Allah Uji aku dengan 2 kali d&c (erpoc) bulan yang sama.

    Kisah keguguran ini, aku tidak tahu ingin memulakan cerita dari mana. Tapi, apa yang pasti ianya mimpi ngeri buat kaum ibu dalam dunia ini. Bertambah ngeri apabila rahimku terpaksa di cuci buat kali ke-2 pada bulan yang sama iaitu AUGUST 2021. Cuci rahim atau lebih di kenali sebagai d&c ( dilation and curettage ) . Jika kalian nak tahu kaedahnya, boleh cuba google ya.


Dilation and curettage (D&C) is a surgical procedure in which the cervix is opened (dilated) and a thin instrument is inserted into the uterus. This instrument is used to remove tissue from the inside of the uterus (curettage)

 

 

 

d&c erpoc

 

 

 

 

2 kali perlu buat D&C bagi keguguran yang sama

 

 Lain orang lain pengalamannya. Pengalaman aku, 2 kali kena lalui proses d&c. Bulan pula yang sama. Kali pertama pada 5/8/2021 dan kali ke-2 pada tarikh 26/8/2021. Aku dapatkan rawatan di hospital berbayar di Kuantan. Menggunakan simpanan sendiri dan juga duit suami. Zaman covid19, aku yakin ada hikmah ini semua terjadi.

 

    Allah dah aturkan kejadian ini semua. Jadi aku reda. Hendak salahkan takdir, berdosa sebab tidak menerima qada' dan qadar.  


    Selepas seminggu berpantang, perutku seakan membuncit. Aku pelik. Mengikut kata doktor lain, di kilinik maternity specialist ada mengatakan sepatutnya darah wanita keguguran 5 hari sudah kering. Lagi pun usia keguguran waktu itu 7 minggu kehamilan. Hanya kantung kosong. Bukan berpantang macam orang bersalin tu keluar darah. 



Macam mana tu, boleh kesan pula?


    Aku dapatkan rawatan di sebuah klinik maternity specialist iaitu di Wyko. Doktor telah lakukan ujian ultrasound keatas perutku dan melihat ketulan darah beku. Katanya, kemungkinan cuci rahim tidak bersih dan masih tertinggal atau darah beku. Patutlah perutku sakit memulas, pendarahan pun semakin lama semakin banyak. Doktor memberi ubatan ( antibiotik dan ubat turun darah ) tempoh seminggu untuk ketulan darah keluar. Saiznya boleh tahan besar. Dan, katanya doktor lagi, jika tidak berjaya mesti ke hospital itu semula untuk d&c kali ke-2. 

 

Oleh kerana kes keguguran berlaku sampai 2 kali kepadaku, saya mengambil kata putus untuk menggunakan perancang jenis makan iaitu LIZA.



Ikhtiar lain :


Aku cuba ikhtiar dengan perubatan islam pula. Ustaz ni di Kuantan bagi aku trusted. Apa kes mengenai gangguan dan ikhtiar tradisional pun dia boleh.


    Dengan ikhtiar air penawar yang ustaz buatkan, keluar lah 5 ketulan darah beku. Tapi, sakitnya ya allah. Tidak tertahan. Beberapa hari perutku sakit lagi, masih.



Hospital lagi..

 

Serah diri di IIUM hospital di Kuantan. Terus di kejarkan ke zon semi kritikal, zon kuning. Bacaan tekanan darah tidak cantik. Jantung pun tidak cantik, akibat menahan kesakitan. Pendarahan berterusan dan sakit teramat di bawah perut. Sakitnya seakan ingin bersalin. 

 

    Lebih kurang 4 jam di tahan di bahagian kecemasan tadi. Prosedur nya cek jantung, urin test, ambil darah 2 kali iaitu untuk bacaan kuman dan satu lagi lupa ). Jam 11 malam, barulah dapat masuk ke wad. Dengan bayaran deposit sebanyak RM 500 ( tetapi mujurlah bayar keesokan harinya ) di perlukan sebelum memasuki wad, dan swab test ( mulut dan tekak ). Alhamdulillah, negatif. Tiada masalah. 

