9 Tips Elak Isteri Stress sebagai suri rumah

    Sepanjang minggu isu suri rumah tangga iaitu isteri stress, depression dan sebagainya. Kerap berlegar di wall facebook mahupun di TikTok. Isu ini dikatakan sangat serius jika tidak di kawal. Mungkin boleh terjadinya kes bunuh diri jika terlampau kronik. Pernah satu ketika aku di fasa tersebut, rasa seakan hidup ini berada di pengakhiran sebaik sahaja bertukar status dari bekerja kepada suri rumah sepenuh masa.  

Suri rumah tangga adalah isteri yang tidak bekerja di pejabat. Namun, ganjarannya amat besar di sisi Allah. Ini kerana bekerja menguruskan hal rumah tangga dari melayani anak-anak dan juga suami. Hampir semua suri rumah tangga adalah tidak bekerja dan bergantung sepenuhnya dengan suami. 

Suri-rumah-stress-murung

    Sejak tahun 2012, aku dengan rela hati berhenti kerja dengan pendapatan suami RM 1,200. Ditambah pula mempunyai seorang zuriat. Sebenarnya, suami tidak yakin apabila aku berhenti kerja. Risau tidak boleh menampung kehidupan, tapi aku percaya. Aku berhenti kerja di sebabkan allah dah susun cantik perancangannya ketika itu.

 

    Kami di uji dengan anak COLIC, iaitu sejak lahir sehingga usia 7 bulan menangis. Masalah untuk aku fokus kerja apabila mempunyai anak dengan masalah begini. Di hantar ke pusat jagaan nursery, mereka pun tidak sanggup. 6 hari sahaja di Nursery tersebut, kemudian mereka memberikan anak ku nestum sewaktu usia 3 bulan. Jadi, tidak mahu merisikokan nyawa anakku, maka berhenti lah kerja. 

 

    Hilang pendapatan aku sebanyak RM 1,300 sebulan sebagai seorang kerani bengkel kereta pada tahun 2012. Walaupun sakit menerimanya, aku reda sebab dapat jaga anak sulung ketika itu. Sangat berpuas hati, masa ni aku dah mula bisnes online dengan duit simpanan kerja. Alhamdulillah, cuma ya lah. Suami aku tidak yakin dengan pendapatan aku ketika itu. 

 

Di hina sebagai isteri yang tidak bekerja

    Berstatus sebagai isteri yang tidak bekerja dan hanya menjadi suri rumah. Aku pernah di pandang hina oleh orang sekeliling ketika itu. Sehinggakan bisnes aku terganggu, kesan emosi tersebut mengganggu aku untuk fokus dalam bisnes. Betapa rapuhnya emosi aku. Berlinang juga airmata 24 jam. 

 

Apabila berstatus suri rumah, sudah tentu lah nampak comot je aku ni. Bukan duit nafkah suami tidak beri, faham jerlah dengan gaji suami banyak tu. Dengan sewa rumah lagi perlu di bayar setiap bulan beserta bil utiliti lain. Lagi stress suami aku ketika ini. 

 

     Apa yang aku perasankan bila bergelar suri rumah, seolah aku di layan seperti kain buruk. Betapa hinanya aku. Comot pula sebab tidak mampu nak menghias diri, nak membeli kelengkapan diri tak mampu apatah lagi nak ke Spa, sebab duit yang suami beri pun banyak di laburkan kepada anak. Entahlah.. walau barangan anak suami dah belikan. Tapi naluri ibu ni lain, nak terbaik untuk anaknya.

 

 Semakin Kuat Ujian sebagai isteri dan stress

    Perkahwinan memasuki ke usia 5 tahun, sewaktu mengandungkan anak nombor 2 iaitu Soffea. Emosi semakin rapuh, tambahan sedang berbadan 2 ketika ini. Dah tidak menetap di rumah sewa yang bulanan sebanyak RM 500. Rezeki tahun 2013, kami berpindah masuk ke rumah baru hasil titik peluh suami. Syukur!

