2 minggu kot, aku mengalami sakit-sakit badan. Maklumlah, aku kan berpantang haritu dek keguguran pada awal April 2022. Hari Jumaat, baru lah aku dapat mencari tukang urut dan berbekam. Alhamdulillah, syukur sangat ya allah. Dengan berbekam dan urutan buatkan badan aku bertambah segar, dan kembali sihat seperti biasa. Asbab berbekam dan urutan juga dengan izin allah.
Nak di jadikan cerita, masa aku sakit tu. 2 orang dah aku whatsapp tukang urut. Semuanya respon lambat, sedangkan aku kesakitan ketika itu. Kesakitan yang tidak tertahan lagi. Dari pinggang sehingga ke kaki. Kemudian, yang terakhir aku whatsapp Kak Farihan. Dia pun respon laju, terus aku minta dia datang pada hari Jumaat. Alhamdulillah.
Badan aku ni pun mengada sangat, bila dapat jer si tukang urut dan berbekam tu. Segala bisa-bisa badan berkurangan. Hahaha. Terus dah boleh tukar daripada mak tersakiti ke title mak terbahagia sebab berjaya mendapatkan si tukang urut dan berbekam.
Urutan Bali di gabungkan bersama Skill Chineese style
Awal pagi Jumaat, lebih kurang jam 8.30 pagi. Kak Farihan sampai di depan pintu rumah. Masa ni suami pun dah pergi kerja. Jadi, takde lah timbul rasa tak selesa kan.
Sampai je Kak Ann ( Juru bekam) , dia terus mulakan dengan urutan terlebih dahulu. Aku ingatkan dia urut biasa-biasa je masa tu. Macam yang aku selalu dapatkan urutan dari tukang urut lain. Rupanya, salah jangkaan aku.
Aku? menjerit juga lah setiap kali kena urut dengan Kak Ann. SAmpai terangkat-angkat juga lah kaki aku. Korang tahu kenapa? Kak Ann dia tahu kat mana tempat aku sakit tu. Sebab dia tahu titik point yang berkaitan. Ya allah, semua point yang di tekan tu, semuanya tempat aku sakit wei.
Point yang aku sakit
Dia mulakan urutan di bahagian kaki terlebih dahulu. Sedapnya ya allah masa ni. Sebab aku tengah sakit kan? Rasa lega sangat. Part kaki aku paling banyak sakit. Dan, Kak Ann juga memberitahu ku bahawa ibu jari kaki yang aku sakit tu adalah berkaitan kepala. Ya, aku mengaku memang kepala aku sakit sewaktu aku berpantang tempoh hari.
Bawah ketiak aku pun dia tekan, ya lah. Bukan tekan kosong, mestilah sambil urut. Situ pun ada satu point, iaitu dimana masalah berkaitan tangan. Serius wei, tangan aku memang ada masalah. Cepat lenguh dan rasa tegang. Katanya lagi, jika dia tekan titik point tu. Akan ada getaran berlaku ( ala, macam enset korang vibrate tu) , ia bermakna kesakitan yang teruk dan merbahaya. Tapi aku, mujur lah takde getaran tu.
Bahagian leher tepi aku pun dia usik juga. Allahuakbar! Sakit gila. Sampaikan berbunyi sewaktu titik point di tekan. Memang sakit. Jika korang nak tahu, aku kebelakangan ini kerap tegang di bahagian leher sebelah kanan. Ya allah, mujur lah dapat di urut serta dapat di kesan awal, jika tidak. Wallhualam..
Pinggul aku pun dia usik. Memang nak menjerit sambil nak tendang je rasanya sewaktu dia tekan. Memang situ punca aku sakit yang membawa ke hujung kaki. Maklumlah, aku kan berpantang keguguran hari tu. Apa yang aku rasa, selepas aku lakukan proses di Hospital. Terus aku mengalami kesakitan yang maha dasyat. Aku rasa, mungkin urat aku salah start dari sini. Rasa macam bengkak pula. Selepas berjaya Kak Ann tekan dan lakukan urutan bahagian tersebut, barulah rasa sakit nyeri di bahagian pinggul hilang. Seriously wei.
