Staycation weekend kami di Rompin

 Staycation weekend kami pada bulan November 2011, sudah tentunya bercuti di dalam negeri sahaja. Sudah tentunya tempat peranginan yang menjadi pilihan adalah Lanjut Golden Beach Resort . Atau sekarang di kenali dengan nama Villea Resort & Golf

 

 Oleh sebab awal pagi suami perlu selesaikan kerjanya, maka kami pergi bercuti lokasi berhampiran sahaja. Nak kata jauh, tak juga. Tapi hampir ke Muar lah percutian kali ini. Stay di resort Rompin, dan makan pula kawasan Muar.


staycation Resort Villea Golf Rompin
Staycation Villea Resort & Golf Rompin


Artikel lain : 5 Cara Untuk Jadi Content Writer



    Kami bertolak jam 2 petang dari Kuantan, dan di Villea Resort & Golf jam 4 petang. Alhamdulillah, walau kali ini banyak sangat ujian nak pergi bercuti. Namun, kami reda. Dari kereta kena servis ( masalah takde transport nak pergi ambil kereta di bengkel). Lepas itu, duit pula kena telan semasa proses booking di Agoda. Nak tunggu refund, tidak tahu lah bila. Ikutkan, kami dah reda tidak pergi bercuti pada weekend baru - baru ini. Aku dah siap pujuk anak-anak cakap jangan menangis, kali ini tidak pergi bercuti. Anak-anak pun faham.


    Tetapi suami masih dengan sikapnya. Dia cakap, jika belanja anak bini, rezeki meluncur laju. Jadinya, dia teruskan juga dengan menempah resort direct dari Resort itu tanpa menggunakan orang tengah iaitu website pelancongan seperti Agoda, Traveloka mahupun lain-lain yang ada. 


     Tengah hari Sabtu, pihak Resort ada memberitahu bahawa 1 kekosongan bilik yang masih tidak bertuan. Masya-allah, tabarakallah. Jam 2 petang juga bertolak, sebab waktu check In 3 petang. 


Check In di Villea Resort & Golf 


 Kali ini beratur panjang sewaktu nak check In. Ada prosedur baru. Perlu Scan MySejahtera bagi inidvidu dewasa. Dan bagi anak-anak yang masih belum di vaksin, perlu menulis nombor MyKid mereka pada buku pendaftaran masuk. Ini lah yang menjadi punca kesesakan. Tapi okay jer, sambil menunggu check in. Kami di hidangkan dengan minuman 'welcoming'. Okay, sejuk hati ni tau.


 Selesai check in hampir jam 5 petang. Sabar jerlah, kan Malaysia baru di beri kebebasan untuk bercuti merentas negeri. 
 
 
 

Pintu Bilik Rosak

 

 
    Kali ini, dapat bilik rosak. Pintu tidak boleh nak masuk. Maka, terpaksa menunggu depan pintu bilik selama 20 minit. Ini kali pertama, kami sebagai pengunjung Villea Resort & Golf  yang mengalami masalah. Fuhh! bayangkan macam mana. Konon sampai bilik nak solat jamak dan bersihkan badan sebelum turun ke Swimming pool tapi tidak! masa di habiskan menunggu depan bilik, lepastu pula dah masuk bilik kena menunggu lagi pintu bilik di baiki. Sudahnya, anak-anak tidak ke swimming pool.



 
    Breakfast sedap dan persekitaran bersih.  Villea Resort & Golf ini sering menjadi pilihan kami seisi keluarga. Tetapi sayangnya kemudahan bilik tidak di jaga. Menjahanamkan mood percutian kami. Suami lah paling kecewa sebenarnya. Duit yang Agoda tu, belum refund dan tidak boleh pulangkan duit tetapi hanya kupon sahaja. Macam mana lah jika orang yang ada duit itu sahaja untuk bercuti? 
 
 
 
Bilik kami menghadap pantai. Best lah juga. Cuma malam tidak berani buka pintu sliding tu. Risau benda lain akan masuk je skali dengan angin waktu malam. hahaha.  





    Dalam frust melayan masalah, mujurlah Resort ini mempunyai pantai di belakang nya. Jadinya, selepas breakfast pagi tu terus ke pantai. Tengok matahari naik, cantik giler. Ada juga buaian. Aku bawa anak-anak ke Pantai pagi itu dan sambung ke swimming pool. Suami memang dah merajuk masa tu, merajuk dengan percutian kali ini.
 
 
 
     Pengalaman staycation di Villea Resort & Golf ini di tulis bukan lah ingin memburukkan keadaan. Tetapi aku coretkan sebagai kenangan sahaja. Lagi pun complain sudah di buat dengan pihak pengurusan sana.






Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. adeii..pintu xleh buka..spoil la mood bercuti..huhu

    BalasPadam
  2. mende tak dijangka kan.. apa2 je boleh berlaku.. tp janji anak2 happy

    BalasPadam