    Sedang kami bergembira, perkahwinan kami di uji. Suami pula sakit. Tiba-tiba di serang sakit misteri! suami di serang sakit ini sewaktu sedang bekerja. Rakan suami terus membawa ke bahagian Kecemasan di HTAA ( Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan ). Suami mengalami kesukaran bernafas serta terus di lakukan ujian mengesan masalah jantung. Tapi semuanya okay. Hampir 1 tahun lebih barulah bertemu punca sakit, rupanya suami terkena GERD. Korang boleh baca di sini > Hampir putus nyawa akibat GERD!

    Selama suami sakit, aku kan mengandung. Sampaikan bleeding hampir sebulan, memang pengalaman menakutkan sewaktu mengandung. Hampir setiap hari aku di mainkan emosi oleh orang terdekat. Bisnes masa ni entah ke mana. Hancur!  hilang sumber pendapatan sebab terlalu fikirkan emosi. 

 

Aku Reda, aku dapat

Allah sebaik perancang, tahun 2020 aku di bukakan pintu hati untuk lebih serius dalam bidang penulisan. Sebenarnya sejak tahun 2016 dah jadi blogger cuma menulis syok sendiri jer. 2018 berjumpa dengan Kelab Blogger Ben Ashaari sebab serius nak jadi penulis. Tapi tu lah, walau jadi penulis blog sahaja feel tu tak sampai. Sebab aku berkeinginan untuk menjadi seorang penulis tidak dikenali, aku tidak mahu mengejar populariti.

    Berbekalkan semangat aku yang kuat, aku buat lah research sana sini. Aku cari macam mana nak buat duit dengan menulis. Akhirnya berjumpa lah dengan Kelas Ghostwriter tu. Sungguh tidak sangka, ini lah yang aku idamkan selama ini. Aku tak nak popular, kalau boleh aku nak menyorok muka ni tau. Biar penulisan aku ni jer orang baca.

    Minat aku menulis untuk orang lain. Satu kepuasan apabila aku menulis bagi pihak orang lain iaitu client yang memerlukan. Sebenarnya, allah dah susun cantik perancangannya. Tengok lah blog aku, nama pun ehbelogaku.com aku tak letak pun nama betul di blog. Sebab nak rahsiakan identiti kononnya.  Blog ni dahulunya aku menulis cerita seram. Tiba-tiba ada yang request nak beli cerita aku, terus lah aku berminat dengan menjadi penulis yang lebih serius. 

 Dari kisah aku ni, korang suri rumah boleh lah jadikan pengajaran.

 

 9 Panduan untuk elak isteri stress sebagai suri rumah tangga sepenuh masa

 

1. Kuatkan semangat

Walau apa jua keadaan, korang kuatkan semangat. Nak menangis, menangis lah. Ingat allah masih ada. Jika tiada bahu untuk menumpang menangis, masih ada sejadah dan lantai untuk bersujud. Menangis lah sepuasnya di tikar sejadah. Bangun lah di satu pertiga malam, di saat orang lain tidur kita meminta kepada allah. Lakukan solat taubat, tahhajud dan solat hajat. Diikuti membaca al-quran. 

Perbanyakkan membaca surah Al-Kahfi, kerana kadang-kadang isteri yang stress kerap menghadapi  kecelaruan emosi. Sama ada rasa tidak berguna dan rasa menjadi beban kepada suami.

2.  Sabar 

Apa jua orang sekeliling hina dan mengeji kita. Abaikan, korang dengar sahaja. Dan jika boleh maafkan mereka dan janganlah berdendam. Kerana bila mana kita berdendam, kita sama sahaja seperti mereka. 

3. Jangan simpan dendam 

Ya. Ini nampaknya sangat berat. Tapi percayalah, jika korang padamkan rasa dendam dalam diri. Hati tidak terbeban. Hati korang akan rasa selesa, lapang dan mudah untuk  menerima berita baik. Lagi pun berdendam akan memburukkan lagi keadaan korang, buang sikap negatif okay! 

4. Berjanji kepada diri sendiri

Berjanji lah kepada diri sendiri, bahawa korang terima seikhlas hati dengan ujian allah ini. Korang reda dengan ujian, satu persatu allah akan hadirkan sesuatu yang di luar jangkaan.  Ya, reda tu memang sukar mahu perolehi, tapi percaya lah. Belajar berdamai dengan diri sendiri.