Dan, satu lagi ya allah. Dia juga urutkan aku di bahagian kepala. Atas kepala tu ada satu point. Dia usik dan urut, terus rasa macam darah tu berjalan lancar. Kemudian, dia juga lancarkan darah di aliran muka aku. Iaitu dia tekan point di kedua belah kening. Um, seronoknya masa ni tau.
Kesimpulannya, urutan yang Kak Ann lakukan keatas diriku sangat berbaloi. Bukan urutan kosong. Tapi di akhir urutan tu dia bagi satu petua untuk aku betulkan kembali pinggang aku yang lari sebelah kiri. Satu lagi, urutan Kak Ann ni nampak bagus. Semua titik point dia tahu, sebab dia pun belajar dengan bos dia chineese. Jadi, memang lah best. Urutan bali spa gitu. Satu lagi, urut dengan Kak Ann ni tidak meninggalkan kesan lebam pada kulit customer. Kan biasanya, jika orang yang urut tidak mahir akan menjadikan tubuh badan pelanggan akan menjadi lebam-lebam selepas urut.
DOA KETIKA SAKIT
Doa ini boleh di baca ketika mengalami kesakitan tubuh badan. Termasuklah macam sakit bahu aku tu.
Bismillah tiga kali, lalu bacalah “A’uudzu billahi wa qudrotihi min syarri maa ajidu wa uhaadziru” (Aku berlindung kepada Allah dan kekuasaanNya dari keburukan yang sedang aku rasakan dan yang aku khawatirkan)” (HR. Muslim).
BERBEKAM TANPA PERLU MENCUKUR RAMBUT
Dah alang-alang Kak Ann ada servis bekam. Aku pun terus lah cuba servis berbekam Kak Ann ni. Masa ni aku dah ketakutan. Bukanlah aku ni tak pernah berbekam. Tapi, Kak Ann cakap dia guna mesin untuk berbekam. Ha sudah! Lagi lah takut. Aku dah menggigil. Dalam hati, aku dah nak cakap ‘cancel jerlah bekam’. Tapi, cepat-cepat aku twist mindset aku ni. Yang mengatakan bahawa, lagi sakit bersalin. Hahaha. Jadi, aku terus proceed dengan bekam.
Jenis aku, kalau dah nak berbekam tu. Terus lah aku ambil full body bekam. Nak sakit, sakit sekali je. Tak nak berulang kali berbekam. 22 cup untuk full body bekam.
PERALATAN BEKAM
Ada satu mesin di gunakan untuk menyedut, cup pelbagai saiz, dan pen jarum. Dalam melakukan proses berbekam, pisau langsung tidak di gunakan. Itu biasanya apa yang kita selalu fikirkan dalam kepala kan? langsung tiada adegan torehan berlaku ya.
Kak Ann akan lakukan urutan dengan tanduk kerbau [ guasha, boleh rujuk gambar diatas ] terlebih dahulu, sebelum proses bekam di lakukan.
Aku rasa, wow sangat! Pertama kali kot, juru bekam macam ni. Masa ni, aku dah rasa professional nya dia. Sebab jurubekam lain takde, Kak Ann je ada. Dengan cara begini, darah seluruh tubuh dapat dilancarkan.
Bukan sekadar nak lancarkan darah sahaja proses tu di lakukan, tapi akan timbulnya bintik-bintik merah di Kawasan bermasalah. Iaitu dimana Kawasan yang perlu di bekam.
Dah siap tu, dia terus lakukan bekam. Di sapu terlebih dahulu dengan ubat aspirin kot. Lepas tu cup bekam di pasang ke seluruh belakang badan ( bahagian yang di perlukan sahaja ). Di biarkan beberapa minit, kemudian pen jarum di tekan ke cup tersebut ( cup tadi di cabut ). Sakit? Tak. Cuma pedih jerlah. Tapi tak lah pedih macam kena toreh orang bersalin tu tak lah.
