Cantikkan diri sebagai Terapi.

     Dah nak Raya, tidak di nafikan semua wanita nak cantik. Termasuklah aku sendiri. Selain membeli kelengkapan raya, rawatan muka tidak juga di lupakan para wanita. Tercetusnya aku untuk menerima rawatan spa adalah disebabkan suami. Dia cakap, tak payah lah mekap-mekap tebal. Jadi, terus aku melangkah kaki ke Spa Muslimah yang terletak di Kuantan.

 

 

treatment-muka

Nah, ni gambar selepas 6 hari buat treatment Dragon Blood tu semua. Untuk hilangkan jeragat, kena datang ulang treatment. Tapi aku puashati juga, sebab pakej yang aku pilih tuu, nampak perubahan wajah dan pipi aku naik lah sikit. Ni aku tak guna foundation, hanya blusher, lipstick dan eyeshadow.  sahaja.


Seminggu sebelum appointment, aku dah pilih pakej. Ikutkan hati, aku nak ambil satu jenis je tau. Bukan apa, aku tiada masa nak berlamaan di Spa. Memandangkan anak-anak aku bersekolah. Setelah perbincangan 2 hala. Aku memilih pakej Raya. Pakej tersebut mengambil masa selama hampir 5 jam. 


    Masa ni, suami belum gaji. Jadi, aku guna je duit sendiri. Ada sedikit simpanan aku sebagai Ghostwriter. Pakej aku ambil tu RM 199 selepas OFFER RAYA, kalau tidak mahu ke RM 399. Terdapat 4 jenis rawatan dalam pakej pilihan Moh Raya. Iaitu Detox facial, Dragon Blood, Led Mask dan Dermaplane. 


    Apppointment pagi tu aku adalah orang pertama. Seawal jam 8.30 pagi aku bergerak dari rumah bersama anak bongsu, Yusuf. Semasa sesi treatment di jalankan pada jam 9 pagi, nasib baik lah Yusuf tidak meragam. Nasib awak memahami mama. Yusuf berdiri je di tepi katil, melihat mama dia menerima treatment muka. Dan sesekali tu aku letak dia di sebelah ku turut berbaring. 


    Sebelum aku nak dapatkan treatment ni, suami tidak percaya. Betul ke bini aku ni macam ni? last aku pergi spa adalah 3 tahun lepas kot. Berhabis sebanyak RM 300, Spa di tengah bandar kuantan ketika itu. Oleh sebab suami tidak percaya, dia senyap jerlah. Pagi sebelum suami ke tempat kerja, aku meminta izin dia terlebih dahulu. Minta restu suami, alhamdulillah. Dia izinkan aku asalkan beritahu nak kemana. Tapi, kena lah drive sendiri. Hahaha. 


    Berbalik kepada treatment tu. Aku rasa best pula, rasa hilang segala penat dan stress serta ujian yang aku lalui awal bulan iaitu keguguran kali ke-2. Best lah muka kena belai, urat muka pun tidak lah tegang je memanjang. Walau dah pernah merasa ke Spa, tapi percayalah setiap kali pergi memang hilang semua rasa tu. Setiap kali pergi spa, memang berlainan pengalaman yang dapat dirasai. 

 

     Tabarakallah alhamdulillah, rezeki juga waktu aku lapang ketika ini. Jadi boleh lah berlari sekejap untuk cantikkan diri ni. Jika tidak, waktu aku terhad juga sebagai ghostwriter dan suri rumah yang kena ambil anak dari pagi sehingga ke tengah hari. 

 

    Treatment pertama adalah Detox facial. Yang ni rasanya, semua spa ada sediakan servis ni. Sebab dia cuci muka dan buang blackhead serta white head sebelum melakukan lain-lain servis. Best! sebelum blackhead dan white head di buang, perlu steam muka terlebih dahulu. Kemudian, baru lah mudah proses black head tu semua dibuang. 


    Seterusnya, treatment dragon blood pula. Aku dah risau masa ni, dragon blood? kena guna darah sendiri ke masa ni. Risau lah bulan puasa ni kan? hahaha. Jakun lah sekejap. Rupanya, dia menggunakan serum yang berasaskan pokok. Serum tu berwarna purple. Di oles serum ke muka aku ni, dah siap terus dia pakaikan aku mask dan duduk di bawah LED mask tu. Lama lah juga duduk bawah mesin tu, menenangkan betul sehingga aku pun tertidur dek kerana kesedapan. 


 Dragon blood ni diambil dari getah pokok untuk di jadikan serum. 100% bahan semulajadi. Kebaikan Dragon blood ialah :

1. Melambatkan penuaan kulit.

2. Perbaiki struktur kulit.

3. Kulit menjadi lembab.

4. Membantu untuk menyembuhkan dan menjana semula kulit yang telah rosak akibat kecederaan, jerawat, atau lain-lain jenis keradangan kulit.

5. Mengandungi fitokimia yang banyak, termasuk pelbagai antioksidan kuat.


Ini lah sebab kuat aku memilih treatment Dragon Blood. Muka aku pun dah rosak banyak. Hari demi hari, aku perasan kulit ku anjal dan sedikit cerah. 


Treatment lain : Dermaplaning

 

Treatment seterusnya adalah BB Glow. Bukan untuk putihkan kulit tapi merawat masalah kulit berjeragat.  


