Terbaharu Army In You : Pengorbanan dan Perjuangan MK K-CLIQUE X De'Xandra

 

Bila  nama selebriti ini disebut, aku gerenti peminat lagu-lagu Indie mengenalinya. MK K-Clique.  Bukanlah aku nak bergosip dalam artikel ini.   Tetapi kisah pengorbanannya, yang besar sebagai seorang anak serta perjuangan yang dibawakan olehnya mampu dijadikan teladan bagi anak-anak muda pada masa kini.

 

 

pengorbanan-perjuangan
majlis pelancaran De'Xandra X MK

 

 

 

Selebriti yang berasal dari negeri di bawah Bayu, Sabah.  Mungkin ada yang masih tidak tahu dengan nama sebenarnya iaitu Muhammad Hairi Amin Hamdan.  Seorang jejaka yang tidak kedekut dengan senyuman setiap kali berjumpa dengan para  peminatnya. Melihatkan kejayaannya sekarang, ada terselit kisah sedihnya sewaktu hidup susah sebelum bergelar selebriti.

 

Tanpa perjuangan yang jelas, hidup tidak akan berubah

 

    Beliau juga tidak terlepas dalam ujian kehidupan yang dilaluinya, yang penuh berliku. Beliau pernah bekerja sebagai penarik kereta bersama rakan-rakannya sewaktu berada di kampung halamannya, di Tawau Sabah. Kerana memikirkan perjalanan hidupnya begitu, beliau nekad untuk berhijrah ke Ibu Kota demi mengubah nasib hidupnya serta keluarganya. Bagi beliau, dia lah ketua keluarga nya juga menjadi harapan ibu serta adik beradiknya.

 

    Jika difikirkan kembali, memang tidak sanggup untuk meninggalkan keluarganya demi keluar mencari rezeki di Semenanjung. Disebabkan mereka yang menjadi tunjang utamanya, beliau sanggup berkorban. Pemergian beliau ke Semenanjung telah mendapat restu dan reda seorang ibu, akhirnya beliau berjaya sehingga menjadi Selebriti pilihan syarikat perfume terkemuka di Malaysia iaitu De'Xandra.

 

Pengorbanan hidup setiap individu berbeza. Begitu juga dalam kehidupan MK K-Clique. Yang tahan dengan cabaran, akan kekal bertahan. Yang tidak pernah ­ sesekali berjuang dalam kehidupan, pastinya tiada motivasi dalam kehidupan. Siapa yang tidak tahan dengan cabaran hidup, pasti mudah menyerah begitu sahaja tanpa berusaha meneruskan perjuangan hidup.

 

 

De'Xandra Perfume Berkolaborasi dengan   MK K-Clique

 

    Sabtu bersamaan 15 Oktober 2022, majlis pelancaran De'Xandra Perfume berkolaborasi bersama MK K-Clique yang diadakan di Suria Mall, Sabah. Kempen kali ini 'Army In You', diangkat bersempena dengan pengorbanan dan perjuangan MK K-Clique dalam kehidupannya. Turut diceritakan kisahnya dalam lagu 'Mimpi' yang diterbitkan pada tahun 2019. Kini, MK tidak bermimpi lagi dengan menjadi selebriti pilihan De'Xandra.

 

 

Majlis Pelancaran Perfume Terbaharu, 'Army In You'

 

    Majlis pelancaran perfume terbaharunya 'Army In You', seperti dalam mimpi. Apa tidaknya bagaikan menghadiri konsert secara terbuka MK K-Clique. Peminat di Sabah boleh mendekati beliau dengan bergambar, dan turut juga melakukan sesi video sewaktu sedang mendendangkan lagunya. Selain itu, peminat juga boleh mendapatkan tandatangan secara ekslusif melalui posternya.

 

    Sebelum pelancaran, 2 orang Emcee sempatlah menemu bual Founder De'Xandra iaitu Puan Ernayanie Nur Binti Julaimi dan MK K-Clique selaku selebriti 'Army In You'.

 

    'Army In You' diinspirasikan mengenai sifat yang ada pada seorang tentera. Yang sanggup berkorban dan berjuang demi negara. Dikatakan juga, sifat tentera yang bermotivasi tinggi dalam mencapai sasaran iaitu musuh. Sebelum menghadapi musuh, mereka akan menyusun terlebih dahulu startegi untuk membenamkan musuhnya. Berkat perjuangan dan sepakat, musuh dapat ditumpaskan dengan mudah.

 

    Begitu juga MK K-Clique dalam perjuangan hidupnya dan juga De'Xandra yang telah berada dipasaran dunia selama 7 tahun dalam industri minyak wangi, merentasi pasaran luar negara iaitu China, Hong Kong, Cambodia, Brunei Darul Salam. Pengorbanannya berbalas, apabila De'Xandra berjaya dinobatkan sebagai pemegang terbesar pasaran minyak wangi antarabangsa.  Juga berjaya mengalahkan jenama perfume terkemuka di Asia Tenggara.

 

 

pengorbanan-perjuangan
Spray perfume MK Collection De'Xandra, tanda perasmian

 

 

 

    Part yang aku paling suka adalah sewaktu pelancaran bermula. Sesuai sangat dengan TAGLINE mereka tu: melekat, memikat dan teringat. 3 orang terpenting iaitu Founder De'Xandra, CEO De'Xandra serta MK K-Clique. Masa mereka semburkan perfume MK Set ke udara, aku rasa nak je  berlari kearah mereka tu menyelit. Nak rasai sendiri kesegaran perfume. Orang cakap ambil 'aura' mereka yang menyemburnya, mana lah tahu terkena sipi aura positif pun takpe. 

