Melihatkan gambar makanan yang lalu lalang di wall socmedia ni, semua buatkan Kak Ina terliur. Adeh, kalah budak-budak perangai Kak Ina ni kan? hari tu, ada seorang kawan post di FB stories pun terliur. Terus tanyakan minta dia post, dan Kak Ina sanggup bayar tau.
Khamis baru-baru ini, Kak Ina ada satu simptom. Sakit dada kiri. Jadinya, terus ke Klinik pagi itu juga. Akibat kesakitan, setelah solat subuh terus Kak Ina tertidur. Fuh! hilang terus rezeki seharian. Ya lah, selepas subuh kan kita tidak digalakkan tidur. Tapi hari tu, Kak Ina tidur. Kebiasaannya, tidak tidur pun. Sedihnya rasa. Dah lah selepas tidur tu pula badan jadi semakin lemah. Sebab tidur waktu dhuha kan..
Berbalik kepada sakit dada tu, sebenarnya sakit dada tu berlaku hampir sebulan. Cuma ON OFF jer. Ianya bermula selepas memakan sup kateh. Suami belikan di satu kedai. Entahlah, benda nak berlaku kan? malam tu juga Kak Ina tak boleh tidur. Sakit sangat, seolah macam nak kena cabut nyawa jer masa tu. Kemudian, selepas beberapa hari. Suami bungkus sup perut pula, selepas beberapa jam pula sakit tu menyerang kembali. Kak Ina syak, kolesterol masa tu.
Keesokan harinya, nampak orang jual makanan vietnam ( Miangla ) pun beli untuk juadah berbuka hari tu. Macam biasa, sakit tu tak tunjuk terus. Tengah malam tu, sakit dada pula. Menyesal sekejap dengan makanan tu. Seller tu berapa kali send whatsapp suruh Kak Ina repeat beli lagi. ehehehe..
Dan, apa yang Kak Ina perasan kan. Dari kes by kes, semua penjual makanan diatas menggunakan sos ikan. Ia mempunyai sedikit bauan yang agak busuk. Tetapi apabila di masak, akan menghasilkan satu bauan yang sedap sebagai tarikan untuk di makan. Selepas tahu punca, Kak Ina dah tak makan lagi makanan yang boleh jadi punca kepada kesakitan.
Ke Klinik
Sampai di klinik, doktor tanya sakit apa. Setelah Kak Ina ceritakan sakit dada, mata asyik nak tidur ( mengantuk bukan disebabkan kopi ), mudah penat.
''Tengok daripada simptom ni, saya cadangkan awak buat swab test. Lagi pun, di Kuantan kes semakin kritikal." Seorang doktor perempuan bersaiz kecil molek orangnya, bersuara lembut tapi berwajah garang.
"Ala, kena juga ker? Saya ni kat rumah jer. Tak bekerja pun." Jawab saya , dalam suara yang tersekat-sekat.
"Mesti buat. Saya berikan harga RM 95 untuk swab test, lepastu awak kena buat X-ray juga, memandangkan saya tekan dada awak ni sakit. Tapi saya nak tanya awak dulu. Mengandung? Ibu mengandung tak boleh buat X-ray yer." Doktor tadi cuba memujuk Kak Ina lagi.
"Swab test tu sakit tak?" Kak Ina dari rasa tak nak kencing, tiba-tiba rasa nak masuk tandas.
"Tak sakit pun. Cuma akan rasa tidak selesa sedikit." kata doktor.
"Boleh lah. Saya buat." Akhirnya berjaya di pujuk Kak Ina ni.
Sementara di kerusi menunggu, luar bilik doktor.
"Abang, lambat sikit checkup ni. Saya kena buat swab test juga. Dan X-tray termasuklah ujian air kencing, UPT test." Jelas Kak Ina kepada suami.
"hah, apa? kena swab test juga?" kata suami sambil membuntangkan matanya kearah Kak Ina.
"Ya, betul bang. Pasal duit, jangan risau. Ayang ada duit. Lagipun result swab test selepas 5 minit terus dapat." Kak Ina menjelaskan kepada suami, dan sedikit kelegaan di wajah suami. Ya lah, PKP ni suami dah tak bekerja lagi. Gaji pun banyak kena potong.
