Iftar sambil Beramal : Dapur Infaq Ummah di Villa Ranting, Kuantan

     Iftar sambil beramal, itulah konsep yang di ketengahkan oleh Dapur Infaq Ummah yang berdaftar secara rasmi dengan pejabat pendaftar Pertubuhan pada 2019 ( PPM 0230625112010 ).  Matlamat utama Dapur Infaq Ummah, Kuantan adalah  untuk kebajikan. Mereka juga membantu golongan yang memerlukan seperti gelandangan ,rentan dan asnaf khasnya di Bandaraya Kuantan. Ia meliputi seluruh negeri di Pahang. 

 

    Iftar di tengah Bandaraya Kuantan, Majlis Berbuka Puasa yang di anjurkan oleh Dapur Infaq Ummah  yang terletak di lokasi Tourism  Information Centre atau Villa Ranting. Atau landmark nya adalah berhadapan Kompleks Teruntum.

 

 

 

iftar amal, dapur infaq ummah
Dapur Infaq Ummah


    Misi utama Dapur Infaq Ummah adalah bertujuan Iftar amal. Iaitu mengumpul dana bagi membantu golongan yang memerlukan seperti gelandangan, keluarga  miskin, serta pelajar-pelajar Universiti sekitar Pahang yang kurang berkemampuan. 

 

Objektif lain Dapur Infaq Ummah adalah :

 

    1. Membantu dan melaksanakan pelbagai program untuk mereka yang memerlukan. 
    2. Menggalakkan semangat kesukarelawanan dalam masyarakat. 
  3. Melaksanakan aktiviti kemasyarakatan dengan tujuan membantu mereka yang memerlukan. 
   4.  Membantu pihak berkuasa dalam program atau acara kebajikan.  
  5. Mewujudkan pusat sehenti untuk membantu mereka yang memerlukan terutamanya keperluan harian
 
 

 

Dapur Infaq Ummah, bantu gelandangan di Kuantan


 

 

Dapur Infaq Ummah menawarkan 5 menu berlainan setiap hari.  Menu istimewanya sudah tentu, Kambing Golek yang pastinya menjadi kegemaran ramai. Anda jangan kecewa, kerana Kambing Golek akan di hidangkan setiap hari bersama menu tambahan lain. 


5 Menu di Dapur Infaq Ummah boleh di rujuk dalam jadual di bawah. Bukan itu sahaja, selain menu utamanya Kambing Golek, nasi-nasi turut di hidangkan bersama pencuci mulut dan 5 pilihan air balang lain.

 

 

Chef badrul Dapur Infaq Ummah
Ustaz Badrul Jamili ialah Timbalan Pengerusi di Dapur Infaq Ummah.



 

Tuan Zahir Shah bersama Chef   

                                              

 

Konsep Mini Garden di Dapur Infaq Ummah
Konsep Mini Garden di Villa Ranting


 Aku percaya, sesiapa yang datang ke Villa Ranting ini pastinya akan tertumpu dengan dekorasi nya. Ia bertemakan mini garden. Anda yang pertama kali datang ke Villa Ranting pastinya terpukau dengan kecantikan serta keselesaan di sini. 


Ia mampu memuatkan seramai 200 tetamu dalam  satu masa. Di samping itu, Villa Ranting turut di dendangkan dengan alunan muzik yang mendamaikan bagi menghidupkan suasana berbuka puasa. 



 Harga Buffet Dapur Infaq Ummah di Villa Ranting


EARLY BIRD (SEBELUM 5TH APR 2022 ) : RM40
 
NORMAL PRICE; DEWASA : RM45
KANAK-KANAK: RM35
WARGA EMAS : RM35
 
 
 
 Bagi anda yang ingin berbuka puasa dan ingin beramal, boleh pergi ke Villa Ranting yang di anjurkan oleh Dapur Infaq Ummah. 
 