 

MK SET Edition terdapat dalam 3 pilihan pakej semasa hari pelancaran. Iaitu Pakej Sapu Rata, Pakej Mimpi, dan Merais. Ianya adalah pakej semasa hari pelancaran selama 2 hari sahaja.

 

 

Pakej Sapu Rata by De'Xandra

 

Perfume for Him, emerald Green adalah bauan perfume khas untuk lelaki yang sentiasa berjuang dan berkorban hidupnya demi insan tersayang. Aku percaya, bauan ini mampu menjadikan seorang lelaki bersemangat untuk menghadapi pelbagai cabaran hidup. Antara item yang terdapat dalam MK Set Collection :

 

  1. De'Xandra Perfume For Him 35ml
  2. De'Xandra Perfume 15ml
  3. Lanyard Limited Edition MK
  4. De'Xandra Air Freshener Car atau pewangi kereta
  5. T-shirt Jersey Premium by Debrog Limited Edition by MK
  6. Shopping Bag by Label Sendiri

 

 

Pakej MIMPI by De'Xandra

 

Pakej MIMPI

 

1.     De'Xandra Perfume For Him 35ml

2.     De'Xandra Perfume 15ml

3.     Lanyard Limited Edition MK

4.     De'Xandra Air Freshener Car atau pewangi kereta

5.     T-shirt Jersey Premium by Debrog Limited Edition by MK

6.     Losyen

 

Pakej Merais

 

Terdapat 2 botol perfume MK Set Collection iaitu Perfume for Him dan Perfume for Her.

 

 

 Disebabkan permintaan perfume De'Xandra MK SET diluar jangkaan, makanya pakej diatas telah kehabisan iaitu semasa pelancaran selama 2 hari di Sabah. Pakej yang sedia ada hanyalah De'Xandra X MK

 

 

perfume-for-him-De'Xandra-MK-K-Clique

 

 

 Jika anda membeli perfume  De'Xandra X MK :

 

anda akan mendapat paper bag, box packaging, dua jenis perfume iaitu perfume for him dan perfume for her, serta thank you card.

 

 

 

Aktiviti selama 2 hari di Suria, Mall Sabah

 

Bukan tu jer, paling aku suka tentang majlis pelancaran perfume De'Xandra ialah pemilihan hosnya iaitu Badrul Haziq dan CEO De'Xandra, Encik Safwan Bin Ismail. Aku suka cara  mereka berdua handle sesi cabutan bertuah , bukan nak cakap mereka ni ' suara handsome' yer. 


Suara yang lantang dan jelas, paling penting ber'energy'. Aku yang tunggu situ, setia menanti pengumuman pemenang sehingga ke penghujung majlis. Mana lah tahu, antara 5,000 penyertaan tu mungkin rezeki aku terselit. Ha.. tapi memang serius aku cakap. Bagus pengurusan De'Xandra, tepat hosnya untuk mencabut undi. Sebutan setiap perkataan pun jelas.

 

Berbalik kepada tadi, hanya 30 pemenang bertuah sahaja diumumkan secara langsung dalam page De'Xandra HQ. Sewaktu nama pemenang diumumkan, aku rasa macam menghadiri majlis anugerah berprestij pula dah. Berdebar-debar, cuma tiada rezeki untuk aku menang.

 

Selama 2 hari event berlangsung, pengunjung juga boleh dapatkan sample perfume di bahagian booth tersebut secara PERCUMA. Selain itu juga, aktiviti lain turut disediakan selain sesi bergambar bersama MK K-Clique, sesi temubual, ada game 'Wheel of fortune', dan Lucky Draw.

 

 


 

MK K-Clique menyemai rasa cinta dan kasih buat penduduk di Sabah

 

Buat julung kalinya, MK K-Clique memberikan 5,000 unit perfume Ekslusif secara PERCUMA kepada para peminatnya. Aku ni ha, terharu sangat bila dia umum macam tu. Patut lah, rupanya beliau ni pemurah orangnya. Cukup pakej betul, selain menjadi anak soleh tak lupa keluarga walaupun berjaya.

 

De'Xandra mencari Reseller di Sabah.

 

Oleh sebab, perfume De'Xandra mendapat permintaan tinggi di Sabah. De’Xandra membuka peluang secara besar-besaran bagi penduduk di Sabah menjana pendapatan dengan produk nya. Mesti ada tertanya-tanya kan, cara jadi reseller De'Xandra. Justeru itu, penduduk Sabah juga boleh dapatkan secara terus melalui  reseller yang terdekat sahaja secara COD. Produk yang mudah dijual serta keuntungan tinggi, turut menyediakan platform istimewa buat reseller. 

 

 

pengorbanan-perjuangan-MK-KClique
Sesi temubual antara MK-K-Clique dan Founder De'Xandra Ernayanie Nur

 

 

Menurut pandanganku sendiri, apa yang dapat disimpulkan adalah De'Xandra  satu brand yang stabil dalam perniagaan. Perhatikan sistem ejennya, stabil. Aku suka strategi yang dimainkan dalam perniagaannya, tambahan lagi mereka mempunyai guru yang hebat iaitu 'Sifu Jamal'. Jadi, siapa lagi yang  berminat untuk membuat pendapatan secara tetap,  ingin membuat duit dengan menjual perfume ni boleh mendaftar sebagai Reseller De'Xandra. Pergi terus ke website : dexandra.com

 

Okay, baiklah. Artikel pun dah ke penghujung. Boleh lah aku tutup muzik video yang aku mainkan di channel Youtube MK K-Clique, supaya 'feel' tu sampai untuk aku menulis. Betul-betul melekat, memikat seterusnya terpikat! 

 

 

 


Page : De'Xandra HQ 

 

  Instagram : De'Xandra_HQ

 

 

 

 

Catat Ulasan

1 Ulasan