Akhirnya telah selesai dengan vaksinasi dos ke-2 pada tarikh 23 September 2021. Kami seisi keluarga ( aku, mak abah dan adik nombor 4 ) telah mendapatkan vaksinasi pada tarikh yang sama, cuma berlainan lokasi sahaja. Mak abah di Sasmec PPV manakala aku hanya di Klinik Syed Badaruddin di Jalan Beserah, Kuantan.
Macam mimpi pula bila aku lengkap dos 2 vaksin ni. Sungguh, aku bukanlah anti vaksin. Ikutkan memang tak mahu di vaksin sebenarnya. Bukanlah apa. Terpengaruh banyak sangat drama korea jadi zombie. Haha~ melekat sampai ke otak. Di sebabkan oleh satu insiden ini, aku terbuka mata untuk mengambil vaksin. Kalian nak tahu cerita? baca sampai habis artikel personal aku ni yer.
Nyawa di hujung tanduk
Bermula aku di tolak masuk ke bilik pengasingan ( Isolation ). Pada awalnya aku di masukkan ke wad adalah di sebabkan aku mengalami keguguran dan perlu di cuci rahim. Untuk melakukan proses cuci rahim atau ( EROC D&C ) , aku perlu memasuki dewan bedah untuk proses bersihkan rahim.
Dalam dewan bedah, bayangkan aircond paling sejuk ketika itu. Lebih kurang 20 minit aku di dalam dewan bedah, aku sudah menggigil kesejukan. Menggigil seperti pesakit parkinson. Semasa proses di lakukan, tubuh badanku hanya di bius separuh sahaja. Jadi, apa-apa aku dapat rasakan apa team doktor lakukan keatas diriku. Yang itu tidak kisah. Yang aku paling takut ketika itu, nyawa aku betul-betul di hujung tanduk.
Aku hampir sesak nafas dek kesejukan aircond yang terlalu kuat. Mujur sangat, doktor bius yang perasan aku dah mula menggigil. Dia masukkan tiub pernafasan kecil di hidungku. Dengan itu, aku kembali bernafas normal. Hilang menggigil.
Dianggap Pembawa COVID19
Kalian bayangkan, aku di anggap pembawa covid19 masa tu. Ini disebabkan aku selsema teruk selepas keluar daripada dewan bedah. Sejurus aku di tolak ke wad O&G ( Obstetrics & Gynaecology iaitu wad ibu mengandung dan bersalin ). Hidung aku tidak berhenti berair, dan tersumbat. Juga hilang deria bau, serta panas hidung ketika itu.
"awak selsema ke? soal nurse yang datang ke katil ku untuk mengambil bacaan tekanan darah.
"ya. Sejuk tadi, semasa di dewan bedah. Tak tahan sejuk. Ada ubat selsema tak?" dengan harapan selsema ini hilang. Sebab aku tidak sanggup menanggung selsema. Semasa aku di masukkan semula ke wad o&G adalah pada jam 6.30 petang.
"Kejap, saya tanyakan doktor dulu." Nurse berlalu meninggalkan aku.
Setelah sejam waktu berlalu. Hidung ku masih sama. Makin teruk berair, mata pula kemerahan dan asyik terbesin tanpa henti menjadikan tekak ku perit di sertai kepala pening.
"awak selsema lagi? ada bau? selera makan macam mana? awak dah vaksin?" soal doktor wanita kepadaku.
"Belum vaksin. Kenapa doktor?" aku sudah mulai curiga dengan soalan bertubi-tubi daripada doktor.
"Sebenarnya, kami risau awak masih belum di vaksin. Sekarang ni kan, musim covid. Tanda-tanda pada awak tu, kami terpaksa tolak awak ke bilik pengasingan ( Isolation ). Dalam bilik tu hanya awak seorang diri."
"Tapi doktor, saya ni selsema akibat resdung. Saya jenis tak tahan sejuk aircond. Jika di rumah pun macam ni lah saya. Pasti selsema keesokan harinya." Aku separuh merayu supaya tidak di masukkan ke bilik Isolation. Dengan diri aku yang masih tidak sihat, kencing pun dalam tiub urine. Kaki masih kebas bius.
