Ujian menyakitkan, adalah ujian kerezekian.

 Disaat aku diuji dengan kerezekian yang maha dasyat saat ini, aku lebih banyak masa mendekatkan diri dengan ilmu agama. Satu hari, allah pilih aku dimana apabila saat membuka TikTok. Live daripada Ustazah Asma Harun melintas. Maka, terus aku terhenti dari 'scroll down'.


ujian-kerezekian
Mencari rezeki dalam penulisan



Ketika aku diuji allah, memang lah sakit. Kesakitan yang amat pedih. Aku dah tak mampu lagi memberi mak abah ku duit belanja bulanan lagi. Sedih kan? pada awalnya, selama 2 bulan aku tidak dapat menerimanya. Selalu bersedih, tapi aku tetap melawan sifat tersebut. Tetapi itu lah perasaan aku, yang dulunya aku mampu dari segi kewangan untuk diri sendiri dan orang sekeliling. Juga mampu meringankan beban suami dalam mencari nafkah, mampu membayar zakat dan Infaq. Mampu reward anak-anak dan mampu memberi mak abah belanja bulanan. Serta dapat menghulurkan sedikit wang belanja kepada adikku yang susah. 

 

Kini tidak lagi, hampir 3 bulan job menulisku tidak masuk. Aku pun pelik, pada awalnya. Dan, aku mengingati pesan ustaz yang pernah merawat diriku sejak tahun lepas ( kesnya aku pernah diganggu dalam mimpi : diberikan makan benda kotor, dicalit minyak dan sebagainya mimpi aneh. Di dunia nyata aku dicakar sehinggalah aku kerasukan satu hari). Katanya juga, aku terkena panahan ain, iaitu sihir mata. Memang lah sakit, setiap hari menangis mengadu pada suami tentang bisnes. Suami aku cakap, biasalah dunia bisnes. Ada turun naiknya. 

 

Pendapat aku :  yang melemparkan pandangan ain terhadap seseorang itu berdosa hukumnya. Kiranya  pandangan tersebut telah berjaya menjatuhkan kehidupan seseorang. 


Berbalik kepada allah jentik hatiku untuk mendengar kuliah setiap pagi. Alhamdulillah, hati kini menjadi tenang. Hati tidak lagi sakit mengenangkan nasib begini. Malahan , jiwaku semakin tenang bila mengikuti kuliah ustazah sambil beramal dengan zikir-zikir yang diajarkan. Dan, apabila aku reda dengan ujian allah itu tadi. Allah pulangkan semula dengan yang lebih baik dan teratur.




Walaupun aku diuji saat ini, kerja-kerja marketing tetap diteruskan. TikTok, Facebook, page dan blog update seperti biasa dengan perkongsian bermanfaat. Pernah disaat aku begini, ada yang ingin mengambil kesempatan dengan harga tidak masuk akal. Jika diikutkan, boleh sahaja aku mengambil tawaran job menulis artikel SEO oleh prospek pihak ketiga. Tetapi harga tersebut mampu mematikan industri penulisan. Dan, tugasannya sangat berat menulis artikel SEO.

 

 

Innalillahi wainna lillahi roji'un. Mungkin ada yang membaca artikel ini akan gelakkan aku, takpe. Aku maafkan kalian.


Kesimpulan dari cerita diatas, sebagai individu yang melakukan aktiviti perniagaan. Tidak cukup hanya melakukan solat 5 waktu sehari jika rohani kita lemah. Unsur-unsur halus akan mudah menganggu diri jika hati tidak menyebut nama allah sentiasa, bukan sekadar meniti dibibir sahaja. Sebolehnya hati jangan pernah mati daripada mengingati allah swt dengan zikir-zikir allah serta ayat-ayat al-quran.



Facebook : Nor Azlina Mohd Ali


Catat Ulasan

0 Ulasan