Perbualan aku bersama Kak Ann sebelum berbekam:
“Nak kena cukur rambut ke ni?”
Dah aku ambil pakej full body bekam. Maksudnya, aku pun kena bekam kepala juga. Masa ni aku pun dah cuak.
“Eh, tak lah. Saya gunakan mesin ni. Dengan adanya mesin, kita dah tak perlu botakkan rambut. Teknologi baru dalam berbekam ni.” Terang Kak Ann sambil tersenyum.
Paling aku tertarik mengenai bekam kak Ann, dia bekam di bahagian yang bermasalah termasuklah di point peranakan. Masya allah, tabarakallah. Hasilnya aku sihat-sihat selepas berbekam. Dan, apa yang Kak Ann beritahu aku ialah darah beku keluar di bahagian betis, leher, dada belakang, peranakan dan pinggul. Maksudnya itu semua yang bermasalah. Di bahagian lain semua darah cair termasuklah di kepala aku tu.
Apa yang dapat aku simpulkan mengenai berbekam adalah ianya bagus. Sangat-sangat bagus untuk kesihatan. Aku sebagai pelanggan Kak Ann, setelah di bekam. Darah beku aku dapat di keluarkan. Yang selama ini berada dalam tubuhku, juga menjadi penyebab utama dada terasa berat sebelah kiri. Pernah satu hari, aku nak Tarik nafas tapi tak puas. Aku sakit, rasa kat paru-paru kot. Tapi selepas berbekam ni. Masya allah, tabarakallah. Aku dah boleh bernafas seperti biasa. Iaitu sebelum aku di vaksin. Kembali normal untuk aku bernafas. Dada kiri pun dah tak berat lagi. Selepas ni, aku akan berbekam lagi jika alami masalah yang sama.
Haritu nak menangis sebab tak mampu nak berdiri lama sewaktu solat. Pinggang sakit dan tapak kaki sakit sangat. Selepas dapatkan khidmat bekam dan urutan Farisyah, dengan izin Allah. Aku kembali sihat.
Syukur ya Allah. Lagi satu, masalah nafas jadi pendek dan berat dada sebelah kiri pun selesai. Selepas berbekam, darah beku keluar di kawasan bekam yang bermasalah. Ya Allah, bulan Ramadan ni Allah datangkan ujian Allah juga temukan penyelesaian..
PAKEJ URUTAN DAN BERBEKAM DI KUANTAN
Urutan Tradisonal wanita (1jam30min)......RM120
Urutan Tradisonal wanita (2jam)......RM150
-free urutan seri wajah
Urutan Bali 'relaxing' (1jam30min)......RM100
-free urutan seri wajah
Urutan Refleksologi (1jam)......RM 50
Urutan Refleksologi (1jam30min)......RM 90
Bekam darah full body......RM 120
Bekam darah half body+kepala......RM 100
Bekam darah (migrain)......RM 80
Bekam seri wajah (resdung&jerawat)......RM 80
Bagi aku, jika korang yang ada masalah yang sama. Seeloknya, lakukan urutan dan berbekam. Baru lah hasilnya kita nampak. Puashati! Badan nak pakai lama kan? apa lah salahnya laburkan duit korang tu dengan berbekam dan buat urutan. Badan pun kembali sihat, dengan izin allah. Eh, aku sungguh tak perasan sebenarnya aku berbekam pada hari Jumaat. Iaitu di mana hari yang baik penghulu segala hari. Dan ikut juga sunnah berbekam.
Yang masih mencari juru bekam dan urutan di sekitar Kuantan, boleh hubungi : 0133116300 atau klik link ; Juru bekam dan Urutan Bali Spa
Facebook : Farisyah Home Spa
Rasai Urutan Bali Spa dan bekam terus ke rumah anda! Kak Ann juga Juru bekam berpengalaman dalam bidang selama 5 tahun. Beliau juga adalah salah seorang pekerja Spa terkenal di Kuantan.
1 Ulasan
kalaulah kak ann tu ada di KL alangkah indahnya. Payah betul nak dapat tukang urut yang betul
BalasPadam