Jerawat sebenarnya pembunuh utama keyakinan diri. Nak tampil cantik pun rasa malu dek kerana jerawat berkampung di muka. Paling teruk jerawat itu semakin lama ianya menghitam serta meninggalkan parut serta menjadikan muka berlubang. Kesan itu juga menjadikan kulit muka bertompok, masalah lain juga sewaktu menggunakan krim muka ialah bercapuk. Seterusnya menjadikan muka berminyak dan kusam. Allah! takutnya. Nak melihat cermin pun tidak sanggup jika begini.
Jerawat ialah satu masalah kulit dimana ia berbentuk satu benjolan. Kebiasaannya, jerawat akan menjadikan kawasan tersebut sakit dan bengkak. Jerawat biasanya tumbuh di kawasan muka dan juga pada bahagian belakang badan. Ia terjadi disebabkan kulit tidak di cuci dengan bersih, seterusnya bakteria membiak. Turut dikatakan jerawat boleh merebak ke kawasan lain hanya dengan memicit.
Penyebab lain jerawat merebak :
1. Ubat-ubatan; mengandungi phenytoin, iodin, bromida, steroid, isoniazid & litium.
2. Penggunaan pakaian, peralatan yang terlalu ketat pada permukaan kulit yang bersentuhan.
3. Produk penjagaan kulit/ rambut yang berminyak dan menyumbat liang roma.
4. Persekitaran berminyak, kotor.
5. Bakteria Propionibacterium acnes.
6. Perubahan hormon.
7. Androgen berlebihan seperti dalam sindrom polisistik ovari.
8.Minum air masak secukupnya mengikut berat dan jantina anda.
9. Gunakan pelembab muka yang bersesuaian dengan jenis kulit.
Elakkan ini, jika mahu 'Ghaibkan' masalah Jerawat :
Makanan laut seperti udang, sotong, ketam, kepah dan lain-lain juga boleh mendatangkan jerawat pada sesetengah individu. Jerawat yang tumbuh bukan sahaja besar dan merah malah juga gatal dan senang meninggalkan parut. Maka, anda boleh mengenal pasti pencetus timbulnya jerawat anda dan menghindarinya.
Selain itu, pengumpulan sebum di muka merupakan permukaan terbaik untuk pertumbuhan bakteria yang bernama ‘Propionibacterium acnes’. Bakteria ini akan bertindak balas dengan sebum di muka dan merangsangkan sistem imun. Oleh itu, apabila sistem imun bertindak maka ianya akan mengakibatkan keradangan dan menumbuhkan jerawat.
Sesetengah orang juga berpendapat bahawa makanan kekacang boleh menyebabkan pertumbuhan jerawat. Hal ini kerana kacang mengakibatkan muka menjadi lebih berminyak kerana kandungan nutriennya. Jadi, sekiranya dimakan berlebihan akan menjadikan muka sangat berminyak langsung menghasilkan jerawat.
Aku cadangkan juga gunakan 'Meverly Acne Night Repair'. Satu-satunya krim muka bagi merawat masalah jerawat biasa dan jerawat kronik. Krim ini di percayai kerana di hasilkan oleh Pakar kulit sendiri. Sudah tentunya ia keluaran daripada Klinik Al-Fateh Jitra. Meverly Acne Night Repair bertindak seawal 2 minggu penggunaan krim, bagi mendapatkan kulit bebas jerawat dan parut.
Bukan apa, bila muka di penuhi jerawat keyakinan anda akan menurun. Nak berdepan dengan suami, jiran tetangga mahupun rakan-rakan sekerja. Itu secara 4 mata bertentang. Yang selalu buat 'live' pun mesti nak kulit cantik dan handsome kan? jadi, rawat lah segera masalah jerawat muka dengan krim Meverly Acne Night Repair yang berkesan dalam masa 2 minggu penggunaan. Pastinya muka kembali berseri tanpa kehadiran jerawat.
Whatsapp : MeverlyAcne
Shopee : Beli di Shopee
Page : Meverly Acne Klinik Al-Fateh
1 Ulasan
Boleh cuba juga kalau di keluarkan oleh ahli dermatologist. Dok pakai mask setiap hari, jerawat dipipi tak surut2
BalasPadam