Kaedah pitching client tanpa perlu pitching client. Bagaimana ingin pitching client atau customer bagi mendapatkan kerja sebagai freelance? ini antara soalan panas , yang aku yang sering kali terima daripada rakan-rakan atau mereka yang dalam bidang freelance. Bagi aku tidak susah, jika tahu caranya. Dan jadi susah ingin pitching client, bila tidak tahu kehendak mereka ( client atau customer ). Dengan penjelasan di artikel ini harap membantu anda. Jom semak, apa yang aku selalu amalkan bagi mendapatkan job sebagai Ghostwriter sepenuh masa ini.
Jadi diri sendiri. Itu jer. Bunyinya sangat cliche kan? tapi di sebalik jadi diri sendiri itu, ada rahsia lain pula.
9 Kaedah pitching client tanpa perlu pitching, pasti menjadi :
1. Ilmu
Perlu ada ilmu dalam servis yang kita tawarkan kepada prospek. Sekurangnya, perlu berada 2 langkah di hadapan prospek bagi menjawab segala pertanyaan prospek bagi memudahkan proses pitching client.
Dengan ilmu, kita menjadi yakin untuk proses pitching tersebut. . Sertai mana-mana kelas berbayar atau percuma sekali pun, asalkan anda berilmu.
2. Pengalaman
Belajar daripada pengalaman sebelum, baiki cara menjawab soalan-soalan daripada prospek juga. Ulangkaji juga yang mana kurang, tambah baik nilai.
3. Ibarat kolam ikan
Banyakkan memberi dengan content di social media yang anda miliki. Beri, beri, dan beri. Seterusnya pasti ada client datang menyerah diri kepada anda. Anggap sahaja seperti kolam ikan, ada kolam ada ikan. Kolam ibarat platform social media kita, manakala ikan pula ibarat client. Jadi, kita perlu sentiasa berikan makanan kepada ikan tersebut.
4. Pendengar yang baik
Setiap kali menerima whatsapp, PM, DM dan emel dari client. Sila fahamkan terlebih dahulu apa yang di tanyakan oleh prospek. Jangan potong apa yang ingin di sampaikan, biarkan prospek habis menaip dahulu kemudian kita pula membalasnya. Ia juga tanda kita menghormati mereka.
5. Jangan gelakkan
Ya, ini paling penting. Jangan ketawakan client, jika soalan atau pertanyaan nya tidak di fahami. Sebaliknya minta client berikan satu contoh, jika masih belum jelas dengan pertanyaan tersebut.
6. Jangan terburu-buru
Jangan amalkan sikap terburu-buru semasa proses pitch client. Jawab soalan dengan tenang. Jika anda dalam keadaan stress, serabut, anak-anak menangis, tengah memasak, sibuk dan apa sahaja yang mengganggu proses pitching client tersebut. Sila jangan jawab lagi pertanyaan client. Biarkan terlebih dahulu, ambil masa supaya anda bertenang. Sudah tenang, baru jawab segala persoalan tersebut.
Ingat! yang tenang mesti menang.
7. Portfolio
Kaedah pitching client tanpa perlu pitching client seterusnya. Ini jika client masih tidak yakin untuk memberikan anda job. Sila berikan kepada client portfolio anda. Di dalam portfolio tersebut ada tertulis mengenai latar belakang, pendidikan, serta pengalaman anda sebagai freelance. Dengan siapa anda bekerja selama ini, apa projek semasa dan terdahulu di catatkan dalam portfolio.
8. Social media
Cantikkan social media anda dengan penulisan yang sedap di baca. Sebaliknya, bukanlah penulisan yang mengajak orang kearah keburukan seperti bergaduh dan mengumpat. Dari sini juga, client dapat menilai kita sebagai freelance sebelum memberikan peluang kita dengan kerja-kerja.
9. Usah tamak
Jangan tamak. Ini penting! ada kemungkinan anda akan di uji terlebih dahulu sebelum di berikan job atau peluang kerja yang besar. Mereka akan 'offer job' kecil dahulu, untuk melihat hasil kerja kita. Jika hasil kerja memuaskan, insyallah peluang besar bakal menyusul. Jadi, terima job kecil terlebih dahulu.
9 kaedah pitching client tanpa perlu pitching client ini amat mudah di lakukan. Ia bukan sahaja sesuai di gunakan oleh freelance, bahkan kaedah ini amat sesuai buat mereka yang berbisnes juga. Jadi, sila gunakan sebaik mungkin, sehingga ianya menjadi.
0 Ulasan