Jadi ghostwriter pun, perlu memiliki blog sebagai tempat latihan menulis

 
Sebelum menguruskan kerja-kerja ghostwriting, di sinilah tempat Ina mengasah bakat penulisan.  Sebagai individu yang mengambil upah menulis artikel mesra SEO pula, mesti faham mengenai Wordpress. Tak perlu faham sampai ke tahap profesional ( teknikal ) pun, sekadar faham fungsi yang dinyatakan seperti di bawah. 

 

Menulis bagi pihak pelanggan, bukan boleh sehari dua mahir menulis terus mengambil upah. Sebaliknya, perlu betul-betul mahir menulis artikel mesra SEO. Seperti Ina sendiri, menulisnya sudah bermula pada tahun 2018 itu pun sebagai seorang blogger. 3 Tahun serius sebagai ghostwriter. Bila sudah mahir menulis artikel, barulah berani mencuba buka slot menulis artikel mesra SEO.

 

 

Bila menjadi ghostwriter, penulis tidak akan terlepas untuk belajar menulis di ruangan blog sendiri. Ini kerana mahu memberikan  yang terbaik buat  klien.

 

 

Artikel-mesra-seo
Ina melatih menulis artikel di wordpress dalam niche digital marketing

 


 

Jadi, tidak ralat andai kata client mengupah penulis di website.
Siarkan artikel di website tidak sukar. Sebelum artikel di siarkan, berikut merupakan perkara yang penting ;


1. Penulis perlu menyiapkan terlebih dahulu artikel mesra SEO.


2. Siapkan gambar ( seeloknya designer mereka sendiri sediakan. ). Sebab jika penulis yang lakukan kerja design poster, dikhuatiri lari daripada penggunaan warna branding anda.

 
3. Bukan sekadar siarkan artikel, tanpa memeriksa SEO analysis.
Walaupun artikel anda sudah ditulis dengan gaya mesra SEO sekalipun, pada bahagian SEO analysis perlu semak.


a. Adakah butang 'Senyum' sudah bertukar kepada warna HIJAU? jika belum, baiki dahulu.
b. Adakah keyphrase betul dalam artikel?
c. Adakah Keyword terlalu banyak digunakan?
d. Adakah link keluar dan dalaman telah dimasukkan ke dalam artikel?
e. Adakah pengenalan artikel sesuai dengan Keyword yang digunakan?
f. Keterangan artikel adakah sesuai?
g. Keyword dalam gambar? 

 

 

artikel mesra seo
SEO analysis yang bantu artikel anda ranking di Google ( SEO On page )

 

Gambar diatas ini, sebagai contoh Ina menulis artikel memang akan pastikan butang hijau akan menyala kesemuanya. Ia berkenaan SEO ( Search Engine Optimization ).


Dan lain-lain aspek sebelum artikel mesra SEO anda sudah sempurna?
Seterusnya, jika semua telah diperiksa dan lulus dengan kata lain akan keluar ikon senyum berwarna hijau. Tahniah! 

 


Dan, sekiranya anda gagal untuk jadikan ikon tersebut berwarna HIJAU. Dinasihatkan, upah sahaja penulis artikel di website sekali. Kerana sudah tentunya mereka dapat buat yang terbaik



Justeru itu, menulis artikel di website anda perlu pastikan kesemua butang hijau menyala. Anda boleh baca dan fahamkan apa kehendak yang diperlukan. Apabila menulis artikel mesra SEO, butang hijau ini akan menyala menyatakan bahawa artikel anda mesra SEO. Insya allah, artikel anda akan mudah ranking di halaman Google. Kemungkinan besar, artikel anda akan memasuki halaman pertama Google. 



Oh ya. Jika anda mahu translate artikel website dari Bahasa Inggeris ke Bahasa Malaysia. Baik lupakan sahaja yer. Sebabnya, jika artikel berbahasa Inggeris anda mesra SEO. Belum tentu artikel yang di translate akan SEO juga. Anda sudah silap besar ya. Kena menulis artikel yang baharu dengan kata kunci yang berbeza. 



Anda masih mencari penulis artikel mesra SEO? upah je Ina. Beritahu jer mahu berapa patah perkataan artikel. Hanya menulis artikel dalam Bahasa Malaysia sahaja.

 

 Ina turut menawarkan artikel secara pakej juga. Apa yang menariknya, klien akan menerima Copywriting secara PERCUMA mengikut terma dan syarat.


Whatsapp terus ke sini > wasap.my/60189107161/sayanakartikelSEO 

 

Media sosial : 

 

 Facebook : Nor Azlina Mohd Ali 

 

Wordpress  : www.azlinaghostwriter.com


Page : Nor azlina Ghostwriter

 

Catat Ulasan

0 Ulasan