Ciri-ciri beg sekolah rendah untuk anak. ( support tulang belakang )

Majoriti pelajar sekolah rendah membawa beg sekolah berat, sewaktu sesi persekolahan. Tidak dinafikan, situasi yang sama juga berlaku dengan anakku Sara yang berusia 10 tahun. Walau pun buku-buku disusun mengikut jadual belajajar,  beg sekolah masih berat. Kesannya, sudah tentulah kepada anak-anak yang membawanya. Seperti sakit bahu, sakit belakang badan, leher, dan tulang belakang kerana menggalas beg berat.

 

Kerap kali anakku mengadu sakit belakang badan, pinggang dan bahu apabila menggalas beg berat. Namun, aku biarkan sahaja. Sebab buntu mencari penyelesaian. 

 

 

beg sekolah rendah support tulang belakang

 

 

Masalah anak aku yang membawa beg berat ke sekolah : 

 

Sara dah mengadu sakit-sakit belakang.
 
Sakit leher, sakit pinggang semua tu lah kesan dari membawa beg sekolah yang berat. 
 
Lepas tu, beg dia pula bau kepam peluh. Sebab berpeluh kan sewaktu menggalas beg yang berat tu. 
 
Dek kerana beg berat, anak aku membongkok jalan sewaktu menggalas beg. Kesian pula aku tengok nya. 
 
Bukan tidak ikut jadual, tapi tu lah. Buku teks setiap mata pelajaran pun ada 2 buah teks.
Kesian sangat..

 

 

Punca sakit belakang pelajar sekolah rendah

Punca beg berat adalah disebabkan dengan subjek yang dibelajar pada hari tersebut ( bawa beg berat dipenuhi dengan buku-buku sekolah ) . Andai kata hari Isnin mempunyai 4 mata pelajaran. Maka, 4 buah buku teks yang perlu dibawa ke sekolah. Itu contoh kasar, belum lagi di kira setiap satu subjek.

 

 Satu subjek Bahasa Melayu mempunyai 2 buah buku teks, iaitu Bahasa Melayu 1 dan Bahasa Melayu 2. Jika setiap  subjek mewakili 2 buah buku teks yang perlu dibawa setiap hari, bayangkan pula satu hari 4 subjek yang perlu dibawa. Ini bermakna 8 buah buku teks perlu di bawa setiap hari, dan belum termasuk buku tulis pelajar. Akibat diatas ini telah menjadi punca sakit belakang terhadap pelajar sekolah rendah.

 

7 Kriteria beg sekolah yang support tulang belakang anak-anak WAJIB ada.

 

  1. Mengekalkan keselesaan anak anda dengan reka bentuk saluran udara dan padat udara bernafas belakang padding.
  2. Papan belakang tinggi yang boleh ditanggalkan dengan pad airmesh memberikan pengudaraan yang sangat baik sokongan anatomi dan sokongan tegar.
  3. Pembuka alas kami yang hebat adalah reka bentuk 3 D dengan kesan cerah di belakang dan terdapat 2 magnet di sisi belakang juga.
  4. Lembut dan padding tebal untuk melindungi belakang anak anda dan lebih selesa.
  5. Membantu pengudaraan dengan lubang pengudaraan penyejukan.
  6. Belakang atau jurang yang rendah dapat memberikan pengudaraan.
  7. Membetulkan postur belakang dibuat dengan padding lembut tambahan untuk keselesaan maksimum.

 

Dengan pemilihan  ciri-ciri beg sekolah rendah yang betul untuk anak-anak dapat mengelakkan risiko yang lain pada tulang belakang.

 

 

Apakah saiz beg sekolah rendah yang sesuai?

 

 Untuk memilih beg sekolah anak, aku syorkan beli mengikut tahap umur anak masing-masing. Macam aku, memilih beg sekolah dari SwanBagMalaysia. Sebab sesuai dengan masalah yang anak aku hadapi, beg berat. Dan selalu je mengadu kata sakit belakang badan sebab bawa banyak buku-buku.

 

 

PERTAMA DI DUNIA DENGAN BEG MEMPUNYAI 10 RODA

 

  1. Berfungsi dengan baik kerana membolehkan beg mudah di tarik ketika menaiki anak tangga. Nak naik tangga, memang tiada masalah lagi.

 

 

  1. Satu-satunya troli beg yang boleh ditanggalkan apabila tidak mahu menggunakannya. Ya, aku pun faham. Anak-anak ni kan, ada masa mood dia elok. Ada masa buat tak baik, so boleh lah cabut troli ni kalua tidak mahu guna. Nak galas macam tu jer.

 

  1. Andai kata dah bosan menggalas beg sekolah dengan troli. Jangan risau, korang boleh jer cabut troli tu. Simpan jer di rumah. Andai kata nak gunakan semula, pasangkan kembali. Mudah kan?

 

    4.  Berbaloi miliki pada harga RM 488, kerana banyak fungsi yang baik bagi menyokong tulang         belakang anak korang tu. Dah ada beg swan ni, mungkin 3 tahun dah tidak mahu membeli lagi beg     sekolah anak. Lagi pun tahan lasak. 

 

Bagaimana Beg Sekolah Swan Beg Technolite Trolley boleh support Tulang Belakang ?

 

 Rekabentuk Ergonomik

 

Membetulkan postur belakang dibuat dengan padding lembut tambahan untuk keselesaan maksimum.

Menjaga tubuh dalam posisi tegak. Anak anda berasa lebih santai dan selesa membawanya juga.
 

Tali bahu berbentuk U

 

Menjadikan pengagihan berat badan lebih ringan pada tulang belakang.
 
 
 
 
 
 Justeru itu, jika anak-anak korang ada mengadu sakit belakang sila lah ambil tahu. Risau sebab sakit belakang berlarutan berkemungkinan boleh menjadi tulang bengkok atau scolisis. Dan, punca sakit  belakang pinggang juga boleh menjadi bertambah teruk kerana menggalas beg sekolah yang berat. Oleh itu, aku cadangkan beg Swan Technolite Trolley beroda 10 ini.



Bagi  ibu bapa yang nak elakkan masalah sakit belakang anak-anak, aku syorkan dengan memiliki beg swan troli. Khusus menjaga tulang belakang anak anda. 




Ikuti laman sesawang mereka :


Facebook : SwanBagMalaysia
Instagram  : Swan Bag Malaysia
Shopee    : SwanBag
 
 
 
 
 
 

 

Catat Ulasan

0 Ulasan