 
Tempahan berbuka puasa  boleh dibuat melalui talian ;
Tel : 016-8841894


Kunjungi Media Sosial mereka :
 
Facebook : Dapur Infaq 
Instagram : Dapur Infaq Ummah
 


MENU 1

MENU 2

MENU 3

 

HIDANGAN ISTIMEWA

 

Kambing golek dapur arang bersama sos lada hitam

 

HIDANGAN UTAMA

 

1. Nasi Putih

2. Nasi Hujan Panas

3. Mee Hoon Goreng Singapore

4. Sotong Sambal bawang

5. Rendang daging

6. Ayam golek

7. Nangka masak lemak

8. Lala berlada

9. Bubur lambok

 10. sambal balacan/budu/acar buah

11. Ulam-ulaman

12. Pelbagai kurma

 

 

PENCUCI MULUT

 

1. Ice cream with condiment

2. Buah-buahan tempatan

3. Pelbagai Kuih

4. Pelbagai Puding

5. Pelbagai Agar-agar

 

MINUMAN

Air Balang 5 jenis

Air Panas 1 jenis

 

HIDANGAN ISTIMEWA

 

Kambing golek dapur arang bersama sos lada hitam

 

HIDANGAN UTAMA

 

1. Nasi Putih

2. Nasi Jagung

3. Mee Goreng Mamak

4. Ikan Pari Asam Pedas

5. Daging Salai Lemak

6. Ayam Percik

7. Masak Lemak Pucuk Paku

8. Siput Sedut

9. Bubur Lambok 10. Sambal Balacan/budu/acar buah

11. Ulam-ulaman

12. Pelbagai kurma

 

 

PENCUCI MULUT

 

1. Ice cream with condiment

2. Buah-buahan tempatan

3. Pelbagai Kuih

4. Pelbagai Puding

5. Pelbagai Agar-agar

 

MINUMAN

Air Balang 5 jenis

Air Panas 1 jenis

 

HIDANGAN ISTIMEWA

 

Kambing golek dapur arang bersama sos lada hitam

 

HIDANGAN UTAMA

 

1. Nasi Putih

2. Nasi Tomato

3. Mee Hoon Goreng

4. Patin Tempoyak

5. Kari Kambing

6. Ayam Percik Kelantan

7. Masak Lemak Labu

8. Lala Serai

9. Bubur Lambok 10.Sambal balacan/budu/acar buah

11. Ulam-ulaman

12. Pelbagai kurma

 

 

 

PENCUCI MULUT

 

1. Ice cream with condiment

2. Buah-buahan tempatan

3. Pelbagai Kuih

4. Pelbagai Puding

5. Pelbagai Agar-agar

 

MINUMAN

Air Balang 5 jenis

Air Panas 1 jenis

 

 


 

 

MENU 4

 

 

MENU 5

 

HIDANGAN ISTIMEWA

 

Kambing golek dapur arang bersama sos lada hitam

 

HIDANGAN UTAMA

 

1. Nasi  Putih

2. Nasi Arab Mandy

3. Mee Goreng

4. Ikan Bakar Portugis

5. Daging Opor

6. Ayam Panggang Madu

7.Ikan Masin Lemak Nenas

7. Lala Asam Manis

8. Bubur Lambok 10.Sambal balacan/budu/acar buah

11. Ulam-ulaman

12. Pelbagai kurma

 

 

PENCUCI MULUT

 

1. Ice cream with condiment

2. Buah-buahan tempatan

3. Pelbagai Kuih

4. Pelbagai Puding

5. Pelbagai Agar-agar

 

MINUMAN

Air Balang 5 jenis

Air Panas 1 jenis

 

 

HIDANGAN ISTIMEWA

 

kambing golek dapur arang sos lada hitam

 

 

HIDANGAN UTAMA

 

1. Nasi Putih

2. Nasi Tamar Timur Tengah

3. Mee Hoon Goreng

4. Ikan Bakar Sumbat Lada ( Kerisi & Cencaru) + Air Asam @ Kicap Lada

5. Kambing Kerutuk

6. Ayam Masak Lemak Chili Padi

7. Pucuk Ubi Masak Sambal

8. Ikan Keli Berlada

9. Bubur Lambok 10.Sambal balacan/budu/acar buah

11. Ulam-ulaman

12. Pelbagai kurma

 

PENCUCI MULUT

 

1. Ice cream with condiment

2. Buah-buahan tempatan

3. Pelbagai Kuih

4. Pelbagai Puding

5. Pelbagai Agar-agar

 

 

MINUMAN

air balang 5 jenis

air panas 1 jenis

 

Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. Sedapnya tgk menu2 dia. Dah la bagus sambil berbuka sambil beramal

    BalasPadam