Minggu lepas kan aku pergi ke Kuala
Lumpur melawat saudara mara sebelah suami. Selama 3 hari aku berada di homestay
tersebut, berbagai gangguan yang aku hadapi sepanjang berada di apartment tingkat 17. Aku harap korang tidak meremang ketika membacanya.
Ada satu malam, sehari selepas kami pulang ke teratak sendiri. Malam tu terdengar bunyi ketukan.
"Ha, awak dengar tak?" suara dia dah start seram.
"Cissss, takkan ikut balik kut." Lantas aku berselubung selimut diatas katil, sambil memalingkan muka ke arah tepi dinding. Ya lah, nak pandang suami ku lagi seram sebab dia yang tegur.
Walhal aku dah dengar sebelum suami ku tegur lagi.
Buat pengetahuan rakan-rakan, di homestay aku dari malam pertama dah kena kacau dengan penunggu di situ.
Dengan peristiwa seram di apartment tersebut menjadikan anak-anak, aku dan suami trauma. Aku dan anak sulungku sudah terbiasa kena usik. Dah biasa. Dan, pernah lah aku nampak dengan mata aku sendiri troli 'bell boy' tu bergerak. Beralih dalam beberapa saat sahaja. Dan aku tidak lah terkejut, bagi aku dah biasa dengan gangguan.
Mengingati kembali peristiwa seram :
1. Selepas sejam kami sampai, sewaktu aku solat seakan diperhatikan di dalam bilik yang mempunyai balkoni. Ketika aku solat, terdengar sesuatu yang ingin keluar dari pintu almari di belakang aku. Bunyinya seram, seakan almari lama walhal almari masih baru.
2. Sewaktu petang, hari pertama anak-anak dan sepupu asyik bermain dalam almari tu. Beberapa kali sudah di tegur, sebab aku rasakan ada sesuatu di situ.
Takut, takut, takuuut." Yusuf merengek malam ke-2 di homestay.
Sementara anak-anak yang lain..
"Mama, nak tidur dengan mama abah." Sara pula menyelit dalam keadaan cemas begini.
"Yaya pun. Yaya takut." Dia menggosok-gosok matanya, tanda empangan airmatanya bakal pecah sebentar lagi.
"Ye lah. Tapi jangan buat bising tidur sini. Abah penat tu."
"Okay mama." Kata anak-anak ku serentak bertiga.
Sedang aku keluarkan Toto di dalam almari dan bentangkan di lantai bilik. Tiba-tiba..
"Tukkk,tukk."
"Kakak, bunyi apa tu? Yaya takut ni. Sambil berpelukan mereka bertiga.
"Haaa, kan kakak dah cakap. Awak jangan lah tegur. Nanti setan tu kacau kita."
"Krikkkkk, krikkk." Bunyi kerusi meja kopi di balkoni di tarik.
"Anak-anak, baca surah macam mama ajar tu yee sebelum tidur." Aku bercakap yang hanya berapa meter sahaja daripada pintu yang menghubungkan balkoni. Katil aku betul bersebelahan situ.
Dalam hati, bagaikan nak gugur jantung. Sempatlah aku pagar kan sekeliling dengan ayat Qursi dan ayat Yassin 9.
"Tutup lampu Sara." Sebaik lampu di padamkan, bunyi-bunyian semakin rancak. Bunyi tapak kaki berlari, kerusi di tarik dan..
"Kakak, Furqan takut. Ada benda ketuk almari ni." Dia yang betul-betul bersebelahan almari putih, sudah mulai tidak sedap.
Aku masih ingat, siang tadi dia bersama Sara dan Soffea serta sepupunya bermain di dalam almari menyorok.
Aku cuba memasang telinga, kut-kut apa yang dikatakan oleh Furqan itu hanya lah salah.
Gggggggggggrrrrr! bergegar tingkat 17 apartment homestay yang kami inap. Rupanya LRT yang melalui.
3. Malam pertama di homestay.
Bunyi kerusi di tarik, mengemas tak siap-siap. Entah lah siapa punya kerja. Tension, tapi yang ni aku tak takut. Aku bersama suami, anak-anak dan ibu mertuaku berada di ruangan tamu sambil menonton berita.
