Dalam industri yang sama, penulis upahan wajib bertegur siapa antara rakan penulis. Tiada istilah pesaing, jika anda tahu kekuatan dan nilai yang ada pada diri sendiri. Begitu juga, komuniti kecil antara aku dan 2 rakan penulis upahan. Komuniti terbina tanpa sedar, kami berbincang mengenai isu-isu semasa yang timbul dan cara penyelesaian masalah bersama-sama.
Portfolio sebagai Penulis Upahan > Portfolio Azlina
Penulis upahan |
Semalam, dalam sesi sembang kami antara #ghostwriter .
"Awak tak penat ke buat penulisan artikel pelbagai niche?"
"Tak penat. Lagi suka adalah. Lagipun buat artikel je. Buat research tajuk apa yang nak ditulis je. Bukannya perlu study business client. Saya bukan Marketer."
"Tapi saya rasa penat. Sebab kena tukar lain-lain client. Client tak tetap."
"Entahlah nak cerita macam mana lagi. Tapi bagi saya, seronok sangat menulis artikel pelbagai niche. Saya perlu menulis artikel tu, mengikut 'kata kunci' apa yang pembaca cari dan kesukaan Google. Jadi, saya buat research."
Kemudian, perbualan mati begitu sahaja.
Walaupun kami #penulisupahan , dalam bidang yang sama. Tapi, matlamat belum tentu sama.
Ada yang suka projek jangka panjang, dan ada penulis sukakan projek jangka pendek sebab tidak mahu terikat lama.
Dari segi lain sebagai penulis. Bagi diri aku sendiri, suka pelbagaikan servis menulis. Seperti penyedia artikel SEO, Copywriting, ebook dan manuskrip buku. Lagi pun, sikap manusia yang lebih tertarik dengan sesuatu yang banyak pilihan.
Begitulah. Dunia penulisan ni sangat luas. Ada pelbagai servis menulis. Juga pelbagai pelanggan. Ada yang perlukan penulis untuk projek jangka panjang dan ada yang perlukan bahan penulisan sedikit, apa pun sebagai penulis tidak boleh memaksa pelanggan.
Kadang-kadang, peruntukan pelanggan tidak besar.
Artikel lain : Berbaloi menulis artikel mesra SEO
3 jenis penulisan yang kerap pelanggan cari pelanggan;
1. Penulisan media sosial
Sebagai contoh menulis content [ Facebook, Instagram, Tiktok, dan YouTube] serta artikel di website, Copywriting Facebook, Copywriting Instagram, Copywriting whatsapp, dan SEO Copywriting.
2. Penulisan formal
Menulis surat-surat rasmi, profile syarikat, memo, manuskrip buku, ebook [ buku digital ], terjemahan dokumen dan sebagainya.
3. Penulisan kreatif
Novel dan cerpen.
Alhamdulillah, aku bersyukur terbinanya satu lagi komuniti kecil antara kami bertiga sebagai penulis upahan. Walaupun kami mempunyai matlamat berbeza, tetapi masih boleh memberikan pendapat dan pengalaman masing-masing dalam industri. Jadi, sini lah tempat kami berkumpul untuk meluahkan serta mnyelesaikan masalah bersama-sama. Buat pengetahuan bersama, ahli kumpulan ada yang fokus kepada manuskrip buku sahaja dan aktif menulis content media sosial. Jika projek besar, kami bahagikan tugasan.
Komuniti kecil kami, walaupun masing-masing mempunyai kumpulan lain. Namun, faham dengan komitmen lain.
Okay lah, ni jer yang aku rasa nak luahkan serta boleh jadikan sebagai panduan buat rakan-rakan dan pelanggan. Antara aku dan rakan-rakan memang tiada istilah mempergunakan dan di pergunakan dengan kelebihan masing-masing. Sebab kami faham erti personal branding.
Facebook : Nor Azlina Mohd Ali
0 Ulasan