 

    Malam yang sama, ada doktor bertugas memintaku masuk ke bilik ultrasound. Tidak selesa, semasa kamera kecil di masukkan di bahagian bawah. Kemudian cek laluan serviks, sama ada terbuka atau tidak. Dan scan perut juga. Apabila di scan, di dapati ada ketulan bersaiz 3cm yang tertinggal. Doktor buat andaian ianya ketulan yang tertinggal atau pun kanser. Sebab ada salur darah yang aktif pada ketulan tersebut. D&c seterusnya terpaksa di lakukan. Hari Khamis, 26 august 2021 masuk dewan bedah. Kali ini, biusnya separuh badan.


Pengalaman dalam Dewan Bedah 


Ya, aku macam nak mati. Dengan suasana yang sejuk, aku boleh mati kesejukan semasa proses sedang berlangsung. Aku dah macam pesakit parkinson. Tahap sejuknya sehingga aku hampir sesak nafas. Melihatkan keadaan aku yang begitu, doktor bius memasangkan aku tiub pernafasan di hidung bagi menyokongku untuk bernafas.

 

Sembang dalam wad, semasa dalam bilik pengasingan ( Isolution )


"Nurse, saya nak ke tandas. Tak tahan sangat-sangat." Pintaku supaya di bantu untuk angkatku dari perbaringan , serta di bawa ke tandas dengan segera. Lambat sikit jer, pasti basah katilku. Bermandi dengan urine. 
 
"Relaks ya puan. Kami dah pasang tiub urine pada Puan." Jawabnya dengan muka penuh kehairanan. Mungkin hairan dengan sikap pesakit Erpoc seorang ini. Erpoc ialah proses 'cuci rahim' akibat keguguran. 
 
"Oh, ye ker?" Tiba-tiba perutku naik kembung dan berbunyi 'puffff'. Maklumlah, rasa kebas dek bius separuh badan di kawasan bawah masih berbaki. Langsung tidak ada rasa tiub yang bersambung dari saluran kencingku.
 
"Takpe puan. Ni urine puan dah berjaya keluar." Nurse menunjukkan aku tiub yang telah bertukar warna kekuningan. 
 
"Lah, ye ker? gitu yer proses urine keluar. Mana lah saya tahu nurse. Ini pertama kali saya sebagai pengguna tiub urine. Bilik isolation yang sunyi bertukar suasana menjadi bising dengan suara hilaian ketawa ku pada jam 11.30 malam. Nurse pun mengikuti aku ketawa. 
 
 
Selamat pagi Jumaat.
 
Nota kaki : Sebenarnya, malam tadi memang langsung tak boleh tidur. Sakit berganti-ganti mengambil giliran. Bermula dengan lenguh kaki, diikuti belakang dada kemudian berpindah pula ke tengkuk serta lengan tangan. 
 
Tengah lena tidur, badan memberi isyarat bahawa tubuh badan sakit. Ya, itu ialah kesan bius separuh badan. Pakej nya datang bersama kesakitan dan loya, berselang-seli.
 
 
Alhamdulillah, malam tadi juga. Keadaan seperti memahami kesakitan ku. Tiada bengkak susu. Allahuakbar! Malam sebelumnya pasti bengkak susu sebetulnya jika tidak di perah keluar.
Allah maha besar! jika tidak berganda lah kesakitan ku malam tadi. Allah memahami setiap kesakitan ku. 
 
 
Aku beria bercerita kepada nurse yang membantu urusan ku , semasa berada di dalam bilik isolation.
Alhamdulillah. 
 
 
Kemungkinan hari ni dapat keluar wad, jika tiada sebarang masalah.
 
 
 
 
    Selama 6 hari aku berada di hospital. Diuji dengan d&C 2 kali dalam sebulan dan juga suspek covid19. Fuh, aku juga terasa kosong apabila doktor menceritakan keadaanku di depan suamiku. Ujian darah perlu di lakukan sekali lagi untuk ketahui bacaan HCG, juga keputusan makmal mengenai tisu yang di ambil dalam rahimku. Tisu ini juga membuatkan aku sakit dibawah perut.
 
 
 
Ujian ini, kalau aku tidak kuat.. pasti aku boleh jadi gila mungkin. Siapa tahu, tapi allah hadirkan aku dengan rakan-rakan , saudara, strangers yang selalu sedekah mendoakan kesihatan  dan juga yang melakukan solat hajat. Allahuakbar, betul-betul sebak aku semasa di wad tersebut. Anak-anak aku biarkan bersama keluargaku. Mereka lah yang menjaganya.


 
 
 




Catat Ulasan

0 Ulasan