Stress Kebelakangan ini

 Level stress tiba-tiba mengetuk minda aku beberapa hari ini. Entah lah, mungkin ada beberapa faktor di sekeliling. Cerita kali ini, hanya rojak sahaja. Sebab nak kikis apa yang membelenggu selama dalam fikiran.

 

Artikel sebelum ini, ada aku kongsikan mengenai 9 Tips elak Suri Rumah Stress   .


    Serius sangat kot stress aku kali ini, sampai suami aku sendiri faham stress yang aku alami. Dengan anak-anak ada sahaja mengadu kepada aku setiap hari selepas waktu sekolah. Ceritanya anak mengadu, alatan sekolah sering tidak di pulangkan oleh rakannya. Dah aku usulkan kepada cikgu kelasnya, tapi tu lah budak-budak. Dan anak aku ni pula Soffea seorang yang suka merengek. 

 

 

 

stress-kebelakangan-ini



 

 

    2 kali dia mengadu kata alatan sekolah nya hilang aku boleh terima lagi. Aku belikan, tapi kalau setiap hari. Ohhhh, mati lah aku macam ni wei. Sampai satu tahap, aku suruh dia mengadu kepada ayahnya pula. Hahaha, baru lah suami tu tahu macam mana stress mama dia melayan. Sejak Soffea di pindahkan ke kelas berlainan, dia jadi macam ni tau. Fuh~


    Anak aku yang satu lagi, cikgu memarahi anak sulung. Kerana kerja sekolah tak siap. Walhal ketika itu, kami satu keluarga di jangkiti covid dan aku keguguran. Dengan itu, anak-anak aku ketinggalan mata pelajaran yang banyak. Semasa anak aku kena marah tu, ada lah seorang budak kelasnya back up anak. Dan cikgu pula memarahi pelajar tersebut. Adehh~ macam ni ke sikap  seorang guru? 


 Yang aku marah sangat dengan cikgu ni, adalah kerana dia kaitkan kerjaya aku penulis dan anak yang tidak siap kerja sekolah. Itu yang aku angin. Ikutkan aku, nak je whatsapp cikgu tu. Tapi tak mahu keruhkan lagi keadaan. Cuma yang tak best, emosi anak aku lah terjejas. Bergenang je airmata semasa dia pulang dari sekolah tu. Suami aku, dia malas nak melayan. Katanya, small matter je hal sekolah anak. Errr, lelaki memang macam ni ea?


Period pun effect sekali, dek stress


    Aku rasa masalah aku bertambah-tambah. Apa lah nasib aku kebelakangan ini, sehinggakan aku sendiri pun jadi effect kepada period aku. Selepas bulan April 2022 aku keguguran, period selepas keguguran aku menjadi 14 hari. YA allah! dan aku mengambil keputusan untuk solat sahaja, memandangkan aku syak ianya darah istihadah. Selepas hari ke-14 baru lah period tu stop betul-betul. Aku dah fobia dengan period lama-lama ni. Risau kisah aku keguguran yang darah turun macam air paip tu jer. 


    Mujur lah period dah berhenti. Ikutkan nak je cari daun sireh bertemu urat. Orang tua cakap, itu ubat untuk hentikan darah istihadah. Masya allah, belum cari dah berhenti. Syukur lah, bila dah badan bersih baru lah rasa tenang jer. Rasa berdosa betul bila tidak solat lama-lama ni tau. Rasa macam jauh betul dari ajaran islam. Tidak boleh melakukan solat dan juga membaca al-quran. 


Benda bergayut di bahu


    Stress aku ni, sehinggakan kepala sakit dan urat leher tegang pula. Kata anak ku yang sulung, dia nampak ada benda bergayut di leher aku. Entah lah, tapi itu lah. Rasa memang sakit gila-gila masa tu. Syukur badan aku dah bersih. Mungkin aku kurang berzikir sewaktu period, maka benda-benda halus mudah hinggap pada aku.



Syukur di kurniakan suami yang memahami. Suami reward kami sekeluarga. Kali ini bermalaman di Awana Resort Kijal, Kemaman. Walau sekejap, tetapi ia amat berbaloi bagi aku. Cuma tidak habis lagi teroka di Resort tersebut kerana terlalu banyak aktiviti di sana. 

 

    Sambil bercuti tu kan, sempat lagi aku bawa buku nota. Kot ada ilham mncurah sewaktu di sana. Hampa sama sekali, resort terlalu best. Lagi pun aku dah setting awal dalam minda ni nak bercuti. Jadinya, ilham semuanya membeku dalam minda. Nak siapkan cerpen seram, takde ilham yang keluar pula. Yang ada, aku dengar suara budak je sayup-sayup menangis. 

 


      

Ikuti aku di platfrom media sosial di bawah juga untuk info dan cerita : 
 
 
 

Catat Ulasan

1 Ulasan