24 jam anak-anak aku asyik berzikir nak beli baju sekolah. Asal celik jer mata, tanya bila nak pergi membeli persiapan ke sekolah. Aku bukan apa, sibuk sikit bagaikan di rantai kaki tak boleh keluar rumah dek kesibukan ghostwriting job. Oleh sebab, memikirkan berdosanya aku tidak melayan anak-anak. Pagi Isnin terus aku menerjah ke Pusat Pakaian Hari-Hari Sdn Bhd iaitu cawangan terdekat di Jalan Tun Ismail, Kuantan.
Sampainya di sana, anak sulung aku dah tahu bahagian mana yang nak di tuju pakaian sekolah. Terus dia ke tepi sudut. Tahun lepas pun kami shopping di Hari-hari juga. Hari-hari adalah tempat shopping pakaian sekolah yang aku suka pergi. Ini kerana Hari-hari adalah 'One stop Centre'. Semua kelengkapan sekolah turut di jual di sini seperti baju-baju sekolah rendah, menengah, baju pengawas, pengawas pusat sumber semua jenis.
Jony dan Jeny
Antara jenama utama di Hari-hari adalah Jony dan Jeny. Kualiti pakaian setanding dengan harga yang di tawarkan. Aku memilih saiz 30 untuk baju anak sulungku yang darjah 4. Manakala, anak ke-2 yang darjah 1 memilih saiz 28. Untuk pakaian sekolah, aku suka beli yang besar daripada saiz badan asal anak-anak. Maklumlah, anak-anak akan cepat membesar. Nak jimat, kena beli yang bersaiz besar.
Bagi aku jenama ni bagus sebab mataerial kain dan baju tidak terlalu tebal serta mudah di basuh jika terdapat kotoran degil pada pakaian.
Kasut Hitam
Paling anak-anak suka dengan kasut sekolah di Hari-hari. Kerana kasut ringan dan selesa di pakai. Rekaan kasutnya juga terkini. Aku sendiri tengok pun, berkenan dengan kasut tu sebenarnya, dari jauh tengok terus terpikat. Terima kasih lah kepada Mantan Kementerian Pendidikan Malaysia yang terdahulu iaitu Dr Maslee Malik yang mengeluarkan arahan supaya menukarkan kepada kasut hitam untuk ke sekolah. Bila dengan kasut hitam, mudah lah sikit anak-anak. Tak nampak comot sama sekali dengan kasut tersebut.
Satu ciri yang aku perasan kasut Jony dan Jeny ni, dia cepat kering apabila di basuh. Itu yang anak aku suka.
Layanan Staff di Hari-hari
Dari segi layanan aku suka. Bagaikan raja di sambut baik oleh staff mereka, dan semasa pemilihan barang sekolah pun mereka yang bantu cari. Tambahan lagi, aku dengan anak kecil, jadi amat sukar untuk aku memilih kelengkapan sekolah, staff mereka yang banyak membantu aku. Memang di sini susunan pakaian sangat teratur, mudah je nak cari jika ikutkan.
Hasil shopping di Hari-hari tersebut mereka dapatlah setiap seorang sepasang baju sekolah, kasut, stokin, dan beg sekolah.Malam tu, mereka tidur dengan nyenyak sekali. Puas hati barangan sekolah mereka sudah di beli. Dan, perangai budak-budak selagi tidak sekolah dan selagi itu lah mereka asyik keluarkan barangan mereka.
1 Ulasan
Baju sekolah jony jenny tu berkualiti. Tapi bebudak cepat membesar.
BalasPadam