Elemen dalam copywriting menarik, penting untuk mempengaruhi prospek supaya cepat bertindak dalam membuat keputusan untuk membeli. Antara elemen-elemen yang perlu dimasukkan ke dalam copywriting adalah masalah dan ketakutan. Tujuannya adalah untuk buat prospek merasa dirinya perlukan produk dan servis yang djual dalam ayat copywriting tersebut.
Dan, elemen ini digunakan dalam teknik tertentu sahaja seperti situasi pasaran, tahap persaingan, jenis audien, serta kempen yang mahu dilakukan.
Antaranya translate Copywriting English ke Bahasa Malaysia, mempunyai 2 halaman muka surat dengan 6 copywriting yang perlu diubah. Dalam masa yang sama N.A Writer perlu tambah perasa. Sebab #copywriting asal client, tak nampak macam manusia yang menulisnya.
Kita nak menjual pada manusia, jadi perlu lah tambah perasa dalam bahan penulisan. Jentik emosi manusia dengan salah satu elemen seperti marah, sedih, bahagia, atau impian / keinginan mengikut kesesuaian tersebut.
Sebagai contoh elemen copywriting menarik :
Dengan satu kali sahaja semburan PERFUME PEAH, isteri bertambah manja.
Nampak tak? elemen yang dimainkan adalah jenis keinginan serta impian untuk memiliki isteri manja.
Harus diingat, menulis copywriting bukan semua elemen perlu dimasukkan. Ianya adalah sebahagian sahaja.
Dengan sedikit sentuhan elemen, prospek akan terus melakukan pembelian segera.Sebab sudah mainkan mental trigger prospek.
Dalam masa yang sama, produk tersebut bantu selesaikan masalah isteri yang garang. Ianya impian buat suami-suami di luar sana.
Ingat ya, Strategy works 20% while pscycology works 80%
Maksudnya, orang akan bertindak lebih apabila psikologi terusik dan 20% adalah disebabkan strategi.
Akhir kata daripada N.A Writer, fahami terlebih dahulu elemen yang ingin dimasukkan dalam copywrting. Anda nak mainkan mental trigger apa untuk buat audien bertindak? bangkitkan masalah, ketakutan, inspirasi atau impian? perhatikan juga dengan persaingan sekeliling, audiens dan jenis kempen terbaharu. Dengan ini, dapat menjadikan copywriting anda lebih berpengaruh serta menarik audiens.
Copywriting nak siarkan di mana? dalam video dibawah, ini saya ada beritahu.
Nak tahu lebih lanjut mengenai copywriting, boleh terus ke www.azlinaghostwriter,com
N.A Writer juga pernah ceritakan di Facebook page : Nor Azlina Ghostwriter
Perlukan penulis copywriting bagi bisnes anda? terus ke sini > wasap.my/60189107161/nakcopywriting
1 Ulasan
Terima kasih kak berkongsi tip dan ilmu
BalasPadam