5. Cari Minat 

Para isteri jangan kata stress lagi, cuba korang cari minat yang mampu mendatangkan pendapatan. Secara tak langsung korang dah tak stress lagi, duit pun sentiasa ada untuk kegunaan diri sendiri. Nak lagi jimat, gunakan kemahiran yang ada sebagai modal bisnes. Sebagai contoh, korang mahir menjahit. Ambil upah menjahit pakaian dewasa, kanak-kanak dan bayi.

6. Belajar Memandu Kereta

Korang stress lagi sebagai isteri yang tidak bekerja? apa kata, korang belajar memandu. Apabila mahir memandu, korang dah tak stress berada di rumah. Boleh memandu ke mana sahaja, tanpa menunggu suami yang bawakan. Tapi pastikan, korang minta lah izin daripada suami sebelum keluar. 

7. Jangan Kedekut

    Korang dah senang dan mempunyai pendapatan sendiri, tapi jangan lupakan suami. Belanja juga anak-anak sesekali dengan pendapatan suri rumah yang bekerja dari rumah. 

8. Jangan Pendam

    Sebagai suri rumah yang tiada kawan. Suami lah kawan kita untuk bersembang bukan? apa kata korang bersembang dengan suami tu. Adakan masa untuk bersembang berdua. Takde masa? sebelum waktu tidur, bersembang lah dulu dengan suami. Luahkan rasa apa hari ini, dengar juga luahan hati suami. Sebab itu di sarankan, suami isteri jangan pisahkan tempat tidur. Ini pun salah satu tip bahagia suami isteri. 

9. Lain - lain 

Kerja mengemas rumah dan anak-anak sang suami juga perlu mainkan peranan ini bersama. Jadi kurangkan stress suri rumah. Dan, suri rumah jangan paksa diri untuk lakukan kerja rumah sehingga sakitkan badan. Ambil masa juga untuk berehat ya. Sayangi diri, kerana jika tidak sayangi badan kita. Terabai lah segalanya. Baik diri sendiri, rumah tangga dan tanggung jawab sebagai seorang ibu. 

 

Self love iaitu hargai diri anda sendiri. Jadi suri rumah silakan 'reward' diri sendiri. Sebagai contoh manjakan diri dengan pergi ke spa, shopping, jika kekurangan duit boleh lakukan window shopping. Cara ini pun boleh tenangkan fikiran sebenarnya. Serta melakukan senaman demi kesihatan diri sendiri dan bukannya kerana orang lain.

 

    Baiklah, setakat ini sahaja perkongsian kisah dan panduan yang boleh di amalkan oleh isteri sebagai suri rumah yang sedang stress di luar sana. Selain daripada itu, sifat reda juga perlu di tanamkan dalam diri untuk elakkan pelbagai lagi perkara yang boleh mendatangkan sifat tidak bersyukur dengan apa yang kita miliki hari ini.  Lahirkan rasa syukur dengan cara betul

 

    Tabarakallah. Kini, kehidupan ku lebih baik dari sebelumnya dengan izin allah. Aku juga masih berstatus suri rumah sepenuh masa, cuma masih juga tidak bekerja di pejabat seperti kebanyakan isteri di luar sana.  Kini, aku bergelar penulis upahan atau ghostwriter yang masih baru 2 tahun dalam bidang ini. Walaupun tidak bekerja pejabat, aku masih mempunyai pendapatan sehingga 4 angka sebagai seorang penulis upahan. Namun begitu, allah berikan aku keseronokan bersama anak-anak serta suami tanpa stress sebagai seorang isteri yang tidak bekerja di pejabat.

 


Ikuti aku di platfrom media sosial di bawah juga untuk info dan cerita :  
 Facebook :  Nor Azlina Mohd Ali
LinkedIN  :  Nor Azlina Mohd Ali
Whatsapp  :  Perlukan penulis upahan?

 

 

 

 

 

 

Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. Harap one day Ai dapat juga jadi suri rumah tapi dengan kewangan yang kukuh.

    BalasPadam