Roh aku kena tarik ke?
Begini kah sakaratul maut akan berlaku? apa pun, hanya allah mengetahui bagaimana saat-saat kematian seseorang berlaku. Apabila daun di Luh Mahfuz gugur, bermakna ada manusia yang akan meninggal.
Entah lah nak kata. Semalam, sedang lena tidur. Tiba-tiba terasa berbahang. Panas. Aku bingkas bangun dan segera mencapai suis aircond.
Dengan separa sedar, aku ON suis aircond. Kemudian, aku tidur keadaan terlentang. Seperti ada sesuatu ingin menindih. Meremang bulu romaku. Cepat-cepat aku mengiring sebelah kiri sambil peluk baby Yusuf
Hanya zikir sebagai penguat semangat ku, berjaya lelapkan mata. Badan masih dalam nifas. Kemudian, datang satu cahaya putih, dia tarik Roh aku. Bukan jasadku. Sebab jasadku ada, sedang tidur. Saat roh aku di tarik tu, aku nampak anak-anak ku tidur bergelimpangan dalam satu bilik yang sama. Ku lihat wajah suami sedang nyenyak tidur.
"Sakit! Aku tak nak mati lagi. Amalan ku masih belum cukup lagi" aku menjerit dalam nada sedih bercampur takut. Jeritanku tidak di endahkan.
"Allahuakbar!" Kalimah Allah terpacul keluar dari mulut ku. Alhamdulillah. Aku tersedar, jam di smartphone menunjukkan 12.59 pagi.
"Abang, bangun. Ada cahaya putih tarik roh saya keluar. Baru jer tadi. Sakit sangat." Aku kejutkan suami yang sedang lena. Sambil aku menangis ketakutan.
"Mimpi je tu. Esok kita ke klinik, kot ayang nak demam." Suami memujuk supaya aku menyambung tidur.
"Eti, aku takut. Roh aku kena tarik tadi. Ni aku baru terjaga dari tidur." WhatsApp di hantar kepada adik bongsu ku. Aku tahu, sekitar jam ini dia masih belum tidur.
Smartphone ku buat airplane mode. Kononnya mahu sambung tidur. Tapi minda ku ligat memikirkan mimpi tadi. Aku hanya duduk bersandar di dinding bilik, risau tertidur lagi. Risau perkara yang sama berlaku kali ke-2. Akhirnya tertidur juga, aku tersentak dari tidur dan jam menunjukkan 6 pagi.
Entah lah, aku sendiri tidak dapat pastikan apa yang berlaku. Tapi yang jelas cahaya putih tu tarik Roh aku sampai ke dada. Sakit! jantung ku laju secara tiba-tiba. Kesannya, kepala pening sangat semasa tersedar dari mimpi. Kepala macam kena ketuk pun yer juga.
Mimpi 10 Muharram 1443H yang tidak dapat ku lupakan.
Andai ia satu petanda supaya aku bertaubat, aku terima. Masih banyak amalan yang perlu aku buat sebenarnya. Aku teringin benar nak solat macam biasa, bangun tengah malam dan berpuasa sunat. Yang ni aku berpuasa, dengan niat latih diri menjadi individu yang baik serta tidak mahu menyusahkan orang yang memandiku kelak sewaktu mahu menguruskan jenazahku. Tetapi buat sementara waktu, aku dalam nifas (berpantang keguguran). Hanya mampu berzikir serta mendengar bacaan al-quran sahaja.
0 Ulasan