Bangkit Menghadapi Ujian Allah

     Alhamdulillah, august 2021 menjengah. Hampir ke penghujung tahun sudah. Akhir-akhir ini banyak betul ujian yang allah hadirkan kepada aku. Bukanlah mengeluh, hanya sedikit terkejut. Aku reda semua yang berlaku dan akan berlaku, lilahitaala. Di saat aku di uji, allah juga hadirkan manis dalam kepahitan tersebut. Manisnya adalah, rezeki menulis sebagai ghostwriter memang tidak pernah putus. Sebenarnya aku sedang bercuti akibat keguguran, tapi bagi diriku memang terasa janggal jika tidak aktif menulis bagi pihak pelanggan. 

 

Keguguran terjadi adalah disebabkan rahim  wanita itu sendiri lemah. Aku ada terbaca mengenai khasiat peria katak untuk kecutkan rahim dengan cepat akibat keguguran dan berpantang ketika melahirkan anak.


    Ada rakan blogger memberikan nasihat kepadaku supaya berehat. Entahlah, bagi ku bukan duit semata-mata di cari. Tetapi dalam situasi aku macam ni, agak tidak sesuai duduk berehat tanpa membuat apa-apa. Pendapat aku sendiri, bila duduk berehat macam tu macam-macam boleh jadi emosi ni. Mungkin boleh jadi meroyan. Siapa tahu? sebab kelahiran lepas dah pernah bentan. Jadi, bukan masa yang tepat untuk aku duduk terlalu selesa macam tu. Bagi aku, menulis ni best. 

 

    Dapat menulis bagi pihak pelanggan, rasa lega. Rasa tiada bebanan di dada , rasa seronok bila dapat bantu mereka.  Cuma dalam situasi ini, slot menulis yang berat aku tidak ambil seperti manuskrip. Hanya slot copywriting, menulis content , ebook dan artikel sahaja aku tawarkan mengikut keadaan sekarang.



ghostwriter kembali bangkit setelah keguguran


    Ikutkan aku tidak mahu ambil upah menulis dalam tempoh terdekat, tetapi sudah tertulis sudah rezeki. 7 artikel di website berjaya close, setelah 10 minit berbincang. Pertama kali juga aku menulis artikel dalam niche kekeluargaan. Alhamdulillah, aku terima juga. Bagi aku, menulis artikel ialah kerja menulis paling mudah. Memang bidang aku sebagai blogger sejak tahun 2016 lagi, jadi aku terima dengan hati yang senang. Client berminat dengan 500 patah perkataan setiap artikel. 

 

    Bagi aku sebagai seorang ghostwriter ni, mesti kena berani. Jangan takut-takut untuk mengambil job menulis.  (Tapi, jika masih takut juga anda kena lah ambil kelas dahulu) Kena percaya dan yakin diri boleh menulis. Itulah prinsip yang aku pegang selama ini. Selain dari itu, kelas-kelas secara berbayar juga banyak aku hadiri secara online untuk mantapkan lagi kemahiran aku dalam dunia penulisan kreatif selain menulis artikel. Pendapat aku jika inginkan kejayaan ni, anda mestilah berada 2 langkah ke depan daripada pesaing. Sifirnya di sini, ingin   sesuatu ilmu jangan lah terlalu berkira-kira untuk membayar yuran kebijaksaan. 


    Jika ada yang bertanya : "tak rugi ke? tak takut ke tak menjadi ilmunya? bayar mahal-mahal. Ilmu yang sama jer dari kelas tu, boleh dapat PERCUMA jer dari google.


    Bagi aku sendiri, dah melabur duit menghadiri kelas pelbagai. Effort tu dari tuan badan sendiri. Jika hangat-hangat tahi ayam, manakan menjadi. Dah melabur, mesti nak pulangan kan? jadi kena berusaha keras. Betulkan NIAT. Niat yang salah, takkan berjaya. Buat marketing kaw-kaw, insyallah. Rezeki tu melekat. Dan jangan lupa juga Big why anda. Mesti ada. Tiada Big Why dalam bisnes atau kehidupan amatlah sia-sia jawabnya. Oh, satu lagi jangan pernah sombong. Jika sombong, allah akan tarik segala nikmat anda. Jaga-jaga.

 

     Gambar atas tu, naik pula notification di facebook. Gambar tu kenangan aku pada bulan kedua menjadi ghostwriter. On the way ingin berjumpa client secara 4 mata di Kuantan. Alhamdulillah, dari sini bonding kami mula tercipta. Jika diikutkan, sebagai ghostwriter tidak perlu berjumpa client, tetapi aku ni lain sedikit. Aktif! rasa tidak sedap hati jika tidak bertemu mereka. Di samping itu juga, anak-anak dan suami aku angkut sekali. Client memahami diriku sebagai seorang isteri yang mempunyai 4 orang anak. Kini, aku sudah bekerja selama 1 tahun sebagai penulis content di syarikat tersebut. 



    Baiklah, sampai sini sahaja cerita aku sebagai seorang ghostwriter sepenuh masa dan  isteri juga mempunyai  4 orang anak. Ujian tetap ujian, tetapi takkan nak mengalah ye dak?. Mesti berani bangkit untuk kehidupan pandemik.




    

Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. salam takziah atas ujian semoga lekas sihat....begitu lakan bila buat sesuatu dengan minat,takkan menjadimaalah malah seronok pulak...

    BalasPadam