"Aku redha jika mendengar lagi usikan setan-setan." Sambil meluahkan status di Instagram stories.
Malam tu juga, aku di ganggu dengan teruk oleh penunggu tersebut.
Bunyi botol air mineral di kemek kan.
Bunyi sekali, aku boleh lagi fikir ipar duai ku minum air tengah malam di ruangan tamu.
Tapi bila bunyi berkali-kali, nampaknya bukan manusia. Serammmm~
3. Pintu bilik di ketuk.
Bermula dari bilik aku, bunyinya sekali sahaja. Disertai suara garau. Dan aku cam, itu bukan suara adik iparku.
Kemudian, ketukan tersebut beralih ke master bedroom iaitu bilik yang di belakang sekali . Yang ni banyak kali bunyinya.
4. Gangguan di ruangan tamu.
Televisyen di pasang berkali-kali dan suara tersebut sekejap perlahan dan kuat. Dia main volume masa ni.
Kerusi sofa bunyi seakan orang menghempaskan badan untuk berehat di situ.
5. Di balkoni
Bunyi kerusi di tarik-tarik.
Malam tu juga, aku dah tidak boleh tidur memikirkan anak-anak tidur di bilik berlainan. Nak jer aku keluar ke bilik anakkanak, tapi risau buatnya makhluk berbunjut ada di ruangan tamu. Jadi aku batalkan hasrat tersebut. Sampai lah aku tertidur. Anak-anak di temani oleh ibu mertua, tetapi tidak lah rapat hubungan mereka.
Malam ke-2 di homestay.
Kali ini anak-anak semua tidur sekali. Mereka tidur di lantai beralaskan Toto yang di sediakan.
Anak yang bongsu 2 tahun, dah mengadu 'takut' beberapa kali sebelum tidur. Dan, devices mengaji di pasang.
Gangguan semakin teruk kali ini. Walaupun, Ayat suci Al-Quran di pasang.
1. Katil yang aku tidur seolah di pijak sebelah belakangku. Aku tidur mengiring menghadap suamiku di sebelah kanan. Akibat ketakutan, aku sepak sahaja makhluk tersebut tanpa berpusing ke arah belakang. Korang bayangkan lah sendiri macam mana aksi tersebut secara spontan.
2. Bunyi bola di campak dari arah balkoni ke ruang bilik aku tidur iaitu di hujung kaki. Bunyi benda tu terjatuh. Di hujung kakiku, anak-anak sedang tidur. Mujurlah mereka tidak tersedar waktu ini.
3. Anak sulungku, sewaktu dia tidur dapat rasakan kerusi meja menulis disitu bergerak dan terkena kakinya.
4. Anak nombor 3 pula, Furqan terdengar bunyi almari di buka. Yang betul bersebelahan tempat dia tidur.
5. Dan, aku hampir 6 kali tidur terganggu dek bunyi-bunyian tersebut. Aku tidur dengan menutup tangan kanan ke muka.,dan tanganku tadi seakan di tolak. Aku terkejut giler!
Masa ni, aku perbanyakkan zikir 'allahuakbar' dan dapat rasakan semakin berani. Dari sini juga, aku bayangkan zikir 'Allahuakbar' dari jantung memagar sekeliling bilik. Akhirnya, aku terlena sehingga azan subuh.
Pagi itu, terus aku ke bilik ipar. Dan menceritakan mengenai gangguan malam tadi. Rupanya dia pun kena ganggu, lagi bising bunyi. Sebab dia mempunyai baby sekitar 3 bulan usianya.
Yang aku jadi terfikir, kenapa mak mertua dan adik iparku jer yang tidak dengar dengan gangguan 2 malam tu?
-Tamat-
Siri Jangan pandang Belakang!
Maaf, sebenarnya banyak dialog dalam cerita cuma aku ringkaskan sahaja.
Pengajaran dari cerita aku, sebagai umat islam tidak boleh bergantung harap kepada alat device, sebaiknya ayat suci al-Quran di baca sendiri oleh kita. Sebolehnya jangan takut dengan makhluk allah, kerana ia di cipta daripada api bukan seperti manusia. Seperti tanah yang lebih tinggi darjatnya dari api.
Ikuti perkongsian lain di platform Media Sosial lain :
0 Ulasan