9 Cara Tundukkan Isteri yang macam SINGA!

     Ramai suami di luar sana yang ingin tundukkan isterinya. Malaysia pernah di gemparkan dengan isteri memukul  suami dan  juga ada yang mendera suaminya dengan kecederaan yang serius sehingga meringkuk ke dalam sel penjara. Tapi awas, tidak bau syurga pula sang isteri nanti. Jadi, bagaimana cara nak tundukkan isteri yang macam singa tu ye? nak tundukkan isteri zaman kini,  tidak lah terlalu sukar. Silap-silap boleh jadi manja 'meow' pula.

 
 
cara tundukkan isteri garang

 
 
 

Dalam artikel ini, aku berikan Cara tundukkan Bini Garang macam Singa;



 Bawa jalan-jalan

 

Tidak perlu holiday jauh-jauh pun takpe. Asalkan bawa isteri keluar dari rumah pun sudah mencukupi. Jika para suami nak tahu, isteri ni dia nak rasa udara luar juga sesekali. Walau pun isteri pandai memandu, dia nak juga suami membawanya bersiar-siar. 
 

 Pujian

 

Sifat wanita yang sukakan pujian, oleh itu suami kerapkan diri dengan memuji-muji isteri. Andai kata dia memasak, puji lah masakan dia sedap. Jika dia berhias untuk mu, puji lah. Tidak akan jatuh ego seorang suami jika lakukan perkara ini. 


 Tolong- menolong

 

Tolong menolong melakukan kerja rumah bersama-sama. Tidak perlu tunggu arahan, buat je kalau nampak apa yang tidak kena di rumah tu. Sebagai contoh : melipat pakaian, buang sampah penuh yang di dapur, uruskan anak-anak.
 
 

Belanja Isteri dan anak-anak


 
Jika sudah gaji, bawa lah bini dan anak-anak makan di luar. 1 kali sebulan apa salahnya. Rezeki juga makin bertambah nanti sebab gembirakan bini dan anak-anak. Ini pun di kira membeli jiwa selain memberikan hadiah kepada isteri. 

 
 

 Urut bini


Bukan time ingin bersama je baru nak mengurut ya. Apa salahnya urut bini, jika tengok dia keletihan seharian menguruskan rumah tangga sendirian  sehingga  ke malam.

 
 

 Santuni Bini dengan menjaga Emosi


 
Dengar lah cerita atau luahan isteri anda setiap hari. Jangan pernah abaikan emosi isteri anda. Dia sedih, gembira, marah, takut dan sebagainya. Emosi adalah salah satu faktor terbesar isteri menjadi garang tau! 

 
 

Tinggalkan Gajet pada waktu malam untuk keharmonian rumah tangga


 
Apa salahnya, tinggalkan gajet anda ( suami ) pada waktu malam. Habiskan masa dengan anak-anak dan isteri.

 
 Waktu makan pun, sila tinggalkan smartphopne seketika, pandang wajah isteri ketika makan. 
 
 
 

Jadi Imam sebagai Pelengkap Rumah Tangga

 

 
Cara yang paling ampuh dan power untuk tundukkan Isteri ialah dengan menjadi iman. Yang ini ramai sang suami tidak lakukan dalam institusi rumah tangga. Sebaiknya, mulai saat ini jadi imam kepada isteri.  Waktu solat, ajak isteri dan anak-anak untuk solat bersama. Jika isteri ingkar, boleh lah nak pukul manja. Kerana anda juga yang akan menjawab di akhirat kelak berkaitan didikan agama.


Bergurau senda di dalam rumah tangga



Dengan isteri silakan bergurau senda. Yang sudah semestinya halal, sudah pasti pahala ganjarannya kerana ia mengeratkan lagi hubungan antara suami dan isteri. 



Doa melembutkan hati isteri 








 
    Aku rasa dengan 9 Cara Tundukkan Isteri ini, anda bukan jer boleh jinakkan isteri yang macam singa tu. Silap-silap jadi 'meow' kesayangan pula. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk hubungan yang mesra. 



Catat Ulasan

0 Ulasan