Content di Reel Facebook dalam bentuk video berdurasi selama 15 saat dan 60 saat. Kini content reel tersebut dapat pergi lebih jauh. Siapa yang tidak suka, jika Content di Reel Facebook mencanak naik.
Engagement pun luarbiasa dari kebiasaan. Macam tu lah gembiranya pengguna media sosial di Facebook, tambahan lagi jika yang berbisnes. Kiranya satu bonus. Sebab itu lah dinasihatkan, nak buat apa jenis-jenis content mesti bina content yang dapat memberi tambah nilai dalam kehidupan orang lain.
Suka buat Kajian keatas content
Sebenarnya, aku suka buat kajian keatas setiap content yang aku bina di media sosial. Orang tak buat, aku buat. Lagi pun, aku kan penulis upahan. Jadi, aku sendiri perlu kreatif dalam bidang penulisan. Demi diri sendiri dan juga kepentingan client aku.
Ada rakan-rakan blogger yang perasan sikap aku, sikap aku yang gemarkan buat akaun media sosial banyak. Bukan untuk 'skodeng' orang tau. Tetapi mahu buat persediaan, pernah berlaku akaun kena hack. Jadinya, periuk nasi aku situ. Dah tak boleh aku nak post hal berkaitan kerja disana. Disebabkan perkara ini, aku buat setiap jenis akaun media sosial 2 akaun berlainan dengan menggunakan nama berlainan.
Perit memang perit, buat personal branding di akaun ke-2
Ya, nak buat akaun media sosial yang baru sangat perit. Sebab kena bermula daripada kosong. Aku kena lakukan personal branding semula untuk akaun tu. Perit memang perit, tetapi dalam masa yang sama aku masih seronok. Akaun ke-2 tu, aku hanya buat suka-suka sahaja. Tidak terfikir untuk berbisnes macam akaun pertama aku. Cuma akaun ke-2 tu, content hanya copy paste dari akaun pertama. Hahaha~ pumya malas aku!
Content di Reel, Hit 6 Ribu dalam masa 2 hari
Berbalik kepada cerita asal. Aku buat content di video pendek iaitu Reel di Facebook. Memang tidak sangka, dalam masa 2 hari dah capai 6 ribu penonton.
Bagi aku, sangat susah nak capai 6 Ribu tontonan ya. Sebab ianya berkaitan bidang penulis upahan jenis content yang aku buat tu. Masya allah, tabarakallah. Tidak sangka boleh hit! alhamdulillah, atas izin allah.
Teknik yang aku gunakan dalam video tersebut content jenis educate, dalam masa yang sama aku menulis copywriting sebagai caption di video. Sebab itu dapat pukau penonton kot!
Syukur sangat, dengan ilmu yang aku belajar sebelum ni headline turut memainkan peranan utama dalam copywriting. Aku pernah dipaksa menulis 80 headline copywriting ( 24 jam masa diberi ) dalam kelas online Sifu Jamal. Hahah~ berasap otaknya wei. Syukur berbaloi dengan izin allah. Berkat kelas sifu, aku juga mengambil tempahan menulis copywriting. Iaitu copywriting media sosial dan juga SEO Copywriting.
Case Study ( Kajian kes mengikut masalah semasa content )
Disebabkan aku suka mengkaji setiap content yang di bina di media sosial, ada yang berjaya aku guide client dan untuk kegunaan diri sendiri. Content yang tidak berjaya, aku cuba upgrade dari segi copywriting dan video .
Aku jadi teruja sikit, apabila Reels facebook mencecah banyak begitu. Jika di TikTok dan Instagram reels dah biasa juga view naik mencanak.
Artikel lain : 5 Tips jadi Content Writer
Petua buat content video cepat naik di media sosial?
1. Guna Filter trending
Biasanya, video dari akaun tiktok aku sendiri. Guna filter yang disediakan. Nak putih ke, nak jadi cute ke semua ada.
2. Lagu Trending
Gunakan lagu trending yang ramai orang gunakan pada ketika itu. Selepas trending habis, video takkan di push oleh TikTok.
3. Bina Hook
Tajuk besar dalam video. Fikir ayat yang boleh buat orang rasa nak klik dan tengok video tu. Sebagai contoh, "4 jenis content di Tiktok orang suka"
4. Sari Kata
Buat 'Sari kata' dalam video.
5. Voice Over
Masukkan juga suara anda dalam video tersebut. Intonasi suara pastikan lantang dan bukan suara yang lemah.
Bila 3 perkara ada dalam video, orang suka tengok berulang. 3 perkara iaitu suara, sari kata (subtitle) dan muka sendiri. Ilmu tu akan lebih sampai dengan jelas.
6. Gambar jelas
Pastikan video anda jelas. Nampak muka anda. Pastikan guna ringlight untuk video berkualiti .
Kesimpulan daripada artikel diatas, bagaimana reels aku boleh laju jumlah penontonnya ialah dengan fikirkan terlebih ( brainstorm idea) dahulu jenis content nak dibuat. Tulis skrip, dan terus buat video. Begitulah cara aku hasilkan content.
Jadi, jika anda mati idea untuk content reel dan lain-lain. Aku sediakan content yang bersesuaian dengan niche bisnes anda, sebab aku penyedia content media sosial ( facebook, Instagram, Tiktok dan artikel SEO di Website )
Terus ke sini > wasap.my/60189107161/sayanakcontent
Facebook : Nor Azlina Mohd Ali
0 Ulasan