Tanda-tanda terkena penyakit AIN dan cara mengatasi ( Sihir mata )

 Hati-hati dengan penyakit AIN.

    Penyakit yang disebabkan oleh pandangan mata yang disertai sifat iri atau rasa takjub terhadap apa yang dipandang. Ianya terjadi dari orang yang dengki atau orang yang dicintai, dari orang yang jahat atau orang yang soleh.

 

    Al-Hafizh Ibnu Hajar rahimahullah berkata: ‘Ain adalah pandangan hasad dari tabiat yang buruk yang boleh menyebabkan mudarat pada orang yang dipandangnya. (Fath al-Baari, 10/200)


cara mengubati penyakit ain




TANDA-TANDA SESEORANG TERKENA PENYAKIT AIN


1. Rasa sakit kepala yang berpindah-pindah dan bertambah sakit ketika diruqyah.

 2. Wajah menguning atau pucat.

3. Banyak keringat dan buang air kecil.

4. Tidak bersemangat.

5. Tangan dan kaki kesemutan.

6. Badan terasa panas (gerah) meskipun cuaca tidak panas.

7. Jantung berdetak cepat.

8. Rasa sakit yang berpindah-pindah antara leher dan punggung.

9. Sedih tanpa sebab.

10. Sulit tidur di malam hari.

11. Emosi tidak stabil, marah yang meledak-ledak atau muncul
rasa takut yang berlebihan tanpa sebab.

12. Sering mimpi buruk.

13. Sering sendawa dan menguap.

14. Rasa sempit (sesak) di dada.

15. Ujung-ujung mata terasa sangat pedih.

16. Tiba-tiba menangis dan mengeluarkan air mata tanpa sebab yang jelas.

17. Jari jari gemetar dan bergerak-gerak sendiri.

18. Kejang otot.

19. Merasa lemas dan lemah.

20. Kadang-kadang muncul rasa dingin di ujung-ujung jari.

21. Muncul bekas warna kebiruan atau kehitaman tanpa sebab medis.

22. Kehilangan harta dan barang dagangan (bisnes hancur).

23. Dibenci oleh keluarganya, teman-temannya dan orang-orang yang mengenalnya.

24. Kehilangan kedudukan, jabatan dan pekerjaan.

 

 

    Tanda-tanda diatas ini, bukan semua akan dirasakan pada individu. Kemungkinan sebahagian sahaja.


    Jadi, cara untuk mengelakkan daripada penyakit AIN ialah dengan mengamalkan bacaan 3 Qul ( Al-falaq , An-nas dan Al-Ikhlas ) setiap hari sebanyak 19 kali atau lebih.

 

 

Amalkan potongan zikir ini, bagi mencegah penyakit AIN :


Ø£ُعِيذُÙƒُÙ…َا بِÙƒَÙ„ِÙ…َاتِ اللهِ التَّامَّØ©ِ Ù…ِÙ†ْ ÙƒُÙ„ِّ Ø´َÙŠْØ·َانٍ ÙˆَÙ‡َامَّØ©ٍ ، ÙˆَÙ…ِÙ†ْ Ø´َرِّ ÙƒُÙ„ِّ عَÙŠْÙ†ٍ لاَÙ…َّØ©ٍ

Maksudnya: Aku memperlindungkan kamu berdua dengan kalimat-kalimat Allah yang maha sempurna daripada syaitan, binatang berbisa dan mata yang dengki.”

 

     Setiap kali hendak memuji atau takjub dengan sesuatu, pujilah dengan sertai ucapan :

 

    "Barakallahu fik atau tabarakallah” bermaksud ‘'moga Allah memberkati kamu ”

 

    Sebagai contoh :

 

cantiknya baby kamu, tabarakallah.
Cantiknya rumah kamu, barakallahu fik

 

    Apabila menerima pujian :

 

    'Kamu cantik, penulisanmu sedap di baca. Maka ucaplah :

 

    Hadza min fadhli rabbi . Bermaksud mengembalikan semua pujian itu kepada Allah, sebagai tanda merendah diri bahawa kita manusia tidak punya apa-apa jika tiada kurniaan daripada Nya.

 

    Kesimpulannya, penyakit AIN boleh sahaja terkena kepada benda hidup dan juga benda tidak bernyawa [ rumah, kereta dan lain-lain ].

 

    Kadang kala kereta rosak , rumah asyik dalam kerosakan bagi benda tidak bernyawa.

 

    Anak-anak sakit, isteri, suami, keluarga bagi benda bernyawa.

 

    Beramal lah dengan ZIKIR yang di berikan seperti diatas untuk menghindari penyakit ain, kerana pada zaman sekarang penyakit AIN paling banyak berlaku setiap  masa.


            Aku menulis mengenai tajuk penyakit ain adalah kerana, ianya berlaku pada diriku. Sebelum ni, memang aku tidak percaya. Ingatkan ia berlaku pada baby dan orang yang mempunyai paras rupa yang cantik sahaja. 
 
     
    Setelah aku keguguran aku terasa kosong. Jadi semangat hilang. Ustaz cakap, bukan meroyan tetapi di sebabkan aku terkena penyakit ain. Airmata mudah mengalir, tengah mandi pun boleh termenung kosong ( antara tandanya orang terkena penyakit ain ). Ustaz bercakap dengan aku pun, aku rasa terawangan. Jadi, ustaz bekalkan aku air penawar dan mandian. Dan aku juga di minta mandi air wuduk dari suamiku sendiri. Begitulah cara pemulihan bagi mereka yang terkena penyakit ain. Dan, aku juga reda atas ujian yang allah berikan kepadaku.
 
 

Catat Ulasan

0 Ulasan