    Masya allah, langsung tidak ada plan ingin ke spa. namun sudah di tetapkan allah untuk terapikan diri dengan lakukan treatment spa. Dengan pergi ke spa juga, selain dapat cantikkan diri juga dapat menenangkan diri di sana. Bagi aku, seorang isteri perlu juga menjaga penampilan bukan untuk sesiapa tetapi terapi kaum isteri. 


Yang aku kelakar, sebenarnya aku ke spa tanpa minta ganti duit dari suami. Mungkin suami nampak aku seronok dan takde moody lagi dengan ujian kami di bulan ramadan. Jadinya, suami berikan duit raya. Masya allah, tabarakallah. Semoga  rezeki suami tak putus-putus bagaikan air zam-zam hendaknya. 

 

Kisah aku buat treatment di HANNAN MEDISPA


Nah, sedikit tips untuk di sayangi Suami :


1. Dengar cakap suami


Yang ini sangat penting, kerana seorang suami tidak sukakan isterinya melawan cakap. Apa yang suami mahukan, kita sediakan.

 Sebagai contoh, mungkin dia nak kita hormat keluarganya. Jadi, patuh arahannya. Suami ajak balik kampung nya, kita turutkan sahaja. Berbincang lah.


2. Jangan Sentap


Sebagai isteri, jangan lah cepat sentap dengan kata-kata suami. Cuba anda kuatkan hati, kadang kala suami kita ni nak bergurau je. Tapi dah terlebih bergurau boleh gugur airmata kan? mulut lelaki lebih berbisa. Tapi takde lah sampai jadi sakit jiwa pula tahapnya.


3. Rajin memasak


Paling penting juga memasak untuk suami. Kita sebagai isteri, masak sahaja makanan yang suami inginkan. Aku dari sini lah pikat suami, setiap hari hantar kuih. Sebelum bergelar isteri lagi, waktu tu aku bertunang. Aku memasak biskut raya kepada tunang. Dan, dari sini lah suami terjerat sampai ke hari ini. 

 

Masya allah, dengan masakan juga ikat suami sampaikan suami berubah bentuk. Hahaha. Memasak untuk suami sampaikan 4 kali tambah nasi putih bersama lauk kesukaannya. Jadi, anda memasak lah masakan kesukaan suami masing-masing. 


4. Cakap Lembut


Suami sukakan isteri yang lemah lembut. Jangan bercakap kasar dengan suami. Jika anda nak tahu, golongan lelaki sukakan perempuan yang cakap lemah lembut. Sebagai contoh, wanita Kelantan. Pelakon Uqasha tu kan? cara dia bercakap pun lembut je. Itu lelaki suka sangat. Aku sendiri pun bukan lah orang Kelantan, tapi berdasarkan pemerhatian aku. Aku nampak lah bagaimana wanita Kelantan melayan suami.

 

Tambahan lagi aku dengar cerita kawan aku, suami dia di rampas pun sebab sukakan perempuan lembut. Wallahualam, bab ni aku malas nak ulas panjang. Apapun, suami kita hak allah. Tak suami kita di ambil allah, orang lain yang ambil. Begitulah. 


5. Makan Teman suami


Ini pun penting sangat-sangat! tak ramai yang buat. Ada pun mungkin segelintir. Kaum suami, suka apabila isteri melayan dia makan. Temankan suami di meja makan. Berdasarkan cerita kawan aku, dia cakap suami suka di layan bagaikan raja. Tapi takdelah sampai isteri kena suapkan makan, cuma kita sebagai isteri kena cedukkan lauk pauk dan nasi ke pinggan suami. 


6. Nak minta sesuatu


Kawan aku ada cerita kepada aku. Katanya, suami dia kedekut sangat nak keluarkan duit untuk isteri. Isteri nak cantik atau nak beli apa-apa pun tak dapat. Hatta di kedai RM2. Petua yang aku nak kongsikan ini ialah sewaktu adegan nak meminta suami sesuatu. Tepuk-tepuk sikit bahu suami tu. Nak minta sesuatu pun kena tengok tempat dan situasi, kalau suami tengah berehat ke. Boleh lah.


6. RAjin


Bukan sahaja rajin memasak, menguruskan rumah tangga dan anak-anak. Rajin menghias diri pun perlu, apatah lagi rajin melayani batin suami. Jangan pernah sesekali menolak. Hahaha. 




Jauh betul tersasar artikel aku ni ha. Berbalik kepada cerita asal wei. Treatment yang aku buat tu alhamdulillah. Berkesan. Berbaloi kali ni buat treatment muka. Nampak lah muka aku dah hilang kusam, dan nampak segar. Anda di luar sana, ada duit tu pergi lah ke spa ke. Bukan muka je dapat jadi lain, secara tak langsung kita pun ceria. Sebab kita enjoy kan dengan treatment tu. Lepas ni, nak kena kumpul duit lagi, nak buat 'acupunture' pula. 



    Aku berhabis duit bukanlah untuk suami, aku buat treatment untuk kepuasan diri sebenarnya. Sebab bila berniat untuk suami, kita akan kecewa nanti. Kepuasan tu tak sampai. Entahlah macam mana nak describe wei. Tapi apa yang aku suka, dengan  hasil titik  peluh menulis dapatlah cantikkan diri. Walaupun aku kekangan waktu untuk keluar dari rumah sebentar, terpaksa curi juga masa. Kalau tidak, sampai bila lah tak cantik ni, asyik comot je aku ni. 

Ikuti aku di platfrom media sosial di bawah juga untuk info dan cerita : 
 
 
 



Catat Ulasan

1 Ulasan