Migrate blog azlinaghostwriter

 Migrate blogspot ke Wordpress | Alhamdulillah, satu lagi blog yang aku migrate kepada wordpress. Bukan aku yang buat sendiri, tapi menggunakan perkhidmatan daripada netKL. Tiada perancangan sebenarnya nak upgrade blog tu. Dah ada rezeki, buat terus. Blog yang migrate tu adalah www.azlinaghostwriter.com. Blog ni aku buat content jenis seeding. Semuanya mengenai tajuk bisnes iaitu ghostwriter.


migrate wordpress




    Blog azlinaghostwriter tu blog masih baru (2020), pada mulanya saja create. Konon tidak mahu bercampur dengan blog personal. Dan akhirnya, memang tidak sangka siap tukar domain dan migrate pula kali ni. Ikutkan, blog tu takde value. Tapi aku cuba sedapkan hati, aku upah orang pasang template. Ini khidmat Shehan . Dia lah yang setting. Aku ni mana mempunyai kemahiran nak edit dan main coding tu semua, tambahan lagi kerja aku sebagai ghostwriter agak sibuk. Uruskan kerja menulis client. 


Sebab aku tengok dia pandai bab-bab uruskan blog-blog bermasalah ni. Tu aku percayakan dia, lagi pun dia rakan dalam Kelab Blogger Ben Ashaari juga. Bagi aku, aku lebih tertarik untuk gunakan khidmat individu tu berdasarkan pemerhatian. Lama aku aim wei.. begitulah aku. Ya lah, nak melabur duit ni kan? kena cari betul-betul. Tapi sejak blog dah migrate ke wordpress, template semuanya bertukar. Dah tak cantik lagi dah blog aku tu. Kena upah dia lagi kot, itu pun kalau dia tak busy dengan jualan pelbagai dia tu. Yang aku tahu, dia jual cuckoo. Kerja photographer produk pun dia ada buat juga. 


Pelaburan berbisnes


    Setakat ini, blog azlinaghostwriter tu hampir Rm 200 kot termasuk tukar domain. Masyallah tabarakallah, sungguh aku bersyukur kepadaMu. Dan tahun ini pula aku migrate ke wordpress dengan bermodalkan Rm 260 ( dia uruskan semua, kecuali widget sendiri masukkan).  Mengambil masa sehari proses pertukaran dan mengambil masa 72 jam untuk wordpress stabil. 

 

    Jenis aku, jenis yang sanggup melabur untuk bisnes. Asalkan bisnes aku berkembang. Secara jujurnya, ada juga client masuk daripada blog yang satu ini, itu yang aku berani ambil risiko walau terpaksa cut cos. 

 

    Tapi, sebelum aku menjadi ghostwriter pun suami reda. Alhamdulillah, dia percaya isterinya ini. Dengan berbekalkan sedikit ilmu daripada kelas Sifubad, aku mampu mengorak langkah. Tak sia-sia sertai kelas 2comma Tribe pada tahun 2020. Bak kata Sifu Jamal, kalau dah pernah raih kejayaan pertama. Kejayaan seterusnya akan menjadi lebih mudah untuk di capai. 

 

    Untuk modal memang guna sendiri, sebab tak nak aku selesa menggunakan modal suami. Bukan apa, kang jadi malas nak usaha. Sebab pernah dulu bisnes, asyik modal suami tapi tak menjadi apa-apa. Jadi malu dengan suami sendiri bila tak capai apa-apa. 


     Masya-allah, kini aku sedang usahakan untuk blog wordpress juga. Blog personal ni, aku masih menulis untuk content berkaitan.




Catat Ulasan

0 Ulasan