Perasaan cemas ( panic ) sebenarnya boleh membahayakan kita, seandainya tidak tahu bagaimana untuk mengawal insiden yang sedang berlaku. Seperti aku semalam sewaktu ingin mengambil anak pulang dari sekolah. Hampir 20 minit juga berada di depan sekolah anak, selain belajar menenangkan diri. Artikel ini, aku kongsikan sedikit anekdot ya pengalaman sendiri dalam bentuk storytelling juga.
Artikel lain : Pengalaman belajar memandu
Hari ni tiba-tiba jadi tak pandai memandu kereta.
Dah siap keluar parking dan bergerak separuh jalan, tiba-tiba mata tertumpu kearah dashboard. Simbol 'tanda seru' telah muncul.
"Ah sudah, macam mana ni anak-anak?" aku berhentikan kereta di bahu jalan, iaitu di kawasan perumahan.
"Kenapa?" dengan muka sedikit berkerut, Furqan dan Soffea melemparkan soalan.
"Handbrake kat mana?" mata dan tangan bergerak seiring mencari hand brake kereta. Jika kereta kancil 660, sudah tentunya hand brake di bahagian tepi sebelah kiri pemandu. Berbeza dengan kereta Toyota Caldina suami. Jika kereta kancil tidak rosak, takkan aku memandu kereta suami. Lebih rela memandu kereta buruk purple.
Sementara itu, kedua tapak tangan ku sudah mulai membasah.
"Telefon mama mana ni? nak call abah jap tanya" masa ni juga rasa nak terkencing sangat. Telefon pula di sorokkan oleh anak. Pelbagai rasa bercampur saat ini. Apa yang aku lakukan ialah beristighfar supaya hati tenang serta tidak memarahi anak-anak. Dan juga dapat membendung perasaan cemas dari menguasai diri.
Aku abaikan rasa tersebut sambil beristighfar lalu memandu seperti biasa.
2 minit kemudian, aku berada di depan pagar sekolah. Suasana sekolah sunyi sepi.
"Mama lambat lagi." Sara melabuhkan punggung di seat hadapan, sebaik pintu kereta di buka. Lalu merungut, beserta linangan airmata sara saat aku sampai di muka pintu pagar sekolah.
"Mama tak pandai memandu kereta abah ni. Hari ini tak jumpa hand brake pula." Aku ketawa seperti orang tiada masalah, walhal dengan sikap ku memandu tanpa melepaskan hand brake ini mampu mengakibatkan kerosakan gearbox.
"Teet, teeeet." Masih tidak berjawab panggilan dari ku.
"Ayang, ada kat depan sekolah ni." Nada ku begitu cemas memberitahu sebaik sahaja panggilan ku di jawab.
"Cuba cakap apa masalahnya?"
"hand brake kat mana ni." Sambil aku ketawa macam orang hilang akal, bagi menghilangkan rasa takut dan malu. Aku kan ego tinggi, ini pun setelah 15 minit hand brake tidak jumpa serta gear tidak boleh masuk.
"Cuba tekan kat sebelah kiri. Tekan sampai habis, sehingga dia berbunyi 'ketaqqq'
"Dah tekan. Ni gear tak masuk kenapa?"
"Tekan brake sekali pastu terus masuk 'D' . Tersusun pencerahan dari suamiku.
"Lahhhh, patut pun." Ok abang." Sambung ketawa lagi, kali ni lagi kuat ketawa dari tadi.
Suami mematikan talian telefon.
Begitulah, bila perasaan cemas menguasai diri. Habis semua jadi tak pandai. Lepas ni, memang kena banyakkan lagi Istighfar supaya tidak mudah cemas apabila berlaku benda kecil.
Gara-gara sikap cemas tadi, masa ku habis di sekolah sahaja. Hanya sempat proofread 5 sahaja artikel hari ni. Malam pula kena usaha siapkan 3 artikel lain juga.
Facebook : Nor Azlina Mohd Ali
Page : Azlina Penulis Upahan
Linkedin : azlina ina
0 Ulasan