Copywriting dan Storytelling. Mana satu nadi orang berbisnes?

    Seringkali kita terkeliru antara copywriting dan storytelling. Jadi, di sini aku ingin membahaskan antara copywriting dan juga storytelling. Apakah ia jenis penulisan yang sama atau sebaliknya? buat pengetahuan kalian, copywriting dan storytelling adalah penulisan yang sangat bagus dalam bisnes iaitu kempen marketing kalian.


 
 
copywriting.storytelling

 

Perbezaan Copywriting dan storytelling.


Copywriting :

 

1. Hardsell

    Copywriting ialah ayat menjual yang di gunakan oleh peniaga atau orang bisnes bagi mempromosikan barangan jualannya. Atau copywriting juga boleh di ertikan sebagai ayat pukau, ayat tarik perhatian dan ayat untuk memujuk pembeli supaya membeli. 
 
    Biasanya copywriting di gunakan dalam media sosial seperti Facebook, Instagram, Blog dan LinkeIn. Namun, copywriting juga boleh di letakkan dalam Landing Page.

2. Headline dalam Copywriting

     
    Kalian pasti perasan, dalam akhbar ada tulisan kepada tajuk berita. Itulah yang di namakan headline. 

    a) Headline dalam copywriting di bina berbentuk catchy supaya ia menjadi stopper kepada pembaca. 

   b) Headline juga sebagai penapis pembaca. Kita tidak boleh menulis untuk semua tetapi pembaca yang kita mahukan sahaja.
 

3. FAB

     Antara faktor Utama yang perlu kalian fikirkan untuk menulis copywriting iaitu FAB. Jika tiada, maka gagal lah copywriting tersebut.


Feature : Info dan ciri-ciri produk.

Advantage : kelebihan dan keistimewaan produk.

Benefits : manfaat selepas penggunaan produk.
 
 

4. PETA [ M.A.P ]

    Perlu ada peta untuk penghasilan Copywriting yang baik. 
 
M : Market , maklumat tentang pasaran kalian.
A : Audience , maklumat tentang audien pasaran kalian.
T : Product , maklumat mngnai produk kalian di pasaran. 
 
 

5. CTA [ Call To Action ]

 
 [ arahan supaya mudah pembaca bertindak di akhir copywriting ]

Sebagai contoh :
 
 'Tag' kawan anda di ruangan komen. 
Share posting ini jika bermanfaat.
Komen 'Setuju' di ruangan bawah. 
 

Storytelling :

 

1. Storytelling

 
    Di tulis secara softsell iaitu cara penceritaan.

2. Headline dalam Storytelling

Ia berbeza dengan Copywriting. Headline di tulis mungkin bersifat dramatik atau bersifat ingin tahu yang tinggi. 

2. Ada unsur saspens dalam penceritaan.

    Fungsi saspen dibentuk dalam pencritaan supaya pembaca bertambah tertarik untuk meneruskan pembacaan. Mampu membuatkan pembaca terujua, berdebar-debar dan tertanya.  

3. Ada karakter dalam cerita.

    Mempunyai watak supaya jalan cerita hidup. Watak adalah satu elemen yang penting dalam sesuatu cerita. Pengaruhnya sangat besar. 
 
 

4. Tunjukkan tapi jangan beritahu. [ Show don't tell ]

    Bermaksud menulis dengan cara supaya pembaca dapat menghayati cerita melalui aksi, cara fikiran, deria dan perasaan watak. 
 
Sebagai  contoh : 
 


Telling: Ibu sedang marah.



Showing: "Kenapa tak ikut cakap, ibu?" Suara ibu meninggi.



Telling: Asmah merayu untuk dilepaskan.



Showing: "Tolonglah lepaskan aku. Kasihanilah, aku." Asmah memegang kaki penculik itu namun tubuhnya ditolak sehingga jatuh tersungkur.




5. Storytelling di akhiri dengan cerita yang positif.

 

Info tambahan Storytelling : 

 

    Kempen marketing era 4.0 adalah dalam bentuk video iaitu Drama pendek di facebook dan Tiktok. Youtube juga sesuai.

 
 
 
    Kesimpulannya, Copywriting dan storytelling adalah satu bentuk penulisan yang berbeza. Namun disukai oleh individu yang berbisnes bagi tujuan marketing mereka. Jadi, pilihlah mana yang bersesuaian. 


   
 Nampak kan beza antara Copywriting dan storytelling ini? semoga tip ini dapat membantu kalian. Panjangkan ilmu ini dengan TAG kawan-kawan ya.
 
 
 
 
    
Servis Menulis Ghostwriter masih di buka. Jika kalian sedang mencari penulis upahan bagi menulis artikel di website, content di facebook, Copywriting mahupun ebook. Klik whatsapp untuk perbincangan > ServisGhostwriter

 

 

Catat Ulasan

0 Ulasan