Akaun Tiktok Semakin Meriah dengan Views serta dapat naikkan Followers

    Akaun  Tiktok Semakin Meriah dengan Views serta dapat naikkan Followers | Masya allah, sungguh tidak sangka. Dan tidak berharap langsung untuk mendapat views ( tontonan ) di Tiktok menjadi VIRAL. Sungguh! sekadar berkongsi cerita sahaja sebenarnya di akaun Tiktok, tidak sangka mencecah 90 ribu views untuk 1 video semasa pergi bercuti tempoh hari. Pernah putus asa juga dengan Tiktok, tapi dalam masa yang sama aku tetap buat content, cuma content syok sendiri je. 


FYP Tiktok





    Berbalik kepada video Tiktok yang Viral, aku bercerita mengenai pengalaman mistik semasa berada di lokasi percutian. Selama ini, aku dah pernah buat content jenis bercerita sebenarnya, cuma tidak banyak view macam content kali ini. Ramai yang kecam mengenai video aku tu. Cakap aku ni ada hantu lah, tapi okay je. Aku ni penulis hantu atau lebih di kenali sebagai Ghost Writer, jika anda nak tahu. 


    Aku post content Video tu petang, saja-saja je upload buat story. Keesokan harinya, smartphone aku bising. Bunyi notification datangnya dari platform Tiktok, banyak likes yang masuk. Komen pula bertubi-tubi masuk di sertai orang ramai Follow aku. Memang terkejut sangat, bangun pagi views cecak 11.3k untuk satu video sahaja. Kemudian masuk 1 hari sudah 30 ribu views, memang takutlah tengok. Ramai juga yang share video tu. Ada yang minta sambungan cerita juga. Fuh, pertama kali dah hidup dapat banyak views macam tu. Followers dari 1800 terus meningkat kepada 2400 saat artikel ini di tulis. 


Dan, apa yang mengejutkan aku lagi. Video TikTok part 2 iaitu sinambungan dari cerita pertama lagi banyak jumlah views. Masya allah tabarakallah 201,000 views, sungguh! rakyat malaysia memang sukakan kisah misteri dan mistik sebenarnya. Jutaan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang menonton.


Apa Yang aku buat untuk naikkan VIEWS dan Likes di Tiktok


    Walaupun aku ni ada bisnes menulis, aku tidak cerita sangat mengenai bisnes ghostwriter aku tu. Bukan lah apa, aku jadi serabut. Dan aku sendiri pun merasakan, Video Tiktok (VTT) aku sebelum ni terlalu menjual. Jadi bosan, aku syak audien pun bosan agaknya. Tu kadang Video Tiktok aku tak pernah cecah ratusan ribu. Dahulu nak dapat 1000 views pun payah tau!
 
 

1. Bercerita di Tiktok

 
Aku ni kan suka bercerita, jadi aku kongsikan pengalaman seram di Tiktok. Aku tidak buat reaction, sebab bagi aku reaction tu kena jaga percakapan ( faham-faham lah )

 Pengalaman tersebut aku jadikan satu content bercerita ( akan datang aku bercerita je pengalaman hidup ). Asalnya kisah-kisah seram ni aku peram je, nak ceritakan pada suami pula tak nak percaya. Jadi, aku rasakan TikTok lah paling tempat sesuai untuk aku bercerita. Hahahaha~


Atau anda boleh buat content di Tiktok jenis Transition. Lagi cepat naik views dan followers apa pun ia bergantung kepada kreativiti anda.


2. Hanya suka-suka



Aku tak fikir apa nak jadi. Aku terus je buat content tu semua. Sebelum ni, content bisnes tapi macam slow sangat. Nak dapat 1 likes pun payah. Tapi bila aku niatkan nak enjoy je content tu dan tak sangka boleh cecah sampai 200 ribu views. 

Sebelum ni dah pernah buat content seram, tapi masa tu tak jumpa audien yang betul lagi, 500 views dalam jangka masa berbulan. Sedih kan? masya allah, sekarang ni kejap je dapat naikkan views.


3. Waktu Posting di Tiktok


Perhatikan waktu followers anda aktif di Tiktok. Macam aku ni, sekitar jam 5 petang dah update content kat Tiktok sebab target aku cerita seram. Aku nak jadikan FYP pada waktu malam, dan menjadi. Kat sini, anda kena faham niche yang bawa tu. 
 
Sebagai contoh, followers aku aktif sekitar jam 9 malam. Jadi, video aku akan melintas waktu malam. 


waktu post video di tiktok




4. Guna Hashtag di TikTok



Nak buat content, pastikan anda gunakan hashtag yang betul. Macam aku content seram. Jadi, aku gunakan #seramtiktok . Jika ada orang search, akan jumpa cerita aku kat Tiktok. 



5. Guna lagu yang VIRAL di TikTok



Trick ni kadang kala menjadi, kadang tu tidak juga menjadi. Semuanya atas rezeki naik FYP. Content best, naik lah FYP tu. 
 

FYP = For You Page ( VIDEO anda akan melintas di wall pengguna TikTok lain, walaupun anda bukan friends)


FYP ada banyak Kategori di TikTok


fyp = 600 views

fyp = 1000 views

fyp = 5000-10,000 views

fyp= 20,000- 100,000 views dan seterusnya. 

 

Hati-hati juga jika menggunakan lagu trend. Kadang kala ada maksud yang kurang sopan. Biasanya lagu thai dan english. 


views tiktok

6. Kena bersabar 

 

Dalam menghasilkan content di Tiktok, perlu bersabar. Buat sekali tak menjadi. Kena buat lagi dan lagi. Macam aku pernah putus asa dengan Tiktok, masa tu akaun dah cecah 1000 followers tapi followers tu semua bukan niche aku. Jadinya, kat sini dah rugi. Engagement kurang. Tapi percayalah, bila audien anda betul, letak je content apa sekejap je naik views tu. 
 
 Pernah je join group support each others, tapi tu lah. Content tak kena dengan mereka, mereka akan skip je video tu tau. 




    Apapun, dalam menghasilkan content di Tiktok perlu fikir juga. Adakah anda  di inginkan dengan content perli? atau content nasihat? atau ianya memberi manfaat kepada orang ramai? semuanya terletak di tangan anda. Jika anda letak content negatif, maka followers anda pun jenis negatif dan ingatlah setiap apa yang kita tulis dan bercerita tu semua di hisab di akhirat kelak. Tiktok aku tu di buat sekadar suka-suka, dan tidak menjual pun. Aku nak pelbagaikan, bosan pula asyik menjual di semua platform social media bukan?


    Dengan menghasilkan content bermanfaat, views di Tiktok anda akan bertambah dan mudah naik followers. Tak percaya, sila buat dahulu okay. 428 followers aku dapat dari followers asalnya berjumlah 1800 followers. Dan sekarang dah mencecah hampir 3 ribu followers. Masya allah.. kali ni memang betul penulis hantu lah di Tiktok. 






LinkedIn   : Nor Azlina Mohd Ali


Servis Ghost Writer / Penulis Upahan : wasap.my/60189107161/servisghostwriter

 

Catat Ulasan

0 Ulasan