Episod memandu Kancil 660 modified kini kembali lagi, apabila Toyota Caldina kesayangan kami seisi keluarga terpaksa masuk ke bengkel dek kerana kebocoran valve. Masa ini lah, saya diuji dengan memandu kereta Kancil bewarna purple. Masalah signal rosak sebelah dan mengimbau masalah hand brake susah nak tarik.
Memandu Kancil 660 Modified : Hand brake susah nak tarik |
Memandu Kancil 660 Modified
Entah mengapa lah, hari Isnin minggu terakhir persekolahan anak-anak ni. Seolah pelbagai ujian yang datang. Saya sebenarnya sudah lama tidak memandu Kancil ni, jadinya memang terasa sangat berat ketika mahukan memusing stereng.
Hairan sekejap, macam mana lah kak ipar saya boleh pinjam kereta kancil ni pada 2 bulan lepas secara kerap. Ya allah! mungkin allah nak uji kesabaran saya ketika ini.
Detik mencemaskan memandu Kancil 660
Tidak dinafikan, memandu kereta kancil ni memang menakutkan bagi saya. Manakan tidaknya, Kancil ni sudah berusia puluhan tahun lamanya. Dari zaman suami bujang lagi, tapi tu lah. Baginya sangat sentimental value.
Sewaktu memandunya, saya terasa seperti bermain 'Go-Kart'. Kalian tahu tak benda apa tu? ianya sukan kereta yang popular satu masa dahulu, era 90-an. Fuhhh, rasa rendah betul kereta ni, rasanya macam suami modified lagi agaknya. Memang saya ketawa sahaja sewaktu pemanduan.
Sambil ketawa tu kan, sebaik saya menekan tombol signal sebelah kanan untuk memasuki simpang. Alangkah terkejutnya saya, bahawa signal tidak menyala pula. Mula lah panic attack saya datang singgah, dan alhamdulillah. Saya dapat mengawalnya serangan 'panic' tersebut.
Panick Attack menyerang
Bagi saya, panic attack ni merbahaya jika berlaku. Pernah berlaku kepada saya, semasa pertama kali saya membawa Toyota Caldina suami. Itu pun saya dipaksa suami, kata saya lagi. Tidak selesa memandu kereta MPV ala sporty begitu.
Kereta kancil 660 rosak, dan saya dipaksa oleh suami untuk memandu Caldina tersebut. Kalian tahu tak? antara panick dan teruja tersebut, saya terlupa mahu tanyakan dimana letaknya 'brake'. Jika kereta perodua, rasanya semua 'brake' berada di posisi tangan kiri.
Tapi, Caldina bukan letaknya di 'handbrake'. Ia terletak pada bahagian kaki.
Makanya, saya memandu ke sekolah anak dengan tidak menurunkan brake tersebut. Hahaha~ mujur tidak rosak kereta suami. Apa yang saya perasankan, mengapa lah ekzos kereta mengeluarkan bunyi seakan bunga api. Huishhh~
Setibanya di sekolah, saya berhentikan kereta serta turun bagi menjemput anak dalam pagar sekolah. Sebaik mahu 'start' kereta. Kereta tidak boleh dihidupkan kembali. Masa ni dah mula panik, dengan steering lock. Lagi bertambah paniknya.
Seingat saya, hari Jumaat berlakunya. Saya call suami untuk datang ke sekolah. Kemudian, suami beritahu bahawa handbrake tidak diturunkan. Bagaimana nak 'free dari steering lock'. Mujur suami tidak marah! aduiii, malunya saya ketika ini. Tapi kan, mujurlah dah tiada kereta lain ketika ini.
Hand brake Kancil 660 modified susah nak tarik dan dilepaskan
Teringat kisah 12 tahun lalu.
Masa tu, saya tidak pandai lagi memandu kereta. Masih belajar dengan suami. Lokasi kami setiap petang adalah sekitar kawasan perindustrian ringan, di Indera Mahkota ketika itu. Belakang rumah je, masa tu menetap di sana.
Setiap kali belajar, mesti menangis. Bukan sebab kena marah dengan suami, tapi disebabkan handbrake susah nak tarik. Entahlah, tidak faham juga kenapa handbrake ni susah nak tarik serta dilepaskan.
Yang peliknya, bila dah pandai memandu kereta boleh jer lepaskan hand brake dan angkat tarik. Takde lah susah. Tapi kan dulu, siap cakap lagi pada suami minta tukar hand brake yang ringan. Tidak mahu besi macam dalam gambar tu. Bila teringat kembali, ehh macam bodoh je rasanya. Haha.
Tambahan lagi, kancil 660 ni pula jenis turbo masa tu. Semua sudah di modified oleh suami. Lagi bertambah takut setiap kali ianya berbunyi mendecit ganas, saat minyak dilepaskan apabila memandu laju.
Tetap pujuk hati bahawa, memandu dengan tenang bersama kereta kancil ini. Walaupun kereta ini tidak cukup 1 signal, hanya berbekalkan bismillah 5 sahaja sebagai penguat diri.
Kisah penuh ada saya ceritakan dalam Pengalaman belajar memandu .
Tidak memandu selama 2 tahun
Saya pernah melakukan perkara bodoh. Mungkin fikiran belum matang lagi kot, masa tu anak seorang. Pernah merajuk dengan suami, dek kerana melibatkan isu sensitif tersebut saya tidak memandu selama hampir 2 tahun. Sewaktu suami pujuk, dia siap tukarkan enjin manual kereta kancil modified kepada enjin automatik.
Bukanlah saya melanggar peraturan jalan raya, hal berkaitan kekeluargaan. Masa itu, rasa sakit yang melampau. Apabila saya diuji allah ketika mengandungkan Soffea, terus saya nekad untuk memandu kembali dengan sendiri tanpa mengharapkan suami lagi.
Walau bagaimana pun, hand brake susah nak tarik ke atau dilepaskan. Itu semuanya pengalaman lalu sewaktu masih belum mahir memandu. Sekarang, alhamdulillah tiada lagi masalah tersebut menghantui apabila sudah mahir memandu. Saya rasa, ianya bermula dengan mindset kita. Jika kita ketakutan atau panick menyerang, memang akan berlaku perkara begini.
0 Ulasan