"Oh, tak boleh macam ni. Risau bercampur dengan ibu-ibu lain. Mereka semua sudah di vaksin. Awak jer sorang belum di vaksin." Suara doktor perlahan menjelaskan kepada ku.
Saat ini, aku rasa sangat tertekan. Aku hanya mampu menangis di dalam hati. Bayangkan kalian, aku masih lemah. Iaitu di dalam pantang keguguran, dan masih tiada tenaga. Emosi aku pun masih belum stabil. Ini pula bertambah lagi masalah. Ingatkan dah boleh berehat dan menarik nafas, setelah proses cuci rahim selesai. Rupanya tidak sama sekali. Baru jer nak berangan pulang ke rumah esok hari. Namun, hampa.
Dalam bilik Pengasingan ( Isolation )
Dalam bilik ini, hanya aku seorang. Nurse jarang masuk, dan kalau boleh tidak mahu masuk untuk elakkan jangkitan. Ya lah, aku kan suspek covid19 masa tu. Nurse masuk pun sekejap, untuk ambil tekanan bacaan darah dan oksigen.
Sejurus aku masuk ke bilik ini, katil dan meja daripada wad o&g di bawa sekali ke sini. Tiba nurse 2 orang untuk swab aku. Kali ini PCR - RT ( mulut dan tekak ). Memang sakit! Tekak ku di jolok sampai ke dalam. Dan hidung pula di jolok sangat dalam. ( Apabila aku nak dongakkan kepala, tidak di benarkan. Mungkin ini punca sakit )
Dipendekkan cerita, swab pertama tidak boleh di baca. Report di tulis ada tulis 'inconclusive'. Maksudnya keputusan swab tu 50/50. Bermakna nak ke arah positif tapi negatif [ tengah-tengah keputusan ]. Itu yang kena ulang swab test tekak dan hidung.
Tip sesiapa yang nak swab hidung dan tekak [ Covid19 ]. RTK - PCR
1. Swab hidung.
Dongakkan kepala sedikit dan telan air liur semasa batang halus mula memasuki rongga hidung. Teruskan menelan air liur.
Jangan keraskan badan. Bertenang sahaja.
2. Swab tekak.
Buka mulut dan Cakap 'aaa' , sambil keluarkan lidah ya. Insyallah tak perit tekak sewaktu swab.
Itu sahaja tip nya. Selamat mencuba!
Alhamdulillah swab kali ke-2 dalam bilik Isolation tak sakit kali ini. Mungkin bergantung siapa yang ambil sample kut.
Mungkin berkat sedekah doa-doa serta bacaan Yassin dan solat hajat daripada suami, saudara mara, rakan-rakan alam maya sekalian. Keputusan nya negatif. Kuasa Allah kan. Mungkin ada antara doa-doa kalian yang mustajab Allah perkenankan doanya.
Moga Allah berikan ganjaran yang baik buat kalian di dunia dan akhirat.
Selama aku di tahan di wad selama 6 hari, aku sangat stress. Hati aku sangat rapuh dengan ujian allah. Aku juga di ganggu semasa di wad. Baca di sini > Kisah Seram dalam wad
Asbab kejadian diatas berlaku kepada aku, allah buka hati untuk aku menerima vaksin. Alhamdulillah, kini aku berjaya di vaksin dengan 2 dos Pfizer. Sebenarnya, aku bukanlah anti vaksin. Tetapi vaksin di Pahang amat sukar ketika itu. Sangat-sangat sukar. Aku kebetulan meminta doktor memasukkan aku dalam senarai vaksin di bawah Hospital yang aku pergi, tapi tiada rezeki (nurse salah masukkan nombor telefon ). Kebetulan ada seorang kawan, yang bantu aku untuk mengisi kekosongan slot vaksin kosong di klinik tersebut, maka rezeki aku.
Segalanya aku serahkan kepada allah. Dengan asbab vaksin juga, aku harap ia mampu menyembuhkan penyakitku ( jika ada ). Makanan sunnah aku juga sediakan sebagai ikhtiar lain untuk kesihatan.
2 Ulasan
yang suspect c-19 pun macam ni proses isolation nya, kalau + c-19 pulak entah macam mana ye. semoga kita sentiasa dilindungi
BalasPadamlindung diri, lindung semua
Terima kasih sudi singgah dan komen. Moga kita semua dalam lindungan Allah selalu
Padam