Tidak di nafikan lagi, bahawa pekerjaan freelance atau dalam bidang kreatif sukar mendapatkan peluang pekerjaan. Lebih-lebih lagi, dengan kewujudan penulis-penulis baru bak cendawan selepas hujan. Industri kreatif yang aku maksudkan adalah penulis content, penulis iklan ( copywriter ) dan Ghost Writer ( penulis bayang atau penulis upahan ). Sebenarnya, bila di lihat kembali bagus bila ramai penulis baru mewarnai industri. Dapat bersaing secara sihat antara satu sama lain.
Semalam, sambil 'scroll Facebook'. Secara tidak sengaja, aku ternampak lah status rakan yang sedang mencari 'Freelance Designer'. Jadi, aku pun menyelit dalam status prospek. Walaupun ramai Designer yang komen dalam status tu.
Apa aku buat? hanya komen begini ;
Jawab salam status tersebut. Dan teruskan komen.
"Ala, takde pula kawan nak rekomen dalam Kuantan. Tapi kalau nak cari penulis upahan [ ghostwriter ], cari saya."
Dalam komen tadi, aku tak beria promote servis pun. Kurang dari seminit;
"Awak WhatsApp saya kat nombor ni ya?" dia membalas komen aku, di status berkenaan.
Lantas aku klik WhatsApp tersebut. Rupanya, pemilik status tadi memang mencari copywriter untuk bisnes nya.
Masya Allah, alhamdulillah. Dapat lah closing untuk 1 job Copywriting.
Pengajarannya, anda kena sentiasa bertegur siapa di media sosial. Tapi di LinkedIn ni, aku jarang buat. Sebab bukan apa, ada yang tidak professional.
Aku create LinkedIn, sebab nak berikan Value kepada connection, bukan untuk bersembang 24 jam. Aku pun ada kerja Ghostwriting yang perlu di siapkan mengikut dateline client.
Apa kena mengena cerita ini dengan anda?
Cuba relate kan dengan bisnes anda. Itu sahaja.
Pengalaman sebagai Freelance Copywriter
Ada seseorang yang beri pendapat kepada aku, bahawa job sebagai copywriter mudah sangat nak dapat. Itu pendapat dia, walhal agak sukar. Berdasarkan pengalaman aku sendiri sebagai freelance copywriter.
Ada yang tanya aku, kenapa tak jadi Full time COPYWRITER?
Oleh sebab aku ni full time ghostwriter. Jadi aku utamakan penulisan berbentuk artikel, manuskrip, e-book dan penyediaan content sahaja. Copywriting sebagai freelance sahaja, iaitu aku tidak terikat dengan satu syarikat sahaja.
Apabila bekerjasama dengan pihak ke-3 iaitu pihak Digital Marketing. Sebelum mereka berikan job kepada aku. Mesti berikan sample penulisan copywriting yang terdahulu. Tujuannya, mereka ingin menilai sama ada layakkah melantik aku sebagai Freelance mereka. Berbaloikah?
Pernah aku di lamar oleh syarikat Digital Marketing pada tahun 2020, mereka meminta ku dengan sample copywriting. 5 jenis copywriting, semuanya 'reject'. Aku sedar waktu itu, bahawa copywriting aku hambar. Aku belajar daripada guru yang salah rupanya. Sebab copywriting yang di ajar adalah semua jenis AIDA.
Buat pengetahuan korang, bukan semua copywriting boleh di gunakan jenis AIDA ni. Kerana copywriting yang sebenar adalah menulis mengikut masalah, serta mempunyai emosi.
Nak orang baca copywriting tu, ianya bermula dengan headline yang betul. Yang mampu buat orang berhenti 'scroll dan baca'. Copywriting ada banyak jenis. Untuk rekrut agen, storytelling, fokus setempat, teknik matching dan sebagainya.
Masya allah , tabarakallah. Tidak di nafikan juga, ada yang berminat dengan copywriting AIDA dan storytelling. Sepanjang bulan puasa, aku berjaya siapkan 30 copywrtiting client yang berlainan.
Akhirnya aku jumpa guru yang betul untuk copywriting pada tahun 2021. Sebelum itu, dah banyak juga aku belajar copywriting. Memang banyak berhabis untuk ilmu, dan akhirnya berbaloi-baloi. Sampai berasap otak kena paksa menulis copywriting selama 2 hari.
Boleh rujuk artikel di sini.
feedback client copywriting |
Nak Pitching client atau tidak. Mana satu yang sebetulnya?
Terpulang kepada anda sebenarnya. Jika rajin, boleh pitching client. Teknik ini aku dah biasa gunakan semasa menjadi blogger terdahulu. Pernah pitching client 'Imanni Skinz'.
Masa tu aku masih solo blogger, dengan muka tak malu aku direct messenger founder tersebut. Dan, alhamdulillah berjaya.
Jika tidak mahu pitching client, boleh buat personal branding. Tetapi mesti aktif di semua platform media sosial yang ada.
4 Tips Nak Pitching Client
1. Personal Branding
Ini ramai yang tidak buat, tapi percaya lah. Jika personal branding anda kukuh. Jual lah apa sahaja, orang akan membeli. Buat video tanpa ada muka anda pun, tetap ada ribuan yang menonton.
Sebab orang dah KENAL dan selalu NAMPAK anda. Seterusnya dengan personal branding juga ORANG PERCAYA anda.
2. Ilmu
Anda nak pitching client, mesti rajin upgrade skill. Tidak kisah lah skill apa sekalipun, janji anda boleh menjawab dengan lancar apabila di tanya oleh client.
3. Pengalaman
Sangat penting pengalaman. Ini adalah perkara utama yang akan di tanya oleh client sebelum bersetuju mengambil anda untuk bekerjasama.
Berdasarkan pengalaman lalu aku sebagai penulis, jika tiada pengalaman memang sukar untuk di terima. Walaupun anda seorang graduan ijazah. Sebab dunia kreatif lain, ia bukanlah bidang teknikal.
4. Sample Penulisan atau Sample Kerja yang lepas
Ya, ini pun penting. Selain pengalaman, sample penulisan pun perlu di berikan kepada client atau prospek. Juga di panggil portfolio kita.
Ini kerana prospek perlu sesuaikan jenis penulisan anda dengan diri mereka. Lagi pun, penulis upahan ini kan menulis bagi pihak pelanggan. Bermakna penulisan daripada anda, tetapi seperti client yang menulis.
Nak beri sample penulisan pun, tidak boleh sewenangnya tunjuk kepada prospek siapa client lepas. Etika sebagai penulis upahan perlu di rahsiakan.
Client yang lepas, sudah membayar anda untuk hasil kerja.
Jenis-jenis penulisan kreatif, yang lain boleh rujuk di sini.
Dalam industri kreatif yang aku maksudkan adalah penulis
content, penulis iklan ( copywriter ) dan Ghost Writer ( penulis bayang
atau penulis upahan ), anda perlu lah lebih kreatif untuk mendapatkan job dan peluang dalam bidang penulisan. Jadi berani dan yakin dengan bidang pekerjaan anda dalam industri. Jika tidak, bagaimana client ingin pilih anda sebagai penulis upahan mereka. Renungkan sedalamnya. Duduk diam-diam, memang tidak dapat lah merasa peluang menjadi penulis yang sebenar.
Ikuti aku di platfrom media sosial di bawah juga untuk info dan cerita :
1 Ulasan
Alhamdulillah rezeki. Ringan mulut dah dapat dapat dah satu gig. Semoga ada lebih banyak lagi rezeki yang datang di masa akan datang.
BalasPadam