7 Cara rezeki tidak putus seperti air zam-zam | Sering mengeluh, katanya rezeki macam air keluar. Anak sakit, pasangan sakit, ibu bapa sakit dan kereta anda juga sakit. Banyak perlu di baiki, rosak sana sini. Anda di timpa musibah. Agak-agak anda, kenapa ianya terjadi? seolah rezeki itu tadi tidak lekat kepada anda. Nauzubillah min zalik. Takut pula kan? adakah kerana kita 24 jam memikirkan duit sepanjang masa? fikirkan duit sampai diri stress. Bekerja lebih 24 jam kerana mengejar duit? sedih bila mendengarkan hal begini berkaitan duit. Kerja bagai nak gila semata-mata duit.
Artikel : Allah hadirkan hujan, sebelum pelangi
Rezeki tidak boleh dikejar, sebaliknya jemput ia dengan melakukan amalan-amalan tertentu.
Antara amalan Rezeki Tidak Putus Seperti Air Zam-zam, yang perlu di lakukan ialah :
1. Solat awal waktu Rezeki Tidak Putus.
Masuk jer waktu solat, terus ambil wuduk. Tinggalkan kerja anda sebentar. Hanya dengan utamakan allah swt, allah beri apa yang kita mahukan. Kejar akhirat dulu, dunia mengejar kita.
2. Bangun tengah malam, mengadu pada Allah melalui solat-solat sunat hajat, tahajud dan taubat.
Mengadu lah kepada allah. Kerana allah maha mendengar. Anda bercerita lah kepada-Nya. Lakukan solat-solat sunat di tengah malam di mana keadaan itu orang lain sibuk tidur.
3. Membaca Al-Quran serta memahami maksud setiap surah.
Cari Al-Quran yang mempunyai terjemahan.
4. Banyakkan berzikir serta memahami maksudnya.
Berzikir lah dengan nama-nama allah, asma al husna sebagai rutin harian anda. Iaitu Ya Razzaq ( maha pemberi rezeki ), Ya Bari ( Maha Merancang, mudahkan urusan ), Ya Fattah ( Maha Membuka ), Ya Muqit ( Maha Mencukupkan dan kekuatan )
5. Sedekah.
6. Jangan Bergaduh Suami Isteri
7. Reda
Nota :
1. Lakukan sedekah selepas subuh, setiap hari beserta niat. 50 sen sehari pun boleh. Ikhlaskan hati. Jika tabung penuh, hantarkan kepada masjid atau surau berdekatan.
2. Nak sedekah, perlu sedekah pada orang terdekat dahulu. Bantu yang terdekat. Seperti adik beradik dan saudara mara.
3. Jangan lupa beri belanja pada kedua orang tua kita tanpa lompong. Hubungi mereka dengan kerap, jika berjauhan.
4. Dah buat semua diatas, pastikan jangan terlalu fikirkan *DUIT* kerana, anda akan sering diuji dengan masalah kewangan sahaja.
5. Cara betul, lakukan kerja dan rutin anda seperti biasa. Insyaallah, Allah akan hadirkan rezeki satu persatu dalam hidup anda. Bergantung lah kepada Allah.
Akhir sekali, jika mahukan rezeki tidak putus seperti air zam-zam, banyakkan amalan diatas dalam kehidupan. Ganjarannya allah berikan di dunia dan akhirat kelak. Kerana dengan amalan tersebut, allah bukakan pintu-pintu kerezekian yang lain juga. Usaha dan tawakkal juga perlu ada dalam diri kita sebagai umat islam.
0 Ulasan