikan amat sakit sekali, bagaimana lah mereka yang 'mengandung luar nikah' dapat menahan rasa sakit untuk menggugurkan kandungan hanya dengan memakan pil sahaja tanpa proses cuci. 


    Kemudian, sedang elok ku lena diatas sofa. Terasa pula seperti ingin ke tandas untuk membuang air kecil. Lalu, ku berlari anak untuk ke tandas. 


    'Ya allah, takutnya. Begini kah darah yang turun?' Hati kecilku mengomel seorang. Ya lah, darah bewarna coklat seakan lumut, siapa tidak terkejut. Tanganku sudah mulai menggigil. Segera ku flush tandas serta segera keluar.


    Badan memang tiada tenaga. Aku terus membaringkan badanku di atas sofa. Lalu terlelap seketika. 


    "Yang, dah jam 11 pagi." Kejut suamiku. Tersentak aku dari mimpi. Rasa berdebar semakin kuat apabila memikirkan proses mencuci rahim. Kena gunting ke, sakit ke, atau lama ke duduk dalam bilik operate nanti. Itu semua berlegar dalam mindaku ketika ini. 

 

******

 

    Sampainya di Klinik tersebut. Namaku di panggil supaya bersedia.  Ya, aku bersedia ketika ini. Dengan muka yang pucatnya, menggigil kesejukan. Dek kerana itu, proses itu di panjangkan lagi. Aku di minta untuk bertenang. 


    "Azlina, awak jangan takut. Relaks saja. Nanti saya kan panggilkan doktor bila awak sudah bersedia." Ujar nurse berbangsa cina tersebut. 


    "Awak tidur dulu yer. Kasi rehat. Nanti awak asyik takut jer, lambat lah kita nak proses ni." Pujuknya kembali. 


    Lebih kurang 10 minit, mungkin muka ku tidak menunjukkan reaksi takut lagi. Doktor menghampiri aku. 


    "Dik, jangan takut. Seminit jer buat. Saya steril dulu alatan saya ni." Kata doktor lelaki. 

 

    "Sebelum tu, saya nak ajar awak sedut gas. Tarik nafas panjang, hembus dan tekan alat ini yea. Jangan buat laju sangat, nanti oksigen tak sampai, bahaya pula." Ajar doktor itu kepada aku , sambil penerangan menggunakan alat sedut gas tersebut.  



    Kemudian, tiub bersaiz 1 jari dewasa di masukkan ke dalam rahim ku. Ia mudah dimasukkan kerana laluan rahim telah terbuka. Tetapi terasa agak ngilu sedikit. Nak tak nak, terpaksa ku tahan sambil menyedut gas yang dibekalkan. Lagi sakit dari bersalin agaknya, sebab tanpa bius. Fuhh~


    Setelah proses siap. Aku diminta berehat selama 10 minit diatas katil. Alhamdulillah. Katanya doktor tak perlu berpantang. Sebab ia hanya segumpal darah dan masih belum menjadi janin yang mempunyai sifat. Dipendekkan cerita, sehari aku menggunakan 4 pad. Banyak juga darah yang keluar hari itu. 

 

 

    Maka, bermula lah fasa berpantang aku selama 2 minggu. Ramai kenalan di alam maya mengucapkan takziah dan bertanyakan khabar di ruangan DM, Messenger, dan whatsapp. Ada yang memberikan sokongan moral juga. Rasa sangat terharu. Dan aku menjadi lemah, apabila mendapat ucapan 'takziah'. Bukanlah aku menolak takdir dan tidak menerima ketentuan dari allah, tapi ia melemahkan aku. Jadi, aku habiskan masa 3 hari dengan menonton netflix 24 jam bersama anak-anak. Aku rasa fikiran aku bebas, dan hilang stress.  



    Nanti, ada masa yang sesuai aku akan bercerita mengenai keputusan scan yang aku dapat setelah proses 'mencuci rahim' tersebut. Ada sesuatu..


Kaedah pengguguran jenis Vacuum
aku disyorkan menggunakan kaedah Vacuum ini, mengikut usia kandungan




Update terkini : Pengalaman dalam Dewan Bedah : Proses Cuci Rahim



    

Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. Seramnya dengar. Nasib baik masa kita gugur 9 minggu xkena D&C. Allahuakbar

    BalasPadam