Keguguran kali kedua dalam sejarah hidupku. Tapi kali ini, aku di uji dengan covid19. Boleh di katakan juga, keguguran kandungan ku di asbab Covid19. Semuanya ujian allah untuk aku dan keluargaku hadapi dalam bulan Ramadan.
Disahkan mengandung!
Aku di sahkan mengandung kandungan ke-6 adalah bulan Januari 2022. Masa tu, aku dah lewat period seminggu. Terus beli upt test, dan betul. Aku kini berbadan 2. Seronok bukan main, terutamanya anak-anak aku yang tiga orang iaitu Sara, Soffea dan Furqan. Masing-masing berumur antara 10, 7 dan 6 tahun. Paling bongsu ialah Yusuf 2 tahun.
Sebelum aku di sahkan mengandung, Yusuf dulu yang boleh detect akan berita kehamilan aku tau. Dia merengek-rengek je. Mungkin sebab dia dah tahu dalam rahim ku ada satu janin kecil yang menumpang. Maka, dia pun manja lain macam.
Jaga Sensitiviti Orang sekeliling dengan Berita Kehamilan
Sepanjang aku mengandung, aku tidak kecoh di media sosial. Sebab aku faham perasaan rakan-rakan yang dalam TTC dan juga mereka yang keguguran sewaktu mengandung dan hampir melahirkan zuriat. Jadi, apa sebab aku perlu kecoh di media sosial. Aku pun pernah merasai kesakitan mereka. Jadi, aku rahsiakan akan berita gembira ini daripada kawan-kawan.
Lagi pun, aku pun tidak berharap sangat. Sebab sebelum ini pun pada tahun 2021 iaitu bulan august dah pernah keguguran.
Contact Rapat
Close contact daripada suami ku sendiri. Walaupun aku setiap hari keluar rumah mengambil anak-anak pulang sekolah, namun aku menjadi close contact rapat kepada suamiku yang bekerja. Itu lah, semuanya sudah tertulis. Ada satu pagi, suami bangun untuk solat subuh. Dia menjerit kesejukan dan terbersin tanpa henti pada pagi Jumaat, 2 hari sebelum umat islam menyambut puasa.
Kurang 24 jam, suami ku telah mengalami sakit-sakit pinggang. Dan, dia melakukan ujian kit test air liur. Keputusannya adalah positif! terus aku kuarantin kan suami dalam satu bilik berasingan dari anak-anak dan diriku.
Suami ku pula bekerja dengan orang ramai dan sering memasuki site untuk kerja-kerjanya. Sini lah punca utama dia mendapat virus covid19.
Tanda-tanda terkena Virus Covid19
Hari pertama;
Badan panas. Kejap panas, hilang dan panas kembali. Keesokan harinya, okay sihat. Ingatkan perubahan bila mengandung, orang cakap lain kandungan lain rasanya.
Hari ke-2
Tekak mengerik, rasa macam ada sesuatu kat tekak. Batuk tiba-tiba. Air hidung laju turun, di sertai gatal hidung.
Hari ke-3
Tapak kaki sakit, leher tegang, kepala rasa sakit nak meletup waktu malam.
Malam tu juga sakit pinggang dan belakang badan. Pendek kata semua sendi sakit.
Dah telan Panadol aktif, lega. Tapi pinggang sakit.
Masa tu dah spotting. Tiap kali batuk, spotting dari warna coklat sampai ke fresh blood masa tu.
Naluri seorang ibu mengandung:
"Abang, sakit giler pinggang malam ni. Rasa sakit tu merayap betul-betul kat rahim ayang."
Masa virus Covid19 menyerang sendi, sampai ke perut dia serang. Bawah abdomen semua terasa tegang. Sekeliling perut, depan dan belakang.
"Esok abang call klinik Wyko tanya. Kalau boleh, kita scan sekali." Ujar suamiku ringkas.
Panik bercampur hilang ingatan barangkali dek penangan Covid19. Suamiku terlupa, kami dalam kuarantin. Jadinya, kena tunggu kuarantin tamat baru boleh bergerak kemana-mana.
Hari ke-4
Waktu kejadian bleeding.
Perut mengalami kesakitan yang amat dasyat sebenarnya. Hari ke-2 dah sebenarnya sakit perut seperti nak membuang, tapi pagi semalam tu rasa tak tertahan nak membuang air besar.
Masuk je tandas, buang hajat. Kemudian, darah penuh dalam mangkuk tandas. Atas lantai pun ada. Aku hampir gelap mata masa ni. Yang paling aku takut darah tu mengalir macam air paip sampai ke kakiku. Macam dalam drama seram pun ada masa ni.
Aku hampir nak pitam masa tu. Kuatkan semangat demi anak-anak.
Oleh sebab kes emergency, suami yang kuarantin positif terpaksa kejarkan aku ke bahagian kecemasan. Sebab dah bleeding teruk, risau nyawa aku melayang je. Nak tunggu ambulans, takut lambat.
Alhamdulillah, sampai juga hospital masa tu. Kain batik dengan darah-darah sekali pergi. Pad dah tukar 3 kali masa sebelum ke hospital. Sebab darah turun memang betul macam air paip, aku terbatuk je keluar darah tu sampai ke tumit mengalir darahnya. Kalian bayangkan lah.
Bahagian Kecemasan dan Trauma Htaa,Kuantan
Sampainya aku di bahagian kecemasan, aku terus di masukkan ke bahagian kritikal. Urin di ambil, serta darah. Staff di sana sudah standby untuk sebarang kemungkinan berlaku dengan darah aku turun tidak berhenti.
Sedang aku ke tandas, tiba-tiba satu ketulan besar yang keluar. Ha, aku masa tu dah menangis. Aku fikir bahawa, ketulan itu adalah janin yang tidak jadi.
"Gedebuk! bunyi sesuatu terjatuh atas mangkuk tandas. Saiznya lebih kurang anak tikus yang baru lahir. Aku dah hampir nak pitam lagi sekali, tapi berbekalkan semangatku yang kuat tak jadi pitam.
Terus aku keluar dari tandas, dan tunjukkan sample tersebut kepada nurse dan doktor perempuan yang berada di situ.
Maaf gambar agak meloyakan tekak..
![]() |
4 Ulasan
kenapa kita yang nangis.. Get well soon akak.. T^T.. semoga baby akak tunggu akak dipintu syurga.
BalasPadamAllahumma aamiin. Terima kasih atas doanya. Moga Allah kurniakan yang baik-baik buat awak sekeluarga
PadamAllahuakbar ina, sebak juju baca. Subhanallah. Besar ujian ina, semoga ina tabah tau. InsyaAllah, ada hikmah rezeki baik² selepas ini Allah nak kurniakan pada ina sekeluarga. Aminnn.
BalasPadamHugsss ina!
***juju pun baru² ni ada share di blog setelah 10 thn ttc... itu pun share ttg keajaiban keesaan Allah ttg rezeki yang tak dijangka setelah redha. Tetap menjaga ayat tatasusila menghormati rakan² yg sedang berjuang ttc. InsyaAllah, niat baik, pembaca faham isi tersurat kita.
Jaga diri ina.
Insha Allah. Betul Juju. Setiap kali Allah datangkan ujian kepada kami. Sekejap Allah akan gantikan rezeki lain. Hadza min fadhli rabbi. Tapi tulah, Allah beri dan tarik kemudian memberi kembali rezeki lain. Alhamdulillah, bila reda, Allah gantikan segera.
Padam