15 minit kemudian, Kak Ina terus ke bahagian yang memproses swab test. Mujurlah, ada 3 orang sahaja. Jadi tak perlu tunggu lama. Ikutkan suami, dia nak Kak Ina lakukan swab test di Klinik kesihatan sahaja. Tapi, oleh sebab nak tahu keputusan segera. Dan alang-alang dah ke klinik, terus lakukan ujian di sini.
"Ada resdung? hidung mana nak test ni?" soal petugas klinik.
"resdung saya ni kak. Cuba hidung kanan lah ye." Muka Kak Ina berubah, setelah di soal petugas klinik tersebut.
"Takpe, awak buat relaks jer. Tak sakit pun. Awak jangan gerakkan kepala, sewaktu saya masukkan alat ni ke hidung ya." Terangnya lagi.
"Baiklah."
"bismillahirrahmanirrahim, saya masukkan yer. Relaks jer."
Sewaktu hidung Kak Ina dimasukkan alat swab test tu, tak sakit. Apabila di tolakkan ke dalam hidung lagi, terasa perit hidungnya ( seolah baru makan sushi bersama wasabi ). Dan alat tu di tolak lagi serta di pulas, untuk mengambil cecair dalam rongga hidung. Terus tumpah air mata Kak Ina sebelah kanan. Berjaya! alhamdulillah.
"Kenapa awak buat swab test?" Soal petugas klinik tadi.
"Sakit dada dan cepat letih. Asyik nak tidur." Jelas saya.
"Ohh, takpe. Keputusan nanti akan keluar selepas 5 minit. Jika betul awak positif, kejap jer tunjuk hasil." Petugas tadi menjawab dengan muka manisnya.
Nama Kak Ina di panggil untuk masuk ke bilik doktor.
"Tahniah! awak mengandung yer. Tapi X-tray tu kita tak boleh buat." Tangannya menunjukkan upt yang terpapar double line kearahku. Ya, double line yang jelas. Bukan kabur!
"Oh, yeke?" Seperti sudah kujangkakan jawapannya. Sedikit pun, tidak membuatkan ku gembira.
"Jadi doktor? sakit dada , mudah penat dan mengantuk tu memang simptom mengandung yer?" soal aku.
"erm, yang tu. Kita kena tunggu keputusan swab test pula. Keputusan belum siap lagi." jelas terpampang di wajah doktor tadi sedikit kerisauan apabila aku bertanyakan soalan begitu.
"Baiklah, kalau takde apa-apa, saya keluar." Aku mengangkat punggung, sambil mengalas beg sandang yang dibawa.
Sebaik Kak Ina keluar daripada bilik doktor..
"Keputusan, macam mana?" Belum sempat ku melabuhkan punggung di kerusi menunggu,suami bertanyakan hal ini.
"Positif abang! Ujarku.
"Habis lah, nanti dengan anak-anak kena swab test."
"eh, dah kenapa ni abang? kenapa pula mereka nak kena swab test juga?" berkerut dahiku menyoal suami.
"Tu positif!" suami dah mulai panik.
"Bukan! Positif nak dapat anak nombor 5 pula kita." Usik Kak Ina kepada suami.
"tiiiit,tit,tiit." Bunyi papan kekunci smartphone di tekan, suami menghubungi seseorang.
"mak, Ina positif! Mengandung lagi. Nada perbualannya bersama maknya, seperti baru sahaja dapat kehamilan pertama isterinya.
Kos tersebut, adalah RM 129. Termasuk UPT test, swab test, dan consultation doktor. Di Kaunter, suami yang membayar kos di klinik. Alhamdulillah, selamat duit Kak Ina. Haha..
Sambungan > Al-Fatihah
2 Ulasan
Alhamdulillah . Tahniah akak dan suami . Jaga kandungan sebaiknya . Bukan main terkejut suami ingtkn akak positif covid .heheh
BalasPadamalhamdulillah, terima kasih. Jangan terlalu awal ucapkan tahniah. Tunggu sambungan